"Haizer Fiqri. Aku nikahkan dikau dengan anak saudaraku, Aileen Falisha binti Azman dengan mas kahwinnya 10 dinar emas tunai." Suara Aidil tenang melafaz. Tangan sahabat baiknya digenggam erat.
"Aku terima nikahnya Aileen Falisha binti Azman dengan mas kahwinnya 1000 dinar emas tunai." Haizer melafazkan akad dengan suara yang jelas dan tenang.
"Sah." Sahutan dari saksi-saksi mengesahkan lafaz nikah tersebut. Serentak itu, menitis air mata Aileen dan Puan Sofiah. Anak perempuannya itu sah bergelar isteri kepada Haizer Fiqri. Aileen dan mummynya berpelukan seketika.
Selesai bacaan doa, Puan Sofiah memegang erat tangan Puan Halizah.
"Jagakan anak saya seperti anak perempuan puan sendiri. Saya terlalu jauh dari bumi Malaysia untuk menjaganya," ucap mummy.
"Kita sudah sekeluarga. Aileen juga anak perempuan saya sekarang." Kedua besan itu berpelukan.
Di sudut lelaki, Aidil memeluk Haizer dengan erat. "Haizer, aku amanahkan kau jaga Aileen dengan sepenuhnya. Selama dia dalam jagaan aku, tiada apa yang aku halang selagi ia adalah kebaikan. Jangan kau abaikan amanah aku berikan ini, Zer. Kau syurga dia. Dia amanah kita." Aidil memberi pesanan semasa dia memeluk teman baik dan juga sekarang iparnya itu.
"And, kau kat rumah, panggil aku Paksu." Berdekah ketawa Megat, Epul dan kawan-kawan askar mereka yang hadir.
Haizer mendekati Aileen untuk upacara membatalkan air sembayang. Dia menyarungkan seutas gelang tangan dan sebentuk cincin ke tangan isterinya. Aileen menyalami tangan Haizer sebagai isterinya yang sah. Haizer dia sempat berkata,
"Abang akan jaga Falisha sampai abang mati. Falisha hanya untuk abang dan abang hanya untuk Falisha." kemudian Haizer mengucup dahinya perlahan. Setitis air matanya gugur. Haizer kaget dan mengesat airmata itu segera.
"Aik, baru berapa minit jadi suami, kau dah buat Aileen nangis. Paksuuuu, paksuuuu...," Epul berpura-pura mencari Aidil. Aileen ketawa sambil Haizer menggenggam tangannya erat. Tetamu yang menyaksikan situasi itu hanya ketawa senang.
Selesai majlis akad nikah, mereka menyambung majlis resepsi pada waktu malam. Aileen mengenakan baju resepsi berwarna putih dan Haizer mengenakan baju rasmi pegawai tenteranya. Kali ini, upacara Arch of Sword di lakukan termasuk teman-teman rapat Haizer iaitu Megat, Epul, Lim, Kerol, dan Apan yang sudah kembali sihat.
***
Di bilik hotel, Haizer naik ke biliknya sedikit lambat dari Aileen kerana Aileen meminta diri terlebih awal ditemani Iris. Haizer pula ingin ke keretanya, mengambil kasut yang lebih selesa.
"Assalamualaikum," salam Haizer tidak berjawab. Hanya bunyi aircond memenuhi ruang suite itu. Dijenguk atas katil, Aileen lelap tidak bergerak langsung. Penat sungguk nampaknya. Bajunya belum ditukar, hanya make up dicuci dan tudungnya sudah dicabut. Haizer memerhati wajah tenang yang sedang tidur itu. Tetap cantik walau solekannya sudah dicuci.
"Sayang, tak nak tukar baju dulu ke?" Aileen menggeleng dalam separa sedar. Haizer hanya ketawa kecil. Dia tidak menunggu, terus ke bilik mandi. Isya' pun belum sempat ditunaikan. Usai mandi dan berwudhu, Haizer membentang sejadah. Bila ditoleh ke arah Aileen, isterinya itu sudah duduk tiba-tiba.
"Falisha! Terkejut abang. Dah tiba-tiba duduk macam tu kenapa?"
"Sayang baru teringat, tak solat lagi. Abang nak solat ke? Tunggu sayang kejap." Aileen berlari ke bilik mandi. Kemudian Aileen berlari semula keluar.
"Dah kenapa pulak ni?"
"Zip stuck. Tolong." Aileen sudah menyelak rambutnya untuk memudahkan Haizer memegang baju itu.
YOU ARE READING
Fated to Love You, Doctor
RomanceAileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni b...