3

1K 42 0
                                    

Aileen dan Shah merenung lama laporan didepan mereka. Sekejap lagi specialist akan mula membuat ward round. Kalau kes-kes ini tidak dapat dibentang dengan elok, memang sakitlah mereka. Biasalah, HO memang bahan hentaman seniors.

"Eileen, total cuti EOP (End of Posting) kau banyak? Aku kira-kira aku ada 14 hari. Campur dengan cuti public holiday aritu, tak ambil. Kau?" Shah mengangkat mukanya memandang bestie seorang itu.

"18 hari. Aku ingat nak ambil 5 hari EOP kali ni. Kalau dapat lah. Silap hari bulan, bos tak kasi. Melepasss." Aileen menjawab sambil menggigit hujung pen hitam miliknya. Eh, bukan milik dia pun. Hari tu pen hilang, yang ni mintak dengan kak Jun, nurse wad.

"Kita try je la. Mana tahu. Dapat, lega sikit kepala otak ni. Lepas ni kita duk bawah Dr Anne kan?" Anggukkan Aileen membuat keduanya mengeluh. Mereka akan ditugaskan ke emergency and trauma. Dan pakar yang paling menakutkan ada di situ. Dr Mariana atau lebih dikenali sebagai Dr Anne. Paling garang, paling senang naik hantu la ceritanya. Semua HO, malah MO dan nurse juga sangat memahami perangai doktor seorang itu. HO semua adalah lauk setiap kali tugasannya.

"Eh, jom! Jommm...jom..." bingkas keduanya bangun melihat jam lagi 10 minit bermula ward round itu.


**Beserah, Kuantan**

Sengaja dia mengikut Aidil bercuti kali ini. Setelah menamatkan kursus 3 bulan, mereka diberikan cuti. Kebetulan mama dan ayah tiada, ke luar negara. Rumah kosong, baik dia ikut saja Aidil. Lagipun Aidil tidak habis-habis mengajak dia bercuti bersamanya di kampung.

"Assalamualaikum. Mak, abah." laung Aidil sebaik sahaja menjejak kaki ke rumah itu.

"Waalaikumusalam. Wan! Tak bagi tahu pun nak balik!" Ibunya menyambut salam dan menepuk belakang anaknya. Geram dia apabila anaknya yang seorang itu membuat kejutan.

"Saja je mak. Abah mana?"

"Abah ke masjid lah. Nak masuk asar dah kejap lagi. Elok la korang berdua ni. Chacha tu pun sama. Cuti tak bagitahu," membebel terus makcik Timah. Cucunya juga balik kampung pagi tadi.

"Oit, apa niiiii? Balik tak bagi tahu." lantang suara Aidil apabila dia ternampak kelibat Aileen di kerusi luar rumah.

"Paksu lah. Tak bagitahu orang jugak! Kalau tahu, balik sama-sama." 'Fuhhh, selamat sarung tudung. Ada pulak dia bawak kawan.' Aileen membetulkan tudung dan menarik lengan panjangnya.

"Mak, Wan bawak balik kawan. Ni Haizer. Kawan sama platun Wan. Haizer, ni mak aku. Panggil je cik Mah. Nama famous dia. Hahahaha." Aidil ketawa apabila ibunya memukul lengannya. Aidil memang suka mengusik.

"Hah, yang belakang tu kau dah kenal. Tapi kat rumah ni orang panggil dia Chacha. Jangan kau pelik sangat. Nama manja, tapi garang macam singa."

"Singa tak singa. Tok, Chacha nak pegi rumah Bai kejap ya. Tok nak pesan apa-apa ke? Mana tahu kejap lagi orang lalu kedai depan tu." Aileen bersalam dengan paksunya dan melemparkan senyuman pada Haizer.

"Kau naik kereta ke balik ni? Tak ada pun kereta."

"Tak lah. Naik bas. Malam semalam on call. Takut mengantuk. Naik bas la. Bye." Aileen menghenjut starter motosikal Ex5 milik atuknya.

"Chacha dah masak ketam for lunch. Panaskan je. Minum petang ni Chacha buat kuih. Nak pegi rumah Baiyinah. Dia dapat baby girl." Sempat dia berhenti depan kedua askar tersebut sebelum pergi dengan motosikal tersebut.

"Eiii budak Chacha ni. Ada aje. Tak lekat rumah langsung. Jom, masuk Zer."

Minum petang,

Aileen menyusun cawan di meja depan serambi rumah itu. Memang tempat kegemaran mereka apabila minum petang.

"Jemputlah minum, Haizer. Si Chacha ni kalau balik mesti dia buat kuih temosa ni, tak pernah tak sedap." Haji Ismail mempelawa. "Biasa tak makan temosa?"

"Tak, pakcik. Kat bandar jarang orang buat. Keropok pun payah nak jumpa orang jual tepi jalan macam kat sini." Haizer mengambil sebiji temosa itu dan menggigitnya. Sedap. Memang betul la pujian ayah Aidil ni.

"Tokki, sekarang ikan banyak tak? Cha ingat nak pegi jeti pagi esok." sambil menghirup teh O panas dan menaip sesuatu di telefonnya. Haji Ismail menjawab dan berbual dengan cucunya itu. Aileen kelihatan manja sambil menyandar ke lutut atuknya.

"Zer, jom esok aku bawak kau pegi jeti. Kita tengok orang turun ikan dari bot. Cha, kau bangun awal sikit. Kita pegi sekali."

"Tau." sepatah dijawabnya. Mata masih tepat pada telefonnya. Haji Ismail telah turun ke tanah. Dia menyapa jiran rumah sebelah. Ada sajalah bahan bualnya dengan jiran itu.

"Cha, Ok kerja?" Aidil memula bicara.

"Ok. Camtulah. HO paksu. Memang bahan maki bos-bos. Bottom of food chain. Yang kat atas tu shark, piranha. Kitorang ni, jangan kata ikan kembung. Plankton je layaknya." Luah Aileen.

"Teruk sangat bunyinya." Aidil memandang kasihan.

"Cha bertahan je lah. Sikit je lagi. One more round. Emergency and trauma ni. Then habis HO. Doakan Cha abiskan dengan flying colors."

"InshaAllah. Kami masa kursus pun teruk kena. Maki ni dah serupa bahan makanan kami setiap hari. Kena kuat and ingat, untuk apa kita lalui ni." Haizer tiba-tiba menyampuk. Berpaling terus Aileen. Aidil mengangkat kening dan membuat muka bersetuju dengan Haizer.

"Korang memang kuat. Tak apa kena hari-hari. Aileen ni, bila kena maki depan patient, rasa jatuh maruah diri, rasa bodoh sangat time tu. Rasa nak give up."

"Tak ada bezanya kita. Kita sama-sama memegang nyawa orang lain dengan kuasa yang kita ada. Silap sikit, nyawa orang lain akan melayang. Dalam kes kami, nyawa kami juga melayang. Jadi, latihan keras itu yang membentuk kita sebenarnya." Haizer mengubah posisi duduknya. Dari bersandar dia menegakkan badannya.

"Agree. Tapi tulah, sekarang boleh agree. Bila kena tu, sakitnya tu disini. Haih.. bila Aileen dah jadi MO, jadi specialist, I won't treat my juniors maki-maki camni. Marah boleh, tapi bukan sampai menjatuhkan."

"Good, Dr Aileen Falisha. Paksu tau, you can do it. Kau tu complain je. Tapi kau buat, and with good results jugak kan." Aidil memuji anak sedaranya itu.

"Ok, since paksu baik arini. Cha masak yang best-best malam ni."

"Haizer, kalau kau nak tahu, si Aileen ni, dia masak memang tiptop la. Tapi kena menu kampung. Kalau masak western, tak menjadi sangat. Boleh la nak makan. Tapi, nak kata sedap tu..hmmm."

"Amboi, puji. Pastu complain. Nak Cha masak ke tak ni?" Gertak Aileen.

"Masak la. Abang Haizer ni nak merasa air tangan kau." Aidil membalas.

"Air tangan? Tu, bekas air tangan tu ada. Cha baru basuh tangan tadi. Hahaha.." Aileen sudah lari ke laman sambil ketawa. Haizer tersenyum-senyum dengan usikan Aileen. Comel si Aileen ni. Bergetar juga rusuk kiri aku ni.

Fated to Love You, DoctorWhere stories live. Discover now