14

808 28 0
                                    

Terkejut Aileen melihat kereta CRV yang sampai didepan rumahnya. Tanpa khabar berita, Haizer sampai mengejut. Aileen baru pulang dari hospital setelah on call. Dia baru sahaja berhajat hendak mengqada tidur.

"Abang? Habis dah ke kursus? Kenapa balik tak beritahu?" Haizer bermuka ketat dan terus memegang dagu Aileen. Dia melihat bibir bengkak selepas ditampar Maria.

"Eh abang! Kenapa ni?" Aileen menepis tangan Haizer.

"Sayang patut beritahu abang." kusut mukanya. 'Oh, itukah yang buat dia bermuka kelat ni?', Aileen memandang Haizer dan mula mengatur ayat.

"What? This or the whole story? You were not here, nak Aileen cari abang macam mana? Nak suruh Megat masuk hutan cari abang?"

"I am so sorry. Abang tak sangka. I thought I could handle this."

"By yourself? Senyap-senyap? How could you. What am I to you, Haizer?" 'Aku dah la penat balik kerja. Kau nak mencari nahas gaduh lak.' menggelegak amarah Aileen.

"Abang tak tahu dia akan seberani ni, mencari sayang. Bila abang dah tolak dia, abang tak sangka dia akan continue ganggu kita. And benda ni jadi a day before kita bertunang. Abang tak nak kalau sayang tahu, and you'll break our relationship," penuh penyesalan nada suara Haizer.

"Seringan itu abang pikir Aileen sayang pada abang. How long have you known me? 3 tahun Kapten Haizer. Bukan sehari dua. I am rationale. Selagi tak ada penjelasan dan bukti, selagi itu sayang tak akan percaya. Mujur dia cuma berani whatsapp Aileen gambar-gambar tu. Buatnya dia viralkan?"

"I didn't think that far."

Aileen mengeluh. Dia mendiamkan diri seketika, mengutip rasa sabar yang tinggal cebisan sahaja ketika itu. Jika dia meneruskan perbincangan ini, makin kuat rasa marahnya, maka makin tidak elok hasilnya nanti. 'Membuat keputusan ketika marah ini bukan kau, Aileen Falisha.'

"Haizer, boleh tak kita balik dan bertenang dulu. Saya penat sangat, malam tadi on call. I cannot think calmly sekarang. I am too tired." Dia menepis tangan Haizer yang cuba menahan dia dari masuk ke rumah. Hilang keinginan mahu makan, mahu tidur sebentar tadi.

***
Shah serba salah. Sebentar tadi Aileen menelefonnya dan meminta dia membeli Histac (ubat gastric). Perlukah dia memberitahu Haizer? Tapi tadi Aileen sudah memberi amaran supaya jangan beritahu tunangnya itu.

"Aidil, perlu tak aku beritahu Haizer? Aku kena check juga condition dia nanti. Takkan aku nak masuk seorang. Bahaya kalau orang nampak." Shah terpaksa menelefon Aidil juga. Dia sudah buntu untuk memilih teman baiknya atau guilty conscious nya.

"Call Haizer." Ayat penyata Aidil mematikan persoalan dalam kepala Shah.

**
"Leen, Aileen. Aku ni." Shah memanggil di luar pintu. Haizer juga telah tiba tetapi dia hanya berdiam diri. Risau Aileen tidak mahu membuka pintu jika dengar suaranya. Mereka membawa Iris, teman wanita Shah juga. Risau jika lelaki-lelaki sahaja masuk kedalam rumah anak dara.

"Aileen. Kau larat bukak pintu tak?" Suara Shah sedikit kuat.

"Jangan la....jerit-jerit. Aku...ambil tudung ni," tersekat-sekat suaranya. Pintu dibuka dan terjengul muka Aileen yang berkerut menahan sakit, berpaut pada grill pintu hadapan. Iris memapah Aileen ke sofa. Semua tetamunya masuk dan mengelilinginya di sofa ruang tamu.

"Kalau macam ni punya teruk, aku rasa kena cucuk jugak ni. Tapi aku tak bawak apa-apa," Shah mula membebel. Aileen menyedari kehadiran Haizer, tapi dia menahan sakit yang amat sangat hinggakan dia tidak peduli tetamu itu. Dia duduk di sofa, kaki diangkat keatas kerusi dan tangan menekan perut. 

"Bila last kau makan?"
Sunyi...

"Semalam." Sepatah jawapan membuatkan Shah menepuk dahi.

"Last semalam kita makan pukul 6 petang. Kau ni. No, I can't give you Histac, Leen. Teruk sangat dah ni. Jom hospital."

Fated to Love You, DoctorWhere stories live. Discover now