4

1K 45 4
                                    

"Tok! Mana paksu? Kata tadi nak pegi jeti?" pagi-pagi lagi suara nyaring Aileen memenuhi ruang rumah tersebut.

"Tokki dengan paksu kau dah pergi tadi. Chacha la lambat sangat. Diorang tinggalkan Haizer ni dengan Cha. Nanti Cha tunjuk jalan." Toknya sudah melaung dari dapur.

"Mana ada lambat. Biasa camni la kita keluar." dia merungut.

"Tokki la tu. Nak menyinggah mana-mana. Tu yang dia mintak Wan bawak dia. Dah, dah. Pegi cepat. Nanti apa ajelah yang tinggal."

"Abang Haizer, jom. Aileen tak ada lesen motor. Jeti kena seberang jalan besar. Buatnya ada polis, naya pulak kita." 'Alahai, kena pulak naik motor dengan mamat ni. Mana aku nak pegang.' Kelat air liur ditelan. Kena pulak panggil lelaki itu abang. Paksu la ni, dia bebel pulak kata tak beradab panggil nama. Haizer tu sebaya dia.

"Kenapa tak naik kereta?" Haizer bertanya.

"Kat jeti tu payah. Nanti nak park kereta, kena jalan kaki lagi. Motor senang, berdesup je naik sampai jeti tu." 'Ish, ni payah dengan budak bandar ni.'

"Ok, kalau Aileen ok, abang ikut je la. Helmet?" Elok saja Haizer bertanya, Aileen sudah menghulur helmet.

"Ni je ada. Tak ada helmet Arai ke, Shoei ke ya. Pakai je Apollo biskut terbang ni." Nak tersembur Haizer dengan mulut selamba Aileen. Dia tak memilih pun, tapi dengan perkataan Apollo biskut terbang itu mencuit hati. Iklan zaman bila ni, dia ingat lagi.

"Pegang la. Nanti jatuh."

"Nak pegang mana?" muka Aileen sudah merona merah. Mujur dia duduk di belakang.

"Pegang pinggang la. Kan berlapik tu. Jangan peluk sudah la. Kang lain jadinya." ayat terakhir diperlahankan supaya Aileen tidak dengar.

"Apa?"

"Pinggang..pingang. Tapi jangan peluk. Aduhhh...pekak pulak budak kecik ni."

"Kecik-kecik jangan guna ya. Sensitif!" Aileen sudah memegang pinggangnya tetapi hanya secukup untuk dia dapat mengimbangi badan supaya tidak jatuh.

"Aaa, yelah. Kecik tapi comel. Jom, jom, tunjuk jalan." Tersenyum lebar Haizer. Dibelakang, Aileen menunduk malu.

**Jeti Beserah**

Aileen sibuk memilih ikan di dalam bekas. Aidil pula berbual dengan kawan-kawannya yang juga nelayan moden disitu. Haizer mengikut di belakang Aileen kerana dia belum pernah membeli ikan di pasar. Aileen pula semakin asyik memilih, sambil menerangkan cara orang tempatan membeli ikan di kawasan itu.

"Leen! Aileen!" suara lelaki menjerit memanggil namanya.

"Yusuf.." perlahan suaranya apabila dia dapat mengecam lelaki itu.

"Bila balik?" lelaki berambut diparas bahu, agak kacak menegurnya.

"Semalam." Tidak berbau mesra langsung jawapannya. Haizer memerhati dari jauh.

"Duduk di mana sekarang ni? KL kan? Aku pun duduk kat KL." Lelaki itu menghalang Aileen dari menjauhi dirinya.

"Aku duduk dengan paksu. Tu paksu." Aileen menuding jari ke arah Aidil. Aidil sudah bercekak pinggang memandang dari jauh.

"Leen, bagi aku nombor kau. Nanti bila-bila kita boleh keluar."

"Aku busy la, Suf. Aku tak ada masa untuk aku sendiri, apatah lagi orang lain. Tak payah la mintak nombor aku." Aileen berpusing namun Yusuf memegang tangannya.

"Eh, lepas la. Kau nak aku jerit panggil paksu?" Aileen cuba merentap tangannya kembali tapi genggaman itu masih kuat.

"Lepaskan tangan dia. Sebelum aku dan Aidil patahkan tangan kau." Haizer telah memegang tangan Yusuf kuat sehingga Yusuf terpaksa melepaskan tangan Aileen. Entah bila Aidil telah berada di belakang Yusuf.

"Aku cakap sekali ni je Yusuf. Kau dekat dengan Aileen lagi, tak cukup tangan, kaki kau aku patahkan." Aidil memberi amaran ditelinga Yusuf.

"Paksu, dah. Jomlah balik. Orang dah tengok." Aileen menarik tangan Aidil dan Haizer menurut di belakang.

***

Bunyi cengkerik mengisi kesunyian malam. Aileen memegang Ipad dan cuba membaca beberapa medical report, namun fikirannya tidak boleh fokus pada pembacaan. Tanpa sedar, dia mengusap pergelangan tangannya merah dipegang Yusuf tadi.

"Nah, sapu." Aidil menghulur minyak urut kepada Aileen.

"Sikit je, bukan sakit pun." Aileen cuba berdalih.

"Sapu je lah. Tahu la dia doktor. Tapi bila balik kampung, layan je la cara kampung. Bukan mudarat pun kan isi minyak ni." Aidil membebel sambil dia sendiri menarik tangan Aileen.

"Siapa budak tu?" Haizer bertanya. 'Eh dia ni. Hantu ke apa? Jalan tak ada bunyi. Bila masanya dia sampai?'

"Yusuf tu dulu, sukakan Aileen ni. Mula kawan-kawan dekat sekolah. Tapi, budak-budak kan. Betting la. Siapa dapat tackle Aileen, menang bet. Sudahnya, kawan tu syok betul-betul. Aileen tak nak langsung. Bila tak dapat, mula la buat yang pelik-pelik. Tahan si Aileen ni bila balik sekolah, buat cerita yang Aileen hantar message malam-malam, fantasi yang bukan-bukan. Psycho mamat tu.

Time tu dah nak SPM. Aileen ni stress la. Sampai satu tahap, dia menghendap rumah ni. Aku call la polis. Merasa la satu malam kat lokap. Tapi dia tak boleh nak move on. Sampai sekarang la mencari Aileen." Aidil bercerita sambil mengurut tangan anak saudaranya itu.

"Wan!" laung ibunya dari bilik.

"Ya mak. Kejap." Aidil bingkas bangun meninggalkan mereka berdua.

"Ok tak tu?" Haizer mendekati.

"Ok je. Merah sikit je. Thanks sebab cepat tolong. Lambat sikit tadi, Aileen dah bertumbuk kut dengan dia." Aileen menyengih.

"Take a good care of that hands. Tangan kan nyawa seorang doktor. Can I see it?" Aileen menghulur tangannya bagi memudahkan Haizer melihatnya. Berpuas hati dengan apa yang dia nampak, Haizer mengangguk.

"Jangan dekat dengan mamat tu. Abang rasa something wrong dengan dia. Dia berani." Haizer memandang Aileen lembut.

"Memang Aileen tak nak dekat pun. Bertahun dah Aileen lari. Tiba la pulak, balik kali ni terserempak dengan dia. Eii meremang bulu roma."

Aidil tiba-tiba muncul dengan dulang berisi teko dan biskut.

"Mak aku buat kopi. Malam ni kita tak payah tido."

"Paksu nak berjaga silakan. Cha masuk dulu. Mengantuk. Night.

Oh, by the way, esok sila jogging. Malam-malam santap biskut camni. Berapa kalori dah consume? Tadi makan nasik 3 pinggan. Tak takut boroi ke? Hahaha.." Sambil berjalan masuk, Aileen mengusik. Sempat pula dia mencuit perut Aidil.

"Suka betul dia mengusik ya, Aileen tu? Nampak muka comel, tapi nakal ya rabbi." Haizer bertanya bersahaja.

"Kau dah jatuh hati dekat dia ke?" Dush, soalan cepumas Aidil berikan. Sambil tersengih-sengih pula tu.

"Nak kata jatuh hati, belum la. Tapi, senang dan suka. Dia jenis relax and senang bawak berbual."

"Aku nak tengok juga. Brick ni akan pecah atau macam mana. Lama dah aku tunggu siapa gerangan pemecah batu bata tu. Adakah Aileen? Atau orang lain. Tapi, aku warning dulu. Kalau kau betul-betul suka bagus lah. Kalau tak, jangan mainkan hati dan perasaan orang. Paling penting, tu anak saudara aku. Kalau tak, ada bertumbuk kita nanti." Dalam diam, Aidil memberi amaran. Haizer hanya mendiamkan diri. Mahu kata apa. Dia baru saja kenal Aileen. Mustahil dia merasa terancam dengan ugutan Aidil.

Fated to Love You, DoctorWhere stories live. Discover now