Bab 8: Qisha

3.2K 219 7
                                    

PERGADUHAN antara Aydeen dan Qisha hanya disebabkan oleh salah faham. Well, Aydeen tak mampu hendak menyalahkan isterinya kerana salah sangka kerana jika dia berada di tempat Qisha memang dia juga akan buruk sangka malah mungkin lebih buruk.

Memandangkan keretanya rosak maka Aydeen terpaksa menunda jadualnya yang sibuk ke hari yang lain. Aydeen juga menyiapkan kerjanya di rumah saja. Tanpa memakai baju, Aydeen bersila di atas lantai sambil menghadap laptop miliknya.

“Daddy...” tapi itulah duduk di rumah dugaannya lain.

Dugaannya berbeza dari di tempat kerja memandangkan anak-anaknya sangat manja dengannya. Kembar tiga itu melekat dengannya sehingga lena. Qisha sudah memujuk tetapi anak kembar tiga mereka tetap juga degil.

Aydeen biarkan saja anak-anaknya melekat dengannya sehingga ketiga-tiganya itu terlena. Namun, dugaan Aydeen tidak berhenti di situ saja. Tatkala anak kembarnya sedang tidur tiba-tiba saja Aydania dan Aden datang.

Dua orang ini tak usah dikata. Macam-macam perkara ditanya sampaikan Aydeen mati akal hendak dijawab sudahnya Aydeen kelentong saja jawapan asalkan anak-anaknya memperoleh jawapan. Tapi jawapan yang logiklah.

Aden duduk di atas ribaan daddynya. Terkebil-kebil sepasang matanya itu memandang skrin komputer riba. Tangan daddy dia pula kemain laju menaip membuatkan mata Aden bersinar dan mahu meniru tingkah Aydeen.

“No, Aden.” Tegur Aydeen dengan nada sedikit keras.

Dia tak kisah Aden hendak menempel pada dia selama mana pun. Tapi dia cukup pantang kalau anak lelakinya ini menganggu kerjanya.

“Daddy marah?” lirih suara Aden bertanya.

“Mestilah daddy marah. Aden kacau daddy buat kerja itu sebabnya daddy marah. Daddy buat kerja dari pagi sampai sekarang tak berhenti. Aden tak kesian kan daddy ke? Aden nak daddy mati ke?” soal Aydeen.

“Jangan mati. Aden minta maaf. Aden duduk je. Aden janji Aden tak kacau daddy buat kerja.” Ujar Aden dengan lirih.

Aydeen menghela nafas lembut.

Daddy buat kerja sebab daddy nak family kita hidup senang. Daddy minta maaf ya sebab marah Aden. Daddy sayang Aden.” Tutur Aydeen penuh lembut. Dahi Aden dicium sayang.

“Aden sayang daddy tak?” soal Aydeen ingin tahu.

“Mestilah Aden sayang daddy.” Tukas Aden perlahan.

Aydeen mencium pipi Aden pula membuatkan si kecil itu tersenyum.

“Kakak nak kena cium jugak.” Rengek Aydania seraya duduk di atas riba Aydeen. Terpaksalah Aydeen berhenti kerja sekejap lalu kedua-dua pipi anak gadisnya itu dicium sayang.

Mengekek ketawa Aydania kerana seronok dicium daddynya. Aydeen pun seronok bila tengok anaknya gembira. Mungkin mengimbangi kasih sayang antara anak-anak agak susah untuk dilakukan tapi ini ialah pengorbanan dia sebagai seorang daddy dalam membina sebuah keluarga harmoni.

Hampir satu jam juga Aydeen membuat kerjanya. Bibirnya juga menyungging senyuman manis tatkala melihat Aydania dan Aden tersengguk-sengguk ketika berada di atas ribaannya. Aydeen berhenti membuat kerjanya lalu kepala kedua-dua anaknya itu disandarkan pada dadanya.

Tiba-tiba Aydeen rasa macam dia ni penyebab anak-anak dia tidur. Tak ada pula dia sembur cecair kloroform untuk memastikan anak-anak dia tidur dengan cepat. Mungkin anak-anaknya terlalu selesa dengan dia sampaikan mereka mengantuk menunggu dia buat kerja. Boleh jadi kan?

DEEN'S FAMILY (B5)Where stories live. Discover now