Imbas kembali...
HAIRAN Aydeel dibuatnya apabila Qistina terlalu lama keluar mencari barang di dalam kereta. Maka, Aydeel keluar untuk mencari wanita itu.
"Qis!" Aydeel terus berlari mendapatkan Qistina. Bergetar tangannya melihat hujung bibir wanita itu luka.
Leher Qistina juga kelihatan membiru. Kesan dicekik.
"Qis. Ke-kenapa ni? Siapa buat macam ni pada kau?" Soal Aydeel gusar.
"Bekas suami aku. Dia marah jadi dia datang ke sini untuk pukul aku." Balas Qistina. Dia bawa keluar plaster lalu dia tampal dihujung bibir.
Kemudian, pembalut luka juga dibalut ringkas pada lehernya sekadar mengelakkan kerisauan Aydeel dan juga rakan sekerja yang lain.
"Bekas suami kau?"
Qistina mengangguk. "Dia kaki pukul. Aku nyaris mati sebab kena belasah dengan dia jadi aku turun naik mahkamah untuk bercerai dengan dia. Teruk betul kan hidup aku?"
Aydeel menggeleng.
"Aku takkan bagi kau kena pukul lagi dengan bekas suami kau." Ucap Aydeel bersungguh.
Qistina ketawa kecil.
"Baiknya kau..." Pujinya.
+++
"DEEL..." Seru Qistina semasa mereka makan berdua. Shauqi ada hal jadi tak dapat menyertai mereka berdua.
"Hmmm?" Aydeel pandang Qistina.
"Kau nak jaga aku?"
Aydeel mengangguk. "Aku tak nak tengok kau kena pukul. Kau perempuan, Qis. Mesti sakit untuk kau tanggung luka yang dibuat oleh lelaki."
Qistina mengukirkan senyuman.
"Apa kata kita jadi kekasih?"
Aydeel terkedu.
"Kau nak aku jadi kekasih kau?" Soal Aydeel semula.
Qistina mengangguk laju.
"Kau jadi kekasih aku. Kau boleh jaga aku. Aku akan sentiasa berharap pada kau." Kata Qistina.
Aydeel mengangguk.
Qistina menayangkan muka teruja.
+++
AYDEEL duduk di luar. Entah mengapa hari ini angin Shauqi mengajak dia keluar berbual berdua.
"Deel..." Buat sekian kalinya nama dia dipanggil.
Aydeel pandang Shauqi.
"Aku nak cakap sesuatu yang mungkin akan buat kau terkejut." Ujar Shauqi dengan nada serius.
"Kau nak cakap apa? Nada kau buat aku rasa cuak." Tukas Aydeel seraya ketawa halus.
"Aku suka Qis..."
Aydeel berderau.
"Kau suka Qis?" Soal Aydeel semula pada Shauqi. Shauqi mengangguk tanpa rasa ragu.
"Kau suka Qis?" Soal Shauqi sambil menatap polos wajah Aydeel.
Aydeel menggeleng dengan pantas.
"Aku tak ada apa-apa perasaan pada dia. Tapi..." Aydeel telan liur. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
"Tapi?"
"Tak ada apa-apa. Aku harap kau cepat ambil hati Qis. Nanti kahwin jangan lupa jemput aku." Pesan Aydeel.
Shauqi ketawa.
"InsyaAllah, Deel. Doakan aku."
"Aku sentiasa doakan. Jangan kasar sangat dengan Qis. Perempuan ni suka lelaki yang pandai ambil hati dia."
"Ya aku faham." Balas Shauqi.
+++
QISTINA menyanyi sendiri dengan suara girang. Aydeel hanya bersantai sambil memerhatikan wanita itu bermain dengan pasir pantai.
Dia tahu wanita itu tertekan dengan keadaan sekarang.
"Kau tak mahu buat laporan polis?"
"Bukan aku tak mahu. Aku tak boleh, Deel. Keluarga dia orang ada-ada. Kita dengan dia ibarat kuman je. Beratus orang merana sebab cari pasal dengan keluarga dia." Tukas Qistina seraya mengukirkan senyuman nipis.
Aydeel terdiam.
"Aku juga yang salah. Aku sukakan dia sebab rupa dia dan duit dia. Aku sangka dia boleh bagi aku kasih sayang yang cukup. Tak sangka dia hanya gunakan aku sebab keluarga dia nak pewaris."
"Dia nak pewaris kenapa dia mesti kahwin dengan kau?"
"Aku sendiri tak tahu. Aku perempuan pertama yang jadi isteri dia tapi aku bukan perempuan pertama yang tidur dengan dia. Dia ramai perempuan lain. Dia curang depan mata aku jadi isteri dia. Aku nak buat apa? Aku tak hebat macam dia atau keluarga dia. Suatu hari, aku berjumpa dengan bekas tunang aku. Dia marah aku. Dia pukul aku. Lelaki kalau sekali dah naik tangan pada perempuan dia akan terus naik tangan. Sebab tu..."
"Aku takkan biarkan dia sakitkan kau lagi." Tukas Aydeel tegas.
Qistina ketawa kecil.
Dia memeluk lutut sambil menatap seraut wajah kacak Aydeel.
"Andai masa boleh diputar aku nak sangat jadi orang pertama yang jumpa kau. Mungkin masa tu kita dah ada anak ramai." Gumam Qistina.
Aydeel hilang kata.
"Apa pun. Masa tak boleh diundur semula. Semua yang dah jadi kan sesuatu ketentuan." Ujar Qistina dengan sengihan manis.
Aydeel mengukirkan senyuman nipis.
"Apa pun. Aku teringin nak bagitahu pada semua yang kita dah jadi pasangan kekasih-."
"Aku rasa lebih baik jangan. Lebih-lebih lagi dari Shauqi."
"Kenapa?"
"Entahlah. Aku rasa tak sedia lagi kalau semua orang tahu. Lagipun, aku rasa Shauqi macam suka kau." Saja Aydeel gunakan ayat 'rasa' walhal dia tahu bukan rasanya. Hakikatnya memang Shauqi punya perasaan pada Qistina.
Siapa aje yang tak jatuh hati pada perempuan sebaik dan secantik ini? Oh dia lupa. Dialah orangnya.
Qistina ketawa.
"Shauqi tu nak suka aku? Kau jangan buat lawak, Deel. Mustahil sangat." Nafi Qistina.
Shauqi sejak dulu kasar dengan dia. Tak manis mulut dan baik langsung macam Aydeel. Mana mungkin lelaki itu sukakan dia.
"Aku lelaki. Aku tahulah. Aku dapat rasa."
"Dah-dah. Kau jangan nak merepek lagi. Entah-entah dia suka orang lain. Kau terus tuduh dia suka aku. Pandai kau nak buat andaian." Omel Qistina seraya ketawa lagi.
Aydeel menghela nafas.
Tapi Shauqi memang suka kau. Haih...
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romance"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...