Bab 50: Nikah

1.4K 168 11
                                    

QAYDEEN telan liur. Tekak rasa kering tatkala dia terpaksa menghadap wajah menyinga milik daddy.

"Qay tahu kenapa daddy panggil Qay?" Soal Aydeen sambil merenung sedalamnya wajah anak lelakinya itu.

Jika diikutkan api amarah memang dia mahu sahaja lempang Qaydeen sekarang. Tapi dia mengerti. Qaydeen kini remaja. Jika dia berkeras anak lelakinya itu akan melawan.

Tiada niat mahu berubah.

"Qay tak tahu..." Qaydeen masih berpura-pura bodoh.

Sangkanya, daddy dia tidak tahu kata laluan telefonnya.

"Macam mana Qay boleh jadi macam ni? Kenapa?!" Jerkahan suara Aydeen membuatkan bahu Qaydeen terhinjut.

Jantungnya terasa berdebar laju.

Bukan jatuh cinta. Tapi takut!

"Qay..."

"Kau simpan gambar tak senonoh Reena dalam telefon kau. Kau nak buat apa? Jual?"

Laju Qaydeen menggeleng.

"Qay nak tengok sendiri."

"Lepas tu kau nak buat apa? Kau guna gambar Reena untuk puaskan nafsu kau?"

Qaydeen tertunduk.

Aydeen menghela nafas.

Dia beristighfar dalam hati. Sabar Deen...

"Daddy tak suka Qay buat macam ni. Reena tu adik Qay. Adik kandung Qay. Adik kembar Qay sendiri. Anak-anak daddy dan mummy. Qay tak boleh suka dia. Berdosa." Tegur Aydeen.

Suara garangnya mula mengendur sedikit.

Qaydeen mengetap bibir.

"Tapi Qay tak pernah minta pun Reena jadi adik Qay."

Aydeen rasa nak menangis aje bila dia dengar bicara anak lelakinya. Kenapa sampai begini sekali cara pemikiran Qaydeen Harraz?!

"Tak kiralah Qay minta atau tak. Takdir tak boleh ubah. Reena memang adik kandung Qay dan Qay abang kandung dia. Qay tak boleh simpan apa-apa perasaan pada dia." Tegas Aydeen.

Qaydeen diam.

"Bagi telefon Qay."

"Huh?"

"Bagi telefon sekarang." Aydeen meminta dengan muka serius. Takut-takut Qaydeen hulur.

Elok aje sampai pada tangan daddynya terus Aydeen hempas kuat telefon itu di depan mata Qaydeen.

Terlopong Qaydeen dibuatnya. Dia pandang daddynya semula.

"Jangan risau. Daddy akan simpan kad sim Qay. Daddy cuma 'hapuskan' gambar yang daddy tak suka dalam telefon tu..." sinis Aydeen.

Qaydeen mengetap bibir.

"Kalau Qay jadi budak baik. Daddy akan ganti balik telefon Qay yang daddy dah jahanamkan." Tokok Aydeen lagi.

Aydeen menatap wajah kecewa anak lelakinya.

Tahulah dia. Qaydeen kecewa kerana gambar-gambar Reena dah dimusnahkan.

"Dah. Pergilah keluar dan berehat. Minta maaf pada Reena." Pesan Aydeen.

Qaydeen akur.

Dia keluar dan pintu bilik dihempas kuat. Aydeen menggeleng.

+++

Tak sampai beberapa bulan Aydeen berikan tazkirah pada Qaydeen. Anak lelakinya itu melampau. Aydeen ingatkan Qaydeen boleh berubah selepas itu.

Tak sangka Qaydeen ambil langkah mahu menjahanamkan hidup adik sendiri. Aydeen tak ada pilihan. Saat itu, Afiq yang merupakan teman lelaki Reena dipilih untuk menikahi Reena.

Aydeen tak nak hidup Reena musnah betul-betul di tangan Qaydeen. Anak gadisnya itu masih perlu meneroka kehidupan yang menarik. Bukannya menderita disebabkan abang kandung sendiri.

Lafaz selesai diakad, Reena sah menjadi hak mutlak Afiq. Aydeen sejujurnya menangis juga. Tak sangka dalam keengganan dia menyerahkan Aydania pada lelaki sebaik Dhani. Fia terpaksa menyerahkan Reena pada Afiq.

Tapi ini jalan penyelesaian terakhir.

Aydeen mahu pisahkan Reena dari Qaydeen.

"Daddy!" Reena meraung semahunya. Sedih barangkali kerana dia tidak lagi menjadi tanggungjawab daddynya.

Aydeen peluk tubuh kecil itu.

"Tak apa. Daddy tetap sayang Reena walaupun Reena dah jadi isteri Afiq. Reena masih anak daddy sampai bila-bila." Ucap Aydeen seraya mengusap rambut Reena.

Air mata yang bersisa dipipi itu disekanya penuh kasih.

Aydeen mengukirkan senyuman tawar.

Sayu rasanya bila dah bagi anak dara dia pada lelaki lain.

"Afiq." Aydeen seru nama menantunya.

Afiq pandang Aydeen.

"Kau jaga anak aku elok-elok. Aku dapat tahu kau seksa dia memang kau sakit dengan aku. Jangan pernah buat dia menangis atau curangi dia. Kalau kau buat. Kau tak akan tengok dunia ni lagi." Ujar Aydeen dengan tegas.

Afiq tersengih.

"Jangan risau, daddy. Afiq akan jaga Reena lebih berbanding daddy jaga dia. Lagipun, Reena ni memang 'sayang' Afiq sejak dulu." Santai jawapan Afiq.

Aydeen puas hati.

Afiq tarik tangan Reena. Dia seka air mata isterinya.

"Boleh Afiq bawa dia balik rumah keluarga Afiq?"

"Pergilah." Aydeen tak ada hak untuk menghalang. Reena sudah menjadi tanggungjawab Afiq.

"Terima kasih, daddy."

Pasangan baru bernikah itu bersalaman dengan Aydeen dan Qisha.

Mereka kemudiannya, beransur pergi.

Qisha berdiri sebelah Aydeen. Aydeen memeluk pinggang isterinya.

"Haih. Rasanya saya nampak Reena macam saya aje masa kahwin dengan abang dulu." Omel Qisha.

Aydeen tergelak.

Betul.

Dia dan Qisha jadi suami isteri juga saat Qisha 17 tahun manakala dia 18 tahun.

"Tapi Afiq jauh lebih baik berbanding abang. Sayang tak terpaksa menikahi abang."

"Ya sebab saya cinta saya pilih abang. Saya tahu Reena pun pilih untuk bernikah sebab dia cintakan Afiq, dia sayangkan abang dan dia nak Qay berubah." Bicara Qisha membuatkan Aydeen terdiam.

Ya...

Qaydeen kini menjadi punca keresahan hati.

Anak-anak dia yang lain membesar dengan elok.

Entah bagaimana seorang Qaydeen Harraz boleh menjadi begitu aneh. Lagi-lagi Reena pula yang menjadi mangsa.

"Silap abang agaknya semasa membesarkan dia."

"Tak. Silap kita, abang. Kita ada masa lagi nak membetulkan silap tu. Saya pun akan tolong abang untuk ubah Qay." Tekad Qisha.

Aydeen mengangguk.

DEEN'S FAMILY (B5)Where stories live. Discover now