KETAWA Qisha menghilang dengan bunyi hon kereta yang cukup panjang sebelum isterinya itu dirempuh kasar oleh sebuah kereta yang buruk. Bang! Isterinya tercampak tidak jauh dari situ. Pandangan Aydeen kabur dengan air mata yang mula bertakung.
Fikiran jadi buntu apabila melihat darah mula mengalir.
"Sayang!" Dia meraung kuat bersama-sama tangisan.
"Abang" Aydeen tersedar dari lena. Sepasang matanya menatap seraut wajah Qisha yang kelihatan risau. Isterinya mengikat rambut gaya messy bun dan memakai t-shirt berwarna hitam bersama-sama kain batik.
"Saya ada ni. Saya tak pergi mana-mana." Tegur Qisha dengan lembut.
Air mata mulai gugur.
"Sayang, abang takut!" Aydeen mengadu sayu lalu pinggang isterinya dipeluk. Basah baju Qisha dengan air mata Aydeen.
Tahulah Qisha bahawa Aydeen masih lagi trauma dengan kemalangan tempoh hari. Manakan suaminya tidak trauma? Dia dilanggar di depan mata Aydeen. Pasti saja menjadi mimpi ngeri. Dia akan memberikan reaksi yang sama kalau dia berada di tempat Aydeen.
Aydeen teresak-esak menangis.
Qisha mengurut lembut belakang tubuh Aydeen.
Dia hendak ke tandas terkejut dengan suara Aydeen menangis dan menjerit. Pasti saja suaminya mimpi buruk tentang kemalangan itu.
"Abang takut, sayang" adu Aydeen dengan sayu.
"Shhh, tak apa. Saya dah selamatkan? Anak kita pun okey. Abang jangan risau. Saya ada. Umur saya masih panjang. Jodoh kita masih panjang." Pujuk Qisha lagi. Kali ini dia memeluk tubuh Aydeen.
Aydeen menggenggam erat belakang bajunya.
Tubuh suaminya menggeletar.
Qisha hanya mendodoi lembut si suami sehingga Aydeen tidak bersuara lagi. Qisha meleraikan pelukan. Aydeen tertidur tanpa sedar.
"Suami saya ni" gumamnya bersama-sama senyuman nipis. Qisha membaringkan tubuh Aydeen di atas katil. Dia membetulkan posisi si suami sebelum selimut ditarik menutupi tubuh suaminya.
"Selamat malam, abang. Jumpa esok," bisik Qisha sebelum mencium dahi suaminya.
Lampu ditutup.
Qisha melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah tandas. Keluar saja dari tandas dia jadi kalut apabila mendengar tangisan bayinya. Kelihatan figura ibu mentuanya sedang mendodoikan si kecil itu.
"Maaf sebab Qisha ganggu tidur mama." Ucap Qisha serba salah.
"Tak apa. Anak Qisha pun cucu mama juga. Mama sebenarnya bangun sebab nak jenguk Deen. Mama dengar dia menjerit jadi mama risau. Tapi mama tak jadi sebab nampak Qisha tengah pujuk dia. Mama duduk di ruang tamu tunggu baby sebab mama tengok Qisha pergi tandas." Cerita Puan Ayreena.
Qisha tersengih.
"Terima kasih, mama." Ucapnya dengan telus.
Puan Ayreena hanya mengukirkan senyuman. Dia memberikan cucunya itu kepada menantunya. Qisha sambut tanpa rasa kekok. Sudah menjadi kebiasaan hendak mendukung anak kecil.
"Mama sebenarnya risau kalau apa-apa jadi pada Qisha masa Qisha masuk dalam hospital. Mama takut kalau Qisha tak ada macam mana Deen nak teruskan kehidupan? Mama kenal anak mama tu macam mana. Semua perkara jadi serius kalau melibatkan Qisha." Tutur Puan Ayreena dengan bersungguh.
Qisha tersenyum.
"Qisha redha sebenarnya dengan takdir. Andai masa tu ditakdirkan Qisha pergi dulu. Qisha harap Deen dapat jumpa perempuan yang jauh lebih baik berbanding Qisha. Perempuan yang boleh jaga Deen dan anak-anak kami dengan baik." Tutur Qisha.
"Mujurlah umur Qisha masih panjang." Gumam Puan Ayreena seraya mengusap dada.
Qisha mengangguk.
"Alhamdulillah..." balasnya lalu tunduk memandang si kecil yang sedang lena. Nyawa kecil yang lahir ke dunia saat dia dilanggar. Mujurlah si kecil ini juga dilindungi.
+++
HARI ini Aydeen enggan pergi bekerja. Puas Qisha memaksa tapi suaminya tetap juga berdegil membuatkan Qisha berputus asa. Qisha tahu Aydeen masih takut hendak melepaskan dia pergi. Sepasang mata Qisha memerhatikan suaminya yang sedang baring disebelahnya sambil merenung anak kecil mereka.
Aydeen tidak teruja seperti selalu.
"Abang dah tak seronok ke dapat baby?" soalan Qisha membuatkan sepasang mata Aydeen menyinggah wajah cantik isterinya. Aydeen menggeleng bersama-sama senyuman nipis.
"Bukan abang tak teruja. Abang cuma teringat saat cemas tu bila pandang si kecil ni."
"Abang tak salahkan anak kita kan? Anak kita tak buat apa-apa pun. Dia tak tahu apa-apa tentang hal tu." Ujar Qisha sambil menayangkan muka risau.
"Sayang. Abang tak bodoh lagi untuk salahkan anak kita. Orang yang abang patut salahkan ialah diri abang sendiri. Kalau abang bertindak lebih cepat mungkin abang takkan tengok sayang dalam keadaan tu."
"Mungkin abang takkan ada di sini dan bernafas kalau abang ada di tempat saya." Jawapan Qisha membuatkan Aydeen terkedu.
"Takkan ada 'kalau' dalam kehidupan, abang. Semua terjadi sebab takdir. Saya tak mahu abang terbawa-bawa apa yang dah jadi sampai menjejaskan emosi dan mental abang. Saya ada depan mata abang dan masih bernafas. Abang perlu bersyukur untuk itu." Bicara tegas Qisha mengundang senyuman Aydeen.
"Ya, sayang. Abang minta maaf. Abang takkan cuba ingat perkara yang menjejaskan emosi dan mental abang," akur Aydeen.
Qisha tersenyum.
"Jadi abang. Anak kita ni perempuan. Abang dah carikan nama ke?" soal Qisha ingin tahu. Sengaja topik ditukar kerana dia tak mahu sebarang pergaduhan terjadi antara mereka berdua.
"Hmm, Laila Khadijah okey? Laila Khadijah binti Aydeen Hyraz."
"Laila Khadijah? Cantiknya nama. Saya suka." Qisha setuju. Selalu Aydeen akan beri nama yang pendek-pendek. Kali ini boleh tahan.
"Assalamualaikum, Laila. Daddy harap Laila membesar menjadi anak yang solehah dan terpelihara dari maksiat. Daddy nak Laila jadi perempuan yang baik macam mummy. Harapan daddy yang Laila dapat jadi kakak yang baik dan adik yang baik untuk yang lain. Membesar dengan sihat cinta hati daddy." Seiring dengan itu, Aydeen mencium pipi si kecil Laila yang masih lena.
Qisha tersenyum.
"Semoga Laila dapat jumpa lelaki yang macam daddy..." kata Qisha sambil merenung seraut wajah kacak suaminya itu.
Aydeen tergelak.
"Tak bolehlah sayang. Nanti dia meraung kena beranak anak ramai-ramai." Jawapan Aydeen membuatkan Qisha tersengih.
Hidung macung Aydeen ditarik geram.
"Tahu pun dia."
Aydeen pandang Qisha.
"Tidurlah. Sayang kena banyak berehat. Mungkin tiga tahun atau empat tahun lagi sayang mengandung anak yang seterusnya. Buat masa ni abang tak nak lagilah"
Tangan runcing diletakkan di atas kepala Aydeen. Diusap rambut si suami dengan penuh kasih sayang.
Ada rezeki mengandunglah dia. Sejujurnya, Qisha tak mahu terlalu lama tidak mengandung kerana nanti dia akan rasa takut untuk masuk ke bilik bersalin. Biarlah dia sudah terbiasa sampaikan dia tidak takut. Itu lebih baik.
Qisha merehatkan kepala di atas bantal.
Terasa tangan Aydeen mengusap pipinya dengan kekura tangan. Qisha memejamkan mata. Rasa mengantuk bila dibelai dengan kasih sayang.
"Sleep tight, my gorgeous queen. I loves you so much, sayang."
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romance"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...