SETAHUN selepas Aydania menjadi milik Dhani. Kini, giliran Aden pula untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.
Teruja? Sudah pasti bagi Aden. Dia dah lama nantikan saat untuk menjadi suami Hana. Gadis yang dia idamkan sejak dulu.
"Abang Aden." Teguran suara garau itu membuatkan Aden menoleh memandang adik lelakinya.
"Tolonglah cover sikit senyum tu bila baca mesej dari Kak Hana. Meremang bulu roma Qay tengok. Seram tahu?"
Aden mencebik.
Semenjak duduk dengan opah. Qaydeen dah berubah dan sentiasa berusaha mencari Amaya tanpa berputus asa. Qaydeen punya sanggup upah penyiasat peribadi untuk mencari Amaya.
Harapnya, Qaydeen jumpa dan dapat pulihkan keadaan semula sebab Qaydeen memang nak peluang untuk jadi suami yang terbaik.
"Ada apa-apa lagi ke nak kena bali?" Soal Qaydeen sambil membelek beg-beg kertas yang penuh di tangannya. Kalah keluar teman Reena beli barang dapur.
"Tak ada dah rasanya. Jomlah balik," gamit Aden. Dah bosan juga dia tengok barang di pasar raya besar ni lama-lama.
Hati ni nak aje jumpa Hana. Tapi mummy dia tak bagi. Dia suruh tahan sabar sampai hari nikah.
Aden bukannya nak buat apa pun. Dia nak jumpa Hana je. Nak tengok muka cantik itu lama-lama dan lepas itu baliklah. Itu pun mummy tak bagi.
Mereka berdua menuruni tangga eletrik. Tiba-tiba lengan Aden ditarik kasar dari belakang.
Qaydeen mengerut dahi melihat perempuan itu.
"Aden!" Muka terdesak dengan mata berkaca-kaca.
Aden meleraikan tangannya dari terus dipegang perempuan itu.
Qaydeen nak menyampuk tapi ditahan si abang. Terpaksalah dia biarkan aje.
"Kenapa Aden nak kahwin dengan Hana? Apa lebihnya dia dan apa kurangnya Farah?!" Jerkahan suara itu mencuri perhatian lautan manusia.
Ah sudah...
Qaydeen pandang abangnya yang sedikit pun tak gelabah.
"Tak ada yang lebih atau kurang. Aden cintakan Hana. Hana Fakhira. Jadi Farah tolong faham. Kita kawan je. Aden tak pernah bagi harapan pada Farah atau mana-mana perempuan pun. Hana aje yang Aden nampak sejak dulu." Ujar Aden.
"Jom, Qay." Aden tarik tangan Qaydeen.
Qaydeen pandang Farah yang mula menangis dan terduduk. Perempuan itu kemudiannya menjerit kuat.
Qaydeen kembali pandang abangnya.
Mereka tiba di kawasan parkir kereta.
"Sorry kalau kau rasa scary." Ucap Aden tiba-tiba.
Qaydeen menggeleng.
"Dia suka sangat tu pada Abang Qay. Itu dia jadi macam tu."
"Aku tak boleh nak buat apa, Qay. Aku suka Hana je." Ujar Aden.
Qaydeen mengangguk faham.
Sejak dulu minat Aden pada Hana tak pernah berubah pada mana-mana perempuan. Itu mungkin antara asbab perempuan boleh jadi gila. Lelaki yang mereka benar-benar cinta tidak cintakan mereka.
Sungguh bagi Qaydeen cinta menakutkan.
+++
MEREKA tiba di rumah. "Dah balik dah?" Tegur Ayya sambil menuruni tangga bermain telefon bimbit.
"Jalan pandang depan. Kau tu nak jadi bini orang tak lama lagi. Tak pasal-pasal naik pelamin cacat." Sinis Qaydeen.
Ayya menjuihkan bibir.
"Sekurang-kurangnya aku dah ada pengantin lelaki. Kau tu? Pengantin perempuan pun tak jumpa lagi. Lemah," setepek Ayya bagi pada Qaydeen.
"Jodoh aku menyorok. Nanti aku jumpa aku heretlah dia kahwin. Kau tu kena kahwin cepat sebab nanti monopos. Muka dahlah makin tua sebab kerap marah." Sindir Qaydeen lagi.
"Aku lempang mulut kau nanti. Senget kut jawline kau!" Ayya mula menyinga.
Qaydeen mengajuk saja.
"Sudahlah bergaduh. Debik dua-dua nanti baru tahu." Omel Aden seraya melintasi kembar itu.
"Kau lah ni buat Abang Aden marah." Tutur Qaydeen.
"Apahal aku pula? Kau tu mulut bising macam murai. Dia serabut dengar suara kau. Dah lah buruk."
"Kalau aku buruk kau tu lagi buruk. Macam nenek kebayan."
"Bodoh." Maki Ayya lantas berlalu meninggalkan Qaydeen.
Qaydeen mencebik.
Entah macam manalah bakal suami Ayya tu berkenan pada Ayya. Nasib malang betul dapat bini yang kasar macam tu.
Euw.
+++
ADEN baru je nak masuk bilik dia nampak mummy dia baru keluar dari bilik adik kembarnya.
"Kenapa mummy?" Soal Aden.
"Biasalah. Yassir dan Qila demam,"
"Daddy jaga?"
"Mestilah daddy jaga. Tak tenang dia nak tidur tengok anak-anak dia merengek sebab panas." Ujar si mummy.
Aden mengangguk faham.
"Aden ni kenapa tayang muka susah hati? Ada apa-apa masalah ke?" Soal si mummy dengan prihatin. Muka Aden disentuh lembut.
"Tak ada apa. Mummy janganlah risau," pujuk Aden.
"Aden jangan nak tipu mummy. Mummy dah jaga Aden berapa lama?"
Aden telan air liur.
Mummy tak tanya masalah dia. Mummy 'paksa' dia bagitahu masalah dia pada mummy. Aden ulang. Paksa.
"Farah datang buat hal tadi masa Aden keluar dengan Qay untuk beli barang. Aden risau kalau dia buat kecoh masa Aden nak nikah dengan Nia atau masa Ayya nak nikah. Susah hati Aden ni, mummy."
Si mummy mengukirkan senyuman nipis.
"Aden jangan risau okey. Dia datang kacau pun Aden tetap akan jadi suami
Hana." Pujuk si mummy.Aden mengangguk perlahan.
Akur sahaja. Apa yang mummy dia katakan itu benar belaka. Sekali pun Farah cuba menghalang tidak ada apa yang dapat dilakukan. Aden tetap akan menikahi Hana.
"Erm, mummy."
Si mummy terkebil-kebil memandang anak lelakinya.
"Boleh Aden pergi jumpa Ha-."
"Tak boleh. Hana pun tak mahu jumpa Aden. Sabar lah kejap. Seminggu aje lagi, Aden. Lepas tu Aden peluklah Hana sampai tak mahu lepas pun tak apa."
Aden tersengih.
"Yelah..." Pasrah ajelah.
Lepas dia dapat Hana nanti tahulah. Dia tak bagi Hana keluar langsung dari rumah. Hmph!
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romantik"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...