Bab 61: Bidan Terjun

1.3K 164 6
                                    

TENGAH malam. Qisha merintih sakit. Aydeen tak tahu kerana perkara jadi tiba-tiba.

Darah mengalir banyak. Aydeen rasa terkaku. Tubuhnya rasa sejuk. Kepala bayi kelihatan.

Mujur Qaydeen ada. Dia bergegas mengangkat mummynya masuk ke dalam kereta sementara Hanzalah, Aalee dan Aaqil menjaga adik-adik yang masih kecil.

"Sakit, abang..." Qisha mahu menjerit rasanya. Tangan Aydeen digenggam erat.

Aydeen tak tahu.

Sebelum ini tarikh anaknya memang tepat mengenai jangkauan doktor. Tetapi kenapa kali ini terlebih awal?

"Sayang jangan tinggalkan abang sayang. Jangan tinggalkan abang." Rayu Aydeen.

Dia menangis dulu.

Takut.

Takut hilang Qisha melebihi segala-galanya.

Qaydeen bawa selaju mungkin namun dia berjaga-jaga dengan bonggolan di jalan raya kerana dia tahu perit bagi mummynya.

Qisha menjerit sakit.

Aydeen gelabah.

Apa dia nak buat? Apa yang kau nak buat Deen?!

Terkelu dia melihat bayi semakin kelihatan.

"Sa-sayang. Baby nak keluar, sayang!" Jerit Aydeen gelabah.

Qisha tak hairan dah.

"Sambut baby, daddy!" Qaydeen turut menjerit. Matanya masih terpaku memandang jalan raya.

"Daddy mana reti!"

"Jadi bidan terjun je!" Marah Qaydeen.

Nanti daddynya buat keras tak sambut anak yang baru lahir. Dua-dua meroyan!

Aydeen makin berdebar. Saat dinanti. Qisha melahirkan anak lelaki. Tangisan kuat kedengaran dari dalam kereta.

"Sayang an-anak kita..." Aydeen menggeletar. Dia capai selimut kecil yang digunakan oleh Huzair lalu dibalut tubuh kecil itu.

Qisha tersenyum nipis.

"Qayyum..."

Qaydeen tiba saja depan pintu hospital terus dia keluar dari kereta dan mendukung mummynya. Meminta jururawat yang ada menguruskan mummynya sementelah itu.

Aydeen juga mengikut saja.

Mujur ada Qaydeen. Jika tidak mahunya dia mati kutu. Manalah dia pernah menghadapi saat cemas begini.

+++

QAYYUM dimandikan dan sudah bersih. Aydeen memerhatikan Qaydeen yang mengazankan Qayyum.

Saja dia bagi Qaydeen peluang.

"Abang..." seru Qisha lembut. Lemah.

"Sayang." Aydeen menggenggam erat tangan Qisha.

"Terima kasih sebab lahirkan anak untuk abang. Maaf sebab abang nampak bodoh masa dalam keadaan cemas. Abang tak tahu nak buat apa. Seumur hidup abang. Sayang nak beranak macam tu depan mata abang..."

Qisha mengukirkan senyuman lembut.

"Sama-sama." Balasnya. Genggaman tangan Aydeen dibalas.

Mereka memandang Qaydeen yang sedang mendukung Qayyum.

"Dah macam anak dia dah." Omel Qisha.

"Itulah. Sayang kecil sangat. Masa Qaydeen dukung pun nurse tanya abang. Anak siapa? Sayang rasa?"

DEEN'S FAMILY (B5)Where stories live. Discover now