AYDEEN baring di atas katil sambil menyelak satu demi satu helaian album yang dipenuhi dengan gambar anak-anaknya. Setiap kali anak-anaknya lahir pada hari pertama gambar akan diambil untuk disimpan sebagai kenangan.
Aydeen tersengih sendiri. Comel anak-anak dia ni. Sekali pandang tak lekang senyuman dibibirnya. Tanpa sedar gambar-gambar itu direnung lama. Namun, Aydeen mengangkat wajah tatkala dia merasakan belakang lehernya disentuh dengan lembut.
“Sayang.” Sapanya dengan senyuman manja. Tangan Qisha yang memegang belakang lehernya ditarik lalu dicium sebelum Qisha ditarik drastik duduk diatas ribaannya. Aydeen tahu Qisha tak mudah terkejut disebabkan tingkah ini sering dilakukan.
“Abang tengok apa sampai senyum-senyum?”
“Ni, abang tengok gambar anak-anak kita. Comel aje bila tengok semua baru lahir dulu. Sayang pun tak ada beza. Sejak mula-mula jadi isteri abang sampai anak lapan pun tetap cantik. Body pun mengancam aje. Aum!”
“Ini aum abang,” bidas Qisha seraya mencubit geram pinggang Aydeen mengundang ketawa suka si suami. Qisha merehatkan kepalanya di atas bahu Aydeen sambil melihat gambar anak-anak mereka yang tika itu masih kecil.
Comel.
Pantas saja masa terasa berlalu. Sedar-sedar dah besar. Kalau boleh Qisha juga berharap perkara yang sama seperti Aydeen iaitu dia tak mahu anak mereka membesar. Biarlah sekecil itu saja.
“Sedihlah pula rasa. Masa lahir besar tapak tangan aje. Sekarang dah boleh berlari sendiri sedangkan masa lahir kita dukung…” gumam Qisha dengan senyuman yang sayu. Aydeen mengusap lembut pipi Qisha.
“Anak-anak membesar, sayang. Abang sedih juga.”
“Itulah.”
Aydeen menutup album itu lalu dia menoleh menatap wajah si isteri. “Sayang, abang ada satu rancangan.” Air muka Aydeen yang kelihatan gembira itu membuatkan Qisha juga turut terasa gembiranya.
“Rancangan apa?”
“Abang sebenarnya dah fikir jauh tau.”
Qisha fokua menunggu bicara Aydeen.
“Kita kan rancang nak ada 15 orang anak. Abang terfikirlah kalau sayang beranak seorang sekali mesti susah dan ambil masa yang lama untuk lengkapkan 15 orang anak. Apa kata abang cuba bagi sayang mengandung kembar dua atau tiga? Sekali beranak 3 orang. Kalau dua kali dah enam orang. Lepas tu seorang lagi last. Cepat kan?”
“Abang cakap mudahlah. Saya yang nak kena menanggung ni tau.”
“Abangkan ada. Abang pernah ke lepas tangan?”
“Memanglah tak pernah. Abang, mengandung kembar tiga masa kali pertama tu pun saya rasa lelah tau. Apa entah lagi nak mengandung sekali lagi kembar tiga.”
“Rezeki tak boleh tolak, sayang. Kita ikhtiar selagi boleh.” Sakan Aydeen cuba memujuk Qisha.
Qisha menggeleng.
Beri lampu merah pada si suami.
“Abang. Saya baru aje beranak kembar tu tau.” Omel Qisha bersama-sama muka garang. Aydeen mengucup sekilas bibir Qisha. “Ab-,” chup! Aydeen cium lagi bibir Qisha. Ey, rasa mahu mengaum aje sekarang.
“Kita cuba sekali aje. Pwish?” pinta Aydeen sambil mengerdipkan mata memandang Qisha. Qisha buat tak layan saja. Aydeen masih tidak mengalah. Aydeen menggesel manja pada kulit leher si isteri.
“Pwish, sayang. Abang pwomish sekali ni je. Dapat triplet…” rayu Aydeen dengan manja sekali.
Qisha merenung.
Aydeen mengerdipkan mata.
Haih. Qisha mengangkat bendera putih sudahnya membuatkan Aydeen menjerit teruja. Manalah Qisha mampu hendak melawan pujukan manja Aydeen. Suaminya itu cukup pintar dalam mengambil hatinya.
Sudahnya, bismilah…
Qisha ditarik ke atas katil untuk menyempurnakan perancangan Aydeen bagi mendapatkan kembar tiga julung kalinya!
+++
“MANA mummy?” soal Aden hairan tatkala daddy mereka yang menyediakan sarapan bersama-sama Aydania. Aydeen serta-merta menayangkan sengihan comel apabila disoal begitu.
“Kita akan dapat adik lagi, Aden.” Tukas Aydania pada Aden.
“Seriously, daddy. Again?” soal Aden sambil menatap seraut wajah Aydeen dengan pandangan tidak percaya. Manalah daddy mereka ambil tenaga banyak sangat. Minum tonglat ali berapa kilo pun tak tahulah.
“Daddy nak menjayakan rancangan 15 orang anak. Jadi daddy kena berusaha gigih.” Yakin saja Aydeen menjawab.
Aden tepuk dahi sendiri.
“Tak payah 15 orang anak. Anak yang ada sekarang pun Aden rasa dah lebih dati cukup, daddy. Zaman sekarang orang tak nak anak banyak-banyak. Kos sara hidup tinggi.” Bebel Aden pada si daddy.
“Aden ni cakap macam daddy tak ada duit. Daddy ni berduit. Daddy sugar daddy mummy…”
“Mengadalah daddy ni.” Rungut Aydania.
Aydeen tersengih suka tatkala melihat anak gadisnya menayangkan muka meluat. Muka macam dia dan perangai macam diam tapi bentuk tubuh dan kukit macam Qisha. Pendek kata bagi Aydeen, anak sulung dia ni cantik.
Aydeen mencubit geram hidung kecil Aydania.
“Ey, sakitlah hidung Nia!”
Aydeen tersengih.
“Cantik.” Pujinya.
Aydania mencebik.
“Kesian mummy. Tak sampai setahun pun dia rehat. Dah nak kena pregnant baby baru.” Omel Aden lagi.
“Mummy nak. Daddy pun nak. Tak ada paksaan.”
Aden menjuihkan bibir. Dah daddy tu tu suami dia. Celah mananya mummy nak menolak?
“Daddy tak sabar nak pegang baby lagi.” Tukas Aydeen bersama-sama wajah girang. Sejujurnya, Aydania dan Aden tak mamou nafikan bahawa daddy mereka memang gatal disamping addict dengan baby. Mana tidaknya, Aalee dan Aaqil juga sakan digomol daddy mereka sampai merah pipi kedua-duanya.
Haih!
Daddy… daddy.
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Roman d'amour"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...