Bab 28: Temu janji

1.6K 196 4
                                    

SELANG sebulan selepas pertunangan Aydania dengan Dhani kehidupan Aydeen rasa semakin tidak tenteram. Anak gadisnya itu sudah pandai tersenyum sendiri sedangkan sebelum ini anak gadisnya itu hanya membuat muka kosong saja.

“Sayangggg!” rengek Aydeen sambil menempelkan tubuh pada tubuh Qisha membuatkan tubuh Qisha terbaring di atas katil kerana dia tidak mampu menampung berat tubuh suaminya yang jelas dua kali ganda berat berbanding tubuhnya.

“Kenapa ni, abang?” soal Qisha dengan nada suara yang lembut.

“Sayang tengoklah anak dara kita tu. Duduk sendiri pun boleh senyim-senyum. Sedangkan selama ni dia punyalah susah nak senyum. Abang kacau dia buat lawak pun jarang sekali dia nak gelak. Abang rasa dia chat Dhani.” Adu Aydeen.

“Biarlah. Dhani tunang dia juga. Tak lama lepas tu dia orang berdua nak kah-.” Aydeen terus menekup telinga sebelum sempat Qisha menghabiskan bicaranya. “La, la, la tak dengar. Abang tak dengar.” Qisha mengukirkan senyuman nipis melihat gelagat suaminya.

Sayang sangatlah dengan anak dara sulung mereka itu.

Princess kita bukan kekal kecil sampai bila-bila abang. Nak atau tak abang kena lepaskan dia suatu hari nanti.” Tegur Qisha dengan suara yang lembut. Aydeen diam. Tangan masih kekal menekup kedua-dua telinga.

Qisha mengalihkan tangan Aydeen.

“Dhani tu kan anak kawan abang juga? Abang sendiri pun kenal Dhani dari kecilkan? Abang tahu Dhani tu perangai dia bagaimana.”

“Sayang, perangai manusia ni boleh berubah sekelip mata saja. Abang pula sedang yang dulu abang banyak buat dosa. Abang takut sangat kifarah terpalit pada anak-anak kita. Abang tak nak anak-anak kita menderita.”

Qisha mengukirkan senyuman.

“InsyaAllah tak ada apa-apa.” Pujuknya lagi.

Aydeen menggeleng.

“Abang takkan lepaskan Nia. Abang takkan izinkan berkahwin. Abang takkan izinkan mana-mana anak perempuan kita kahwin. Biar aje abang yang jaga mereka sampai bila-bila. Tak perlu abang nak serahkan mereka pada lelaki lain. Abang tak nak anak-anak perempuan yang abang besarkan dengan cinta dan kasih sayang dirosakkan macam tu je.” Kata Aydeen lagi.

“Abang tak bolehlah macam tu…”

“Sayang, kita berhenti cakap tentang topik ni okey? Apa pun kata sayang memang pendapat abang tetap sama. Abang tak nak anak berpisah dengan anak-anak kita.”  Tutur Aydeen dengan tegas.

Qisha hanya mengukirkan senyuman pasrah.

Malas dah dia hendak berbahas dengan si suami memandangkan suaminya memang jelas-jelas tak mahu kalah. Lagipun, Aydeen memang sayang sangat anak-anak mereka terutamanya yang perempuan.

+++

PETANG, sengaja Aydeen melabuhkan punggung diatas sofa. Betul-betul bersebelahan dengan anak sulungnya yang sedang membuat kerja sekolah. Suka sangat dia bila anak gadisnya itu memang fokus dalam pelajaran.

“Sekolah okey, Nia?” soal Aydeen ingin tahu.

“Okey, daddy.”

“Sekarang ni ada orang buli Nia lagi tak?” soal Aydeen lagi.

“Tak ada.”

Aydeen diam.

Aydania membuat kerja sekolah tanpa mengangkat wajah memandangnya. Tahun berganti tahun, Aydania yang dulunya sebesar tapak tangannya sudah menjadi anak dara. Risau Aydeen makin bertambah bila dia membayangkan suatu hari nanti dia harus melepaskan Aydania pada Dhani.

“Nia.”

“Hmmm?”

“Dhani ada beritahu daddy yang dia nak ajak Nia pergi keluar temu janji dengan dia.” Tutur Aydeen pada anak gadisnya. “Cakap saja yang Nia tak mahu. Nia sibuk sangat dengan kerja sekolah.”

“Betul ke?” Soal Aydeen teruja.

Aydania mengangguk.

Aydeen bersorak teruja dalam hati. Melihat Aydania masih fokus dengan kerjanya terus Aydeen bangun menuju ke dapur untuk telefon Dhani memaklumkan berita itu. Nampaknya tak lama lagi hubungan Dhani dan Aydania putuslah.

Aydania nampak tak berkenan pada Dhani.

“Abang. Muka teruja sangat tu kenapa?” soal Qisha tatkala dia melangkah masuk ke dapur. Dia mahu memasak awal tapi tak sangka pula si suami lagi awal masuk dapur.

“Abang nak call Dhani. Nia reject ajakan Dhani. Sayang nampak tak anak kita tu pun tak nak lagi cinta-cinta ni. Nia sayang abang seorang je.” Penuh bangga sekali bicara Aydeen. Qisha menggeleng.

“Abang teruja sebab Nia tak nak keluar dengan Dhani?”

Aydeen mengangguk.

“Abang tergamak ke nak bagitahu Dhani yang Nia tak mahu keluar dengan dia? Lagipun, Nia keluar pun nanti abang ikut juga. Bukannya Nia pergi berdua saja dengan Dhani.” Tegur Qisha.

Aydeen terdiam.

“Saya pun tak tahu perangai sebenar Dhani tu macam mana. Tapi bagi saya memang Dhani tu dah cukup baik. Abang bayangkan kalau nanti Dhani dah redha lepaskan anak kita dan masa tu anak kita juga ada orang lain. Abang tak rasa menyesal kalau Nia salah pilih suami? Abang tak takut anak kita akan teraniaya? Dhani tu kita kenal mak ayah dia sejak dulu. Kalau Nia kahwin dengan orang lain? Tak mustahil kan mak ayah suami Nia tu nanti akan bela anak dia walaupun bersalah?”

Aydeen tak mampu hendak membalas.

Lidahnya sememangnya terasa kelu. Sekarang, perasaan serba salah mula hadir di dalam dirinya.

Qisha menekup kedua-dua pipi Aydeen menggunakan tangannya. “Abang, lelaki kalau dah jatuh cinta dan gilakan perempuan yang dia nak. Abang tahu kan bukan mudah? Abang sendiri pernah ada di tempat Dhani. Abang pernah rasa macam mana cinta tu bila berkobar-kobar.”

“Ya lah, abang pujuk Nia.” Mengalahlah Aydeen.

Qisha pujuk dia dengan ayat lembut dan suara lunak buat Aydeen pula rasa jahat. Aydeen rasa macam dia dah menghalang hubungan cinta suci Aydania dan Dhani sedangkan Aydania belum ada rasa apa-apa pada Dhani.

“Aww, ini baru suami saya yang baik. Daddy yang hebat.” Puji Qisha seraya mengusap pipi Aydeen.

Aydeen menghela nafas lalu dia memeluk tubuh Qisha.

Lebiu, sayang.” Ucap Aydeen manja sebelum menyembamkan wajah pada ceruk leher si isteri. Qisha ketawa kecil. Belakang tubuh Aydeen diusapnya dengan penuh kasih sayang.

“Love you too, abang.”

DEEN'S FAMILY (B5)Where stories live. Discover now