JIKA disebut Aydania dan Aden sememangnya orang sudah tahu yang mereka berdua adik beradik disebabkan paras rupa mereka yang hampir sama. Itulah sikap mereka berbeza bagaikan langit dan bumi disebabkan Aden yang jenis banyak bicara sementara si kakak hanya lebih banyak pendiam.
Normal. Setiap kejayaan pasti akan ada yang dengki akan kejayaan ini tanpa mengenal erti penat dan lelah seseorang yang berusaha. Itulah kehidupan Aydania yang sering dibuli disebabkan dia pandai. Bukan sekali dua bahkan berkali-kali dia dibuli sehinggakan dia lali. Malahan, dia enggan memberi tahu daddynya kerana dia tahu apa tindakkan daddynya kelak. Aydania masuk ke dalam kelas. Baru saja duduk kaki kerusinya patah membuatkan Aydania jatuh.
Ketawa seisi kelas bergema. Aydania diam. Dia pergi ke belakang kelas untuk mengambil kerusi baru dan hanya duduk seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku tadi. Guru mata pelajaran masuk terus saja pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar seperti biasa. Tatkala Aydania keluar dari tandas semasa waktu rehat dia ditendang kasar dari belakang oleh seorang pelajar perempuan sehingga tersungkur di depan pintu tandas.
Aydania tetap diam meskipun dia menjadi bahan ketawa. Dia bangkit seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sikap Aydania yang enggan memberi respon menimbulkan kemarahan pembuli itu lalu rambut Aydania ditarik dengan kasar dari belakang.
“Auch!”
“Lah, aku ingat kau bisu. Boleh bersuara rupanya!” makin galaklah rambut Aydania ditarik bila gadis remaja itu mula meronta untuk dilepaskan. Tiba-tiba tangan perempuan yang menarik rambut Aydania dileraikan. Aydania tahu-tahu saja dia ditarik ke belakang. Terkebil-kebil gadis remaja itu.
“Ad-Aden.” Perempuan-perempuan itu terpana melihat Aden berdiri di depan mereka dengan wajah menyinga.
“Apa? Kau tarik rambut kakak aku kau buat muka suci tu? Kau tak tahu ke sakit macam mana?” soal Aden dengan garang.
“Ka-kami bergurau aje. Kan, Aydania?” soal perempuan itu.
Aydania diam.
Aden ketawa sinis.
“Oh, main tarik-tarik rambut tu bergurau ke? Baru aku tahu…” Aden lekas saja menarik kasar rambut perempuan itu. Menjerit perempuan itu dibuatnya. Aden menarik dengan lembih kuat hingga ada yang tercabut dengan serentak.
“Cukup, Aden!” cemas Aydania dibuatnya.
“Aden nak bergurau, kak. Dia orang bergurau macam ni dengan kakak. Aden nak bagilah dia orang rasa macam mana yang dia orang buat pada kakak.” Selamba jawapan Aden lalu segenggam rambut sudah selamat dalam genggaman Aden. Menangis perempuan itu dibuatnya.
“Lah, kenapa menangis? Aku bergurau je. Kau tarik rambut kakak aku dia tak menangis pun. Dia suruh kau lepas kau tak lepas. Adillah kan? Kau sakitkan kakak aku. Aku sakitkan kau. Jom, kak.” Tangan Aydania ditarik. Aydania hanya mengikuti Aden tanpa sebarang bicara.
Namun, jauh saja dari situ Aydania merentap tangannya dari terus dipegang Aden.
“Kenapa buat perempuan macam itu?” tegas suara Aydania menyoal.
“Dia orang buli kakak.”
“Sekali pun dia orang buli. Siapa beri kebenaran pada Aden untuk buat perenpuan macam tu?”
“Aden bertindak ikut cara Aden. Orang buli kakak. Aden nampak depan mata Aden. Takkan kakak nak suruh Aden diam saja?”
“Biarkan aje.” Bidas Aydania.
“Kakak. Sampai bila kakak nak biar orang buli kakak? Kakak diam. Orang ingat kakak takut. Makin seronok orang membuli kakak.” Tukas Aden dengan bersungguh. Dia risaukan kakaknya. Kakaknya pula tidak risaukan diri sendiri. Ada ke patut biarkan saja orang membuli.
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romance"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...