Bab 54: Hana

1.4K 120 1
                                    

QAYDEEN sajalah tunjuk yang dia ni ringan tulang dengan mempelawa untuk ikut Abang Aden pergi beli barang dapur di kedai runcit.

Tak sangka pula ramai juga orang yang mereka jumpa berkenan sangat nak tegur abangnya itu.

Qaydeen faham.

Abang Adennya itu lelaki yang baik. Senang dibuat kawan dan diajak berbual. Lagi-lagi sangat matang sebab itu ramai yang suka.

Apa yang Qaydeen tak faham kenapa ramai sangat perempuan yang berkenan pada abangnya itu?! Ilmu apa yang Abang Aden pakai sampaikan perempuan toleh berkali-kali.

Adakah dia tidak sesegak abangnya?

"Kenapa kau renung aku macam tu?" Soal Aden hairan. Kening kirinya terjungkit naik memandang kerenah Qaydeen yang memicing mata sambil menatapnya.

Tak lepas!

"Bersepah perempuan suka Abang Aden. Untunglah."

Aden mencebik.

"Dia orang nak suka. Suka ajelah itu hak dia orang. Tapi hati ni dah pilih satu je." Tenang jawapan Aden membuatkan Qaydeen terus berminat.

Tak pernah dia tahu siapa pemilik hati abangnya itu memandangkan Abang Aden cukup berahsia. Tapi namanya sudah Qaydeen tahu. Hana. Hana Fakhira.

Pujaan hati Abang Adeen saban hari. Siang dan malam tak jemu nama itu meniti bibir.

"Aden!" Kali ini kelihatan seorang perempuan kalut berlari mendekati mereka atau lebih spesifik ke arah Aden.

"Oh, Farah." Aden sapa dengan gaya santai dan matang.

Qaydeen pandang Farah.

Cantik.

Dia pandang abangnya. Bersahaja dan santai tatkala berbual dengan gadis yang bernama Farah itu. Tiada sebarang tarikkan atau renungan terpikat.

Tapi jelas-jelaslah abangnya memang tak minat sebab ini namanya Farah. Bukan Hana.

"Aden nak pergi tak?" Qaydeen hanya sempat menangkap hujung soalan.

"Hana ada?" Lain yang ditanya. Lain yang Abang Aden jawab.

Mati terus senyuman Farah.

Auch? Eh, Qaydeen. Kenapa kau beria pula nak rasa kasihan sedangkan kau lebih kejam dari itu? Amaya lari sebab siapa?

"Ada..."

"Aku pergi." Tawar Aden dengan ringkas. Nama Hana ada. It's okey. Hujan, ribut atau banjir sekali pun Qaydeen sanggup redah demi seorang Hana Fakhira.

"Oh. Ak-aku balik dulu." Pamit Farah dengan senyuman kekok sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Aden dan juga Qaydeen.

Qaydeen pandang Aden.

"Kenapa Abang Aden tak mahu dekat dia?" Soal Qaydeen ingin tahu.

"Dia? Farah tu ke?" Soal Aden semula.

Qaydeen mengangguk.

"Macam mana eh aku nak cakap. Farah tu okey. Tapi perangai dia tak berapa nak okey. Lagipun family dia susah sikit..."

"Susah?"

"Tak payahlah banyak tanya. Sibuk aje nak tahu tentang hal orang lain." Pantas Aden tepis pertanyaan Qaydeen yang lebih mendalam.

Qaydeen mencebik.

Tak sempat dia nak tahu kenapa Abang Aden tak mahu Farah.

"Hana tu cantik sangat ke?"

"Cantik? Perempuan cantik memang ramai, Aden. Tapi nak cari pakej yang baik dan comel tu sangat susah. Antara ramai perempuan yang aku kenal. Aku pilih Hana. Hana yang paling menarik."

Qaydeen diam.

"Kalau tak cantik tak seronok. Mata tak dapat gula-gula." Rungut Qaydeen.

"Kau ingat aku ni lekeh sangat ke? Baik-baik pun rupa aku ambil lah sikit. Cukuplah cantiknya berpada." Ujar Aden.

Qaydeen menjuih bibir.

Bukan dia tak tahu cita rasa abangnya. Mereka lahir dari rahim yang sama. Pasti saja cita rasa mereka lebih kurang sama. Qaydeen yakin.

+++

QAYDEEN hanya jenguk dari depan aje. Dia curi-curi dengar sambil berlakon makan keropok dan menonton televisyen. Walhal, perbualan opah dan juga abangnya itu jauh lebih menarik berbanding apa yang ditayangkan di televisyen.

Encik Harraz melabuhkan punggung di sebelah Qaydeen. Barulah lelaki itu kalut melemparkan pandangan ke arah televisyen yang sedang bercakap sendiri.

"Curi-curi dengar eh?" Tegur Encik Harraz.

Qaydeen tersengih.

"Topik Abang Aden lebih menarik." Balasnya dengan jujur. Tak guna pun nak tipu atuk dia. Atuk dia nampak aje tua tapi liciknya mengalahkan orang muda. Qaydeen yang cerdik ni pun tiba-tiba rasa bodoh kalau berdepan dengan atuk.

"Kenapa Qay tertarik?"

"Abang Aden rahsiakan Hana tu. Qay nak tengok betul ke biasa-biasa je."

"Kalau Qay nak tengok sangat atuk boleh je tunjuk. Tapi atuk tak naklah Qay simpan agenda nak rampas Hana pula. Bergaduhpula dengan Aden nanti. Dia tu nampak je baik. Garang tau Aden sebenarnya. Qay aje yang tak tahu." Tegur Encik Harraz.

Qaydeen tersenyum hambar.

Dia dah lama tahu yang Aden tu garang. Tapi untuk rampaa Hana dari Qaydeen tu mustahil sangat.

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Qaydeen lasti ada sebab tertentu kenapa Aden tertarik sangat pada Hana melebihi perempuan lain. Kalau tak mana mungkin nama Hana aje yang jadi pujaan.

"Qay tengok ni. Atuk tunjuk sikit je la." Encik Harraz bawa keluar telefon bimbitnya lalu dia tunjuk kejap pada Qaydeen sebelum dia simpan semula.

"Ala. Sekejap sangat,"

"Sikit-sikit jadilah. Tengok lama-lama buat apa? Aden punya." Bidas Encik Harraz.

Qaydeen memuncung.

Meskipun dapat lihat sepintas lalu saja tapi Qaydeen puji yang Hana sangat cantik...

Cantik dari mana-mana perempuan yang dia jumpa. Anggun.

Hisy. Untung betul Abang Aden. Tiba-tiba aje hati rasa cemburu. Hm. Tuah badan betul.

DEEN'S FAMILY (B5)Where stories live. Discover now