Bab 58: Surprise

1.1K 134 6
                                    

Sebelum kita mulakan bab. Saya akan memperkenalkan dulu anak hero yang terpaling ramai. 15 orang...

1. Aydania
2. Aden Hayden
3. Qayyara Saffyna
4. Qaydeen Harraz
5. Qayreena Sofeeya
6. Hanzalah
7. Muhammad Aalee
8. Muhammad Aaqil
9. Dareeq Riaz
10. Laila Khadijah
11. Aathif Hazran
12. Yassir Zulfan
13. Naqila Lillyann
14. Uthman Huzair
15. Muhammad Qayyum

+++

PERNIKAHAN Aden dengan Hana serta pernikahan Arif dengan Ayya telah selesai.

Sedih? Pasti. Setiap kali anaknya melangkah ke alam perkahwinan Aydeen sedar anak-anaknya bukanlah si kecil yang dia tatang sejak lahir. Bukan lagi bayi yang sebesar tapak tangannya.

Mereka semua punya pasangan sendiri dan kelak akan bergelar ibu dan ayah seperti dia juga.

"Abang..." Teguran suara itu membuatkan Aydeen mengangkat wajah. Qisha melabuhkan punggung disebelahnya.

Aydeen menyandarkan kepala pada bahu Qisha. Qisha mengusap lembut rambut suaminya itu.

"Abang rasa sayu je. Seorang demi seorang anak kita kahwin. Tak lama lagi tinggal kita berdua je." Gumam Aydeen.

Qisha ketawa.

"Lambat lagi agaknya kita nak tinggal berdua. Si kecil dalam perut ni pun tak lahir lagi."

Aydeen tersengih apabila Qisha membawa tangan kekarnya menyentuh perut si isteri. Sedikit membuncit tapi comel.

Aydeen suka tengok Qisha mengandung sebab nampak lebih mempesona berbanding biasa. Hehe.

"Abang lupa tentang si kecil ini. Abang ada cari nama semalam. Abang cadang nak bagi nama ni pada dia."

"Nama apa?"

"Qayyum. Muhammad Qayyum. Sayang suka tak nama tu?" Soal Aydeen dengan muka teruja.

Qisha suka melihat reaksi Aydeen. Polos.

"Mestilah saya suka." Jawapan Qisha membuatkan Aydeen merangkul tubuh isterinya dan dipeluk erat bagaikan tak mahu lepas.

"Abang sayang sangat pada sayang. Abang bersyukur sangat sebab sayang cintakan abang dan abang cintakan sayang." Ujar Aydeen.

Qisha sengih saja.

"Abang ni comel."

"Yeshe..." Pujian Qisha buat Aydeen menggeletis. Qisha ketawa suka melihat reaksi Aydeen.

Tak pernahlah Aydeen Hyraz ni tak galak dengan dia.

"Abang dah ada 15 orang anak..." Aydeen pandang langit malam dengan sengihan.

"Suka?"

Aydeen mengangguk laju.

"Lepas tu abang nak bahagia dengan sayang sampai kita tua." Ujar Aydeen seraya menarik tangan Qisha dan cincin pernikahan mereka dicium.

Qisha tersenyum manis.

Memilih Aydeen sebagai suami bukan satu kesilapan. Tidak pernah terlintas sebagai kesilapan apabila setiap hari ialah kebahagiaan.

"Abang nak campak anak kita dalam kolam renang kalau dia orang berani panggil kita tua. Kita muda lagi. Cumanya kulit tak tegang macam dulu." Bicara Aydeen buat Qisha ketawa kuat.

"Amboi. Seronok sangat dia." Aydeen tarik pipi Qisha.

Qisha tersengih.

Perhatian mereka berdua tertumpu kepada Aydania yang masuk ke dalam kawasan perkarangan rumah.

"Niaaaaa!" Jerit Aydeen teruja. Dia depa tangan luas-luas. Anak sulungnya itu terus sahaja meluru memeluk tubuh daddy dan mummynya.

Qisha tersenyum suka.

Aydeen mencium berkali-kali pipi Aydania.

Rindunya bukan kepalang.

"Dhani mana?" Soal Qisha sebaik sahaja pelukan dileraikan. Qisha memandang Aydania.

Nampak lebih berseri dan lebih feminin berbanding sebelum ini.

"Dhani ada kat luar. Kami datang nak jemput daddy dan mummy ikut masa yang dijanjikan."

"Kejap. Daddy tak bangunkan Yassir dan Qila."

"Mummy pun nak kena bawa Huz."

"Tak payah. Qay, Aden dan Ayya dah uruskan. Mummy dan daddy kena ikut Nia." Tak sempat pasangan itu hendak membuka mulut laju aje Aydania menarik tangan mummy dan daddy dia supaya mengikuti langkahnya.

Sampai aje kat luar Dhani sudah berdiri di tepi pintu kereta.

Dia salam tangan Qisha dan Aydeen.

"Sihat, Dhani?" Soal Qisha.

"Sihat alhamdulillah, mummy." Balas Dhani senang.

"Makin bulat eh." Tegur Aydeen.

"Anak daddy pandai jaga Dhani. Hati Dhani senang sebab tu Dhani mengembang dengan jayanya. Dia pula makin cantik mengalahkan bidadari." Dhani melirik manja memandang isterinya yang sudah ketawa.

"Jomlah bergerak sekarang. Nanti kita lewat." Gesa Aydania.

"Kita nak pergi mana?" Soal Aydeen keliru.

Aydania hanya pesan pada dia supaya mereka bersiap kerana Aydania mahu membawa mereka ke suatu tempat.

Bila Aydeen tanya Aydania kata rahsia.

"Rahsia," jawapan Aydania membuatkan Aydeen memuncungkan bibir.

Qisha ketawa melihat reaksi suaminya itu.

"Sabar eh abang. Kita kena tunggu surprise yang anak-anak buat. Kalau tahu awal-awal bukan surprise namanya." Pujuk Qisha seraya menggosok belakang tubuh suaminya.

Dhani menutup pintu kereta bahagian penumpang dan masuk ke dalam kereta bahagian pemandu.

Aydania juga sudah masuk.

Dia mula memandu.

"Betul apa yang mummy cakap. Kalau dah tahu bukan surprise. Daddy kena belajar tenang kejap ya. Tak menyesal pun daddy tak tahu." Kata Aydania.

"Fine. Daddy tunggu eh..."

"Ya, daddy..." Balas Aydania dengan ketawa.

Dhani tersengih.

Tak sabar mahu melihat reaksi mummy dan daddy semasa tiba nanti.

DEEN'S FAMILY (B5)Where stories live. Discover now