LEBAR saja sengihan Ayu kerana sebulan yang lalu dia dan Aydeel dah macam pasangan suami isteri normal.
Aydeel layan dia macam isteri dan jaga dia betul-betul. Meskipun Aydeel garang tapi Ayu tahu suaminya itu sayang sangat padanya.
Dan...
Dia sedang mengandung seminggu. Yey, untuk diri sendiri sebab asyik menggoda Aydeel!
Ayu duduk di atas kerusi lalu dia mengusap perutnya. Tak sabar nak tunggu nyawa dalam perutnya ini lahir.
Kata orang anak itu pengikat kasih sayang suami isteri.
Masa dia bagitahu Aydeel yang dia mengandung Aydeel nampak tak berapa teruja. Tapi Ayu dapat rasa yang suaminya itu acah-acah aje tak teruja.
Heheheh!
Ayu selempang tudung hitamnya lalu dia bawa beg kecil. Dia kunci pintu rumah dan naik grab untuk pergi ke tempat kerja Aydeel.
Sajalah nak kacau hidup doktor tu. Setahunya waktu macam ini Aydeel sedang berehat.
Elok aje Ayu sampai dia nampak Aydeel keluar. Tak sempat nak tegur dia dah nampak perempuan lain tegur Aydeel.
Aydeel ukir senyuman manis buat perempuan itu.
Tak macam Aydeel layan dia pun.
Dia kenal siapa biras dia. Dia kenal siapa adik ipar dia. Masalahnya, Ayu tak kenal langsung siapa perempuan itu dan apa hubungan perempuan tu dengan Aydeel.
Sabar Ayu. Tak baik buruk sangka. Aydeel suami kau. Dia setia aje.
Ayu tarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan.
"Awak!" Sapa Ayu dengan sengihan manis. Hakikatnya, dia hanya cuba mengawal riak wajahnya.
Aydeel mengerutkan dahi.
"Buat apa kat sini?" Soal Aydeel hairan.
"Siapa dia, Deel?" Soal perempuan itu.
"Kawan adik aku."
Rasa retak hati Ayu dengar Aydeel mengaku status dia begitu. Tak sempat Ayu nak buka mulut, Aydeel terus tarik dia menjauh.
"Kau buat apa datang sini?" Garang suara Aydeel bertanya.
"Salah ke saya datang nak melawat suami saya sendiri?" Bidas Ayu.
"Kau tu mengandung. Duduk rumah ajelah. Nanti apa-apa jadi pada kau susahkan aku sekali!" Marah Aydeel.
"Kalau susah jangan jaga saya. Lepaskan saya je kalau awak rasa terbeban sangat!" Bentak Ayu marah.
Aydeel mengetap bibir.
"Siapa perempuan tu?"
"Perempuan mana?"
"Perempuan tadi. Perempuan yang awak kata saya ni kawan adik awak. Kenapa berat sangat mulut tu nak mengaku saya ni isteri awak? Saya ni tak cantik? Saya tak putih macam perempuan tu?" Ayu makin hilang sabar.
"Kau ni kenapa merepek bukan-bukan? Datang sini nak mengamuk baik kau balik dan tunggu aku kat rumah je. Kau jangan jatuhkan air muka aku sebagai suami kau." Tegas Aydeel.
"Saya datang sini sebab nak bawa bekal untuk suami saya. Tapi suami saya keluar dengan perempuan lain."
Aydeel meraup wajah.
"Kau tak tahu apa-apa jangan tuduh aku macam tu boleh?"
"Habis kenapa awak tak nak bagitahu saya siapa perempuan tu? Saya isteri awak, Aydeel Hyriz!" Jerit Ayu.
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romance"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...