SEGALA barangan persekolahannya diletakkan disudut bilik lalu dia mendekati cermin. Rambut diselak sikit membelek wajahnya yang lebam gara-gara ditendang seorang pelajar lelaki. Zack juga tak kurang menendangnya dan diikuti oleh pelajar perempuan kerana dengki akan dirinya.
Dedaun pintu diketuk dari luar. Kalut Aydania mencari plaster lalu dia menampal kesan lebam itu sebelum dedaun pintu biliknya dibuka. Aydania menayangkan senyuman sehabis manis dihadapan mummy dan daddynya. Tapi, mummynya mendekatinya lalu kawasan plaster itu dicabut tanpa sempat Aydania menghalang.
"Mummy, ini-."
"Siapa buat Aydania macam ni?" soal si daddy dengan suara yang tegas. Rasa terbakarlah hati si daddy melihat wajah anak daranya yang ditatang sejak kecil lebam-lebam begitu. Aydania tak pernah mengganggu hidup orang kerana dia tahu bagaimana tingkah laku anak gadisnya yang seorang ini.
Aydania diam.
"Abang tunggu di luar. Saya nak periksa Aydania." Tubuh si suami ditolak keluar. Redha sajalah apabila dia melihat si isteri menutup dedaun pintu bilik. Lama juga Qisha memeriksa tubuh anak gadis mereka. Tika itu, Aydeen sudah kembali ke dalam biliknya untuk menenangkan fikiran. Dia tak mahu bertindak membuta tuli kerana Aydania tidak suka begitu.
Qisha melangkah masuk ke dalam bilik.
"Abang..."
"Macam mana? Aydania okey?" soal Aydeen ingin tahu. Terus saja dia mendekati si isteri dengan pandangan prihatin.
Air mata Qisha gugur.
"Lebam abang, badan anak kita. Perut dia. Kaki terseliuh. Belakang badan dia bengkak... saya tak tahu pun dia menderita kena buli!" Qisha meraung kuat. Aydeen lekas saja memeluk erat tubuh si isteri untuk menenangkan sedangkan dia juga turut berasa sayu. Aydeen rasa kecewa kerana dia sentiasa memikirkan Aydania baik-baik saja. Anak gadisnya itu tidak pernah merungut apa-apa seperti yang lain.
"Dia sebenarnya takut, abang. Tapi dia tak berani nak cakap."
"Sayang jangan risau. Abang akan uruskan hal ni. Abang akan memastikan pembuli anak kita tu menyesal." Tutur Aydeen penuh tekad. Sesekali rambut Qisha diusapnya agar si isteri bertenang. Dia tahu ini kifarahnya kerana membuli. Itu ada pepatah orang tua yang mengatakan kalau tak mahu apa-apa jadi pada anak jagalah akhlak.
"Abang jangan melampaui batas." Pesan Qisha dengan nada risau.
"Ya, abang tahu." Balas Aydeen lembut.
+++
MALAM itu, mereka sekeluarga makan bersama-sama seperti kebiasaan. Riuh seperti biasa dan Aydania diam seperti biasa. Qisha dan Aydeen saling bertukar pandangan lalu mereka memandang ke arah Aydania.
Aydeen berdehem.
"Kakak..." Aydania mengangkat wajah memandang ke arah daddynya.
"Daddy tahu Aydania tak mahu membebankan daddy. Daddy pun tak nak Aydania terseksa. Apa fungsi daddy sebagai daddy Aydania kalau melindungi anak dara-." Tak sempat Aydeen hendak menghabiskan bicara terus saja anak gadisnya itu bangun. Terkebil-kebil Aydeen dibuatnya tatkala Aydania membawa diri ke dapur.
"Kenapa tu? Kakak merajuk dengan daddy ke?" soal Qayreena ingin tahu.
"Kakak bergaduh dengan Abang Aden kut. Daddy cuba pujuk kakak tak layan." Tukas Ayya pula.
"Bukanlah. Rasanya daddy yang buat kakak marah." Tukas Qaydeen pula.
Aden menghela nafas.
"Aden dah kenyang." Ucap Aden lantas dia bangun membawa diri ke dapur. Aydeen menyandarkan tubuh pada kerusinya. Qisha melemparkan senyuman kelat tatkala dia melihat si suami mengerling ke arahnya.
Apa boleh buat? Dua orang anaknya yang sedang meningkat remaja ini penuh berselirat emosi mereka. Benarlah menjaga anak-anak remaja lebih susah berbanding menjaga kanak-kanak.
"Kak..." Aden menyeru Aydania tatkala dia tiba di dapur. Tajam mata si kakak menjeling sk adik dari ekor mata. Aden menghentikan langkah. Gulp! Seramnya bukan biasa-biasa.
Naik gugup Aden dibuatnya.
"Kakak. Aden-."
"Kenapa Aden berdegil beritahu daddy? Aden ingat kakak tak tahu ke Aden beritahu daddy? Mustahil daddy tiba-tiba je suruh mummy datang periksa kakak!" tempelak Aydania dengan bengang. Suara masih dikawal kerana dia tak mahu daddy mereka datang meluru ke dapur.
"Habis kakak nak suruh Aden berdiam diri je? Kakak tak tahu ke berjuta dah kes buli ni. Makin menjadi-jadi sampai ada yang membunuh diri sebab tekanan perasaan. Kakak kata kakak okey. Itu dari mulut. Tapi hati?" bidas Aden. Tak mahu kalah.
"Kenapa Aden suka menyibuk hah?!"
"Sebab kakak tu kakak Aden! Aden ada hak untuk melindungi sesiapa yang Aden mahu. Aden berhak lindungi kakak sebab kakak tu kakak Aden. Aden berhak marah kalau ada orang buat kakak Aden macam tu. Buli bukan perkara remeh, kakak. Fizikal kakak cedera. Mental kakak cedera. Habis kakak nak suruh Aden gelak je? Buat-buat bahagia sedangkan Aden tahu kakak merana?"
Aydania hilang bicara.
Aden tertunduk.
Air mata yang gugur masih kelihatan walaupun Aden tidak mengangkat muka. Bahu Aden terhinjut-hinjut menandakan dia sedang menangis.
Aydania menghela nafas.
Tak bolehlah dia kalau Aden menangis begini. Aden nampak aje garang dan tegas tapi sebenarnya adik lelaki dia ni manja. Aydania mengaturkan langkah mendekati Aden lalu bahu Aden diusap dengan lembut.
"Sorry..." ucap Aydania serba salah.
"Aden risaukan kakak." Gumam Aden dengan nada yang perlahan.
"Ya, kakak tahu. Kakak pun tak ada niat nak marah Aden." Tukas Aydania dengan nada yang perlahan.
"Buli tu menakutkan, kakak. Aden tak nak apa-apa jadi pada kakak."
Aydania menghela nafas perlahan.
+++
AYDANIA melabuhkan punggung di tempat belajarnya. Sendirian lebih menyenangkan. Bukanlah dia tak perasan ada figura yang menjenguk-jenguk di tepi pintu seakan minta dinotis itu. Hendak buat-buat tak nampak rasa berdosa pula.
"Daddy. Masuklah." Gamit Aydania.
Terus saja si daddy masuk ke dalam bilik anak gadisnya bersama-sama sengihan serba salah. Aydania diam memerhatikan daddynya.
"Aydania. Daddy risaukan Aydania."
"Ya, Aydania tahu."
"Biar daddy uruskan ya?"
"Tak perlulah daddy. Tindakkan daddy hanya menimbulkan kekecohan saja. Orang tak suka Aydania pun sebab Aydania ni rapat dengan daddy. Orang asyik kata Aydania kaki adu." Tukas Aydania dengan nada perlahan.
Aydeen mengetap bibir.
"Daddy minta maaf. Tapi izinkan daddy uruskan. Daddy janji takkan ada orang yang akan menyakiti Aydania lagi selepas ini."
"Daddy..." Aydania masih bertegas tatkala daddynya itu berdegil.
"Aydania. Daddy risau tentang buli-buli ni dan daddy akan buat apa yang patut. Dengar cakap daddy ya?"
Aydania meraup wajah.
"Kenapa daddy degil sangat?" soal Aydania dengan geram.
Aydeen menayangkan sengihan.
"Well, I'm your daddy. Daddy always be daddy." Penuh bangga nada Aydeen ketika dia berbicara.
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romance"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...