Bab 47: Pikachu

1.1K 151 10
                                    

LETIH. Aydeen melangkah masuk ke dalam rumah sambil melonggarkan tali lehernya. Rambut yang disikat rapi tadi juga terus diserabaikan. Kata Qisha, Aydeen nampak lebih menggoda dengan rambut messy.

Aydeen faham hormon perempuan mengandung.

Daddy dah balik!” sapa Reena dengan teruja seraya berlari ke arah Aydeen. Aydeen ketawa suka melihat reaksi anak daranya. Rambut Reena diusap dengan penuh kasih sayang.

Daddy ada bawa buah tangan. Reena bawa kongsi dengan adik-adik ya?” pinta Aydeen dengan lembut. Reena mengangguk lalu dia berlalu pergi meninggalkan Aydeen. Bukan Aydeen tak nampak Qaydeen mengikuti Reena.

“Qay.” Suara Aydeen membuatkan tubuh Qaydeen mengeras. Langkahnya mati.

“Qay tak reti nak cakap apa-apa pada daddy?” soal Aydeen dengan suara yang kedengaran dingin. Hari makin hari dia rasa Qaydeen melampau. Tak ada rasa hormat pada dia ataupun Qisha. Ringan aje mulut remaja itu melawan bicaranya.

“Se-selamat pulang, daddy.” Ucap Qaydeen pantas mengejar langkah Reena yang semakin menjauh.
Aydeen menghela nafas.

Langkah disambung menuju ke arah tangga. Elok satu anak tangga dipijak dia menoleh memandang seluarnya ditarik.
Aydeen tunduk melihat.

“Alala comelnya dia ni!” puji Aydeen girang seraya mendukung tubuh kecil itu. Menjerit seronok Dareeq dengan tingkah daddynya itu. Aydeen menaiki anak tangga sambil mendukung Dareeq.

Rasa hilang letih dia bila dapat gomol pipi anak sendiri.

“Betul ke mummy ada baby dalam perut mummy?” soalan Dareeq membuatkan Aydeen terdiam. Kemudian, dia mengangguk bersama-sama senyuman yang cukup manis.

“Yey, Dareeq dapat adik lagi!” jerit Dareeq girang.

Aydeen ketawa.

Dia letak tubuh Dareeq dibawah. Aydeen menggosok lembut rambut Dareeq. “Daddy nak mandi. Dareeq boleh tengokkan Laila?” pinta Aydeen dengan lembut.

Dareeq mengangguk.

“Baik encik daddy.”

Aydeen tergelak lagi.

Dia memerhatikan Dareeq yang sedang melangkah menuju ke arah ruang rehat. Aydeen mengukirkan senyuman. Hari demi hari berlalu semua anaknya membesar dengan cepat. Rasa seperti masa sangat cemburu pada dia.

Tanpa berlengah Aydeen melangkah masuk ke dalam bilik.
“Sayang!” sapa Aydeen dengan gembira. Namun, dia terkedu tatkala melihat Qisha baru sahaja keluar dari bilik mandi. Berkemban-

“Sayang...”

Meruap hangat wajah Qisha apabila melihat reaksi terkejut Aydeen. Dia masuk semula dalam bilik mandi. Pintu itu dihempasnya dengan kuat.

Aydeen menapak mendekati pintu bilik mandi.
“Alolo. Abang terkejut sebab tengok sayang seksi keluar dari bilik mandi. Bukannya aba-.” Tak sempat Aydeen mahu menghabiskan bicaranya terus sahaja dipintas Qisha.

“Abang diam. Abang kata ajelah saya nampak gemuk. Abang terkejut sebab isteri abang dah gemuk. Tak cantik.” Qisha menjawab dari dalam bilik mandi.

Aydeen masih belum bodoh untuk tidak mengerti bahawa Qisha sedang berkecil hati.

Hormon mengandung Qisha kali ini berubah sedikit. Isterinya bertambah berat badan dan saiz tubuh Qisha agak membesar. Qisha juga malu dengan perubahan itu. Tapi mama kata itu biasa aje. Nanti lepas bersalin dan Qisha berpantang tidak mustahil untuk Qisha dapatkan bentuk tubuh yang kecil semula.

Aydeen membuka pintu bilik mandi dengan lembut.

Qisha menekup wajah.

“Sayanggggg,” lembut dia menyapa si isteri. Tubuh Qisha dibawa masuk ke dalam pelukannya.

“Abang tak kisah sayang bulat ke sayang petak ke. Sayang tetap isteri abang. Abang sayang aje sayang walaupun macam mana keadaan sayang. Lagipun, hormon mengandung sayang. Nanti lepas bersalin sayang cantik balik.” Pujuk Aydeen.

“Betul?”

Aydeen mengangguk.

“Apa yang sayang nak risau sangat? Sayang tetap comel bila tembam. Dah macam pikachu.” Puji Aydeen sambil menekup kedua-dua pipi Qisha.

Qisha memuncung.

Aydeen ketawa.

“Ha, tengok? Comel je isteri abang ni. Dah pergi pakai baju.” Aydeen melepaskan tubuh Qisha.

Qisha akur aje.

Aydeen mencapai tuala yang tersangkut. Dia berura untuk masuk ke dalam tandas. Sempatlah dia perasan Qisha tengah belek badan sendiri depan cermin.

“Abang.” Seru Qisha.

Aydeen menoleh.

“Ya, sayang?”

“Kalau saya tak kurus lepas bersalin nanti abang jangan harap nak dapat target abang.” Tegas Qisha. Aydeen tahu isterinya tidak main-main.

“Ta-tapi sayang...”

“Tak ada tapi-tapi. Abang yang mengandungkan saya. Abang kena cari cra untuk pastikan saya kurus. Kalau tak...” Qisha buat gaya ibu jari kelar leher.

Gulp!

“Baik.” Balas Aydeen. Akur.

DEEN'S FAMILY (B5)Where stories live. Discover now