Bab 30: Suami

1.8K 181 9
                                    

JIRAN. Jika diikutkan hati Qisha tak kisah pun sebenarnya kalau dia tak berkawan dengan sesiapa. Tapi Aydeen yang suruh dia bertegur sapa dengan jiran. Qisha kena ikut sajalah kalau itu yang diarahkan si suami. Al-maklumlah, Qisha ni isteri yang baik.

"Segak betul suami kak Qisha." Tegur perempuan disebelahnya. Suara menggeletis buat Qisha rasa geli tekak. Kemain sangatlah nak memuji suami dia. Gedik! Tapi Qisha tak boleh menyembur. Jiran kan?

Rasa nak marah tapi kena sabar. Fuhhhh!

"Bila Qisha kenal suami tu?" tegur seorang lagi. Wanita kali ini lebih berusia berbanding yang pertama menegurnya. Matanglah sikit tak ada nada nak mengurat memandangkan wanita ini juga sudah bersuami. Cuma itulah, semestinya suami Qisha lebih kacak.

"Qisha kenal dengan Deen masa zaman sekolah lagi. Kami kahwin muda." Cerita Qisha.

"Oh, seronoklah Kak Qisha dapat peluk suami hensem." Rungut gadis itu. Wanita yang berusia menepuk geram peha anak gadisnya. Jangan nak menggeletis sangat. Suami orang memang hensem sebab bini dia pandai jaga. Tengok Kak Qisha kamu. Segak. Itu suami dia hensem. Sama padanlah." Melambung wanita tua itu memuji.

Qisha hanya mampu menayangkan sengihan segan.

"Ceh. Suami Kak Qisha tu memang dah segak. Pandai aje jaga diri. Kak Qisha tak jaga dia pun dia tetap hensem." Rungut gadis muda itu.

"Ain Natasya!" marah wanita tua itu dengan nada suara yang tinggi.

Qisha pula? Mula berangan memijak anak saudara wanita tua itu. Bukannya dia tak nampak perempuan itu meremung saja suaminya. Ke mana Aydeen pergi di situlah mata dia mengekor. Rasa mahu korek-korek saja mata itu!

Qisha tersentak tatkala ada tangan yang menyentuh kepalanya. Dia mendongak. Melihat Aydeen yang sedang memandang Mak Cik Ida dan juga Ain dengan renungan kosong. Tapi Aydeen membentuk senyuman tawar selepas itu.

Senyuman tak ikhlas.

Qisha tahu sebab Qisha kenal Aydeen. Sejak dulu.

"Nampak aje macam saya ni berdikari tapi saya tak boleh survive kalau tak ada sayang saya ni..." rengek Aydeen. Entah dari mana suami dia ni datang pun Qisha tak tahu. Tiba-tiba sentuh kepala dia. Aydeen menggesel pipi pada pipi Qisha.

Geli sebab ada kumis nipis dan rasa tajam-tajam serupa berus sabut!

Air muka Ain berubah.

"Tapi kan kalau Kak Qisha tak ada Abang Deen boleh aje kahwin dengan perempuan lain. Contohnya, macam saya..." tawar Ain lagi.

"No, thank you. Aku nak si gebu ni je. Perempuan lain tak sama macam yang ini." Tubuh Qisha ditarik ke dalam pelukan secara tiba-tiba. Aydeen menukarkan panggilan antara dia dan Ain. Mungkin Aydeen juga rimas perempuan itu cuba mencucuk jarum.

"Aku tak perlukan perempuan lain. Termasuk kau." Tegas, ringkas dan padat.

"Ain nak balik!" muka gadis itu masam. Lekas bangkit dan pergi keluar dari pekarangan rumah Qisha. Mak Cik Ida juga kalut mengikut. Sempat jugalah kata-kata maaf meniti bibir.

Qisha tetap mengukirkan senyuman manis. Meskipun dalam hatinya sedang memaki Ain. Mujurlah si gedik itu pulang awal jika tidak memang satu hal Qisha akan menekan muka gadis itu di atas lantai dan sental muka Ain tu sampai tak ada rupa.

Aydeen menarik lembut dagu Qisha sebelum bibir itu dicium.

"Abang..." Qisha memukul lembut dada Aydeen.

Aydeen tersengih lalu dia menyatukan dahi mereka. Muka Qisha ni memikat. Pandanglah berjuta kali pun Aydeen tak pernah jemu malah rasa ketagih untuk terus memandang Qisha.

"Jealous ke?" soal Aydeen lembut.

"Jealous la. Suami saya kena mengurat depan mata. Ingatkan abang nak melayan dia tadi. Ain kan cantik. Anak dara lagi..." sindir Qisha.

Aydeen ketawa kecil.

"Tak naklah Ain. Abang nak sayang je. Lagi pun anak dara zaman sekarang belum tentu ada dara. Abang bertuah sebab abang kahwin dengan sayang. Dahlah cantik, comel, baik, manja dan gebu...." Tutur Aydeen sebelum mencuit sekilas hidung Qisha.

Qisha menyeringai suka.

"Abang suruh saya berbaik dengan jiran."

"Berbaiklah sebab abang tengok sayang bosan duduk dekat rumah. Sekurang-kurangnya sayang ada jiran yang boleh berbual." Kata Aydeen.

"Tapi saya tak suka Ain."

"Tahu. Ain tu kan jarang-jarang ada. Mak Cik Ida baik. Sayang boleh berkawan dengn dia. Cumanya, berbuat baik berpada-pada. Berbuat jahat jangan sekali." Pesan Aydeen dengan lembut.

"Oh, buat jahat kena banyak kali la ni?" Sakat Qisha.

Aydeen tayang muka geram.

Qisha tergelak.

"Jangan nakal sangat ea. Kurung dalam bilik nanti baru tahu." Ugut Aydeen sambil tayang muka garang. Qisha menjelirkan lidah. "Kurung ajelah. Abang kan S-U-A-M-I saya." Bidas Qisha sambil mengenyit mata kiri.

Aydeen berdecit geram.

Nak gomol sayangnya tengah berpantang. Sabar jelah hati!

DEEN'S FAMILY (B5)Where stories live. Discover now