TUBUH si kecil itu dimandikan dengan penuh berhati-hati. Seusai itu, Aydeen melilit tuala pada tubuh kecil itu lalu dibawanya keluar dari bilik mandi untuk dipakaikan baju. Diam saja si kecil itu seolah-olah selesa dengan cara layanan daddynya.
“Wanginya baby mummy!” suara Qisha menegur tatkala dia melihat suaminya membawa si kecil itu menuju ke arahnya. Qisha membetulkan duduknya supaya ada ruang untuk Aydeen meletakkan bayi mereka.
“Baik je dia masa abang bagi mandi.” Cerita Aydeen dengan sengihan.
“Dia pandang muka daddy dia. Betul ke daddy aku ni?” seloroh Qisha.
“Lah patut diam. Terpesona tengok daddy dia yang hensem. Tak apa, Hanzalah. Nanti Hanzalah pun hensem juga macam daddy sebab ada genetik.” Aydeen melayan saja seloroh si isteri. Qisha tersengih suka.
Seronok benar Aydeen melayan dia.
Hanzalah hanya terkebil-kebil memerhatikan pasangan itu.
Suara riuh dari tingkat atas membuatkan Aydeen mengerut dahi. Tadi dia bagi mandi si kecil Hanzalah elok saja sunyi. Ini tiba-tiba riuh pula?
“Abang, anak kita bergaduh apa pula tu?” soal Qisha hairan.
Aydeen menghela nafas.
“Abang pergi tengok sekejap.”
“Jangan marah lebih-lebih. Abang faham ya?” pesan Qisha lembut. Tak mahu anak-anak mereka terasa hati. Qisha tahu si kembar tiga itu agak terganggu emosi memandangkan mereka memperoleh adik baru meskipun mereka kelihatan gembira.
“Ya…” balas Aydeen sambil mengusap lembut rambut isterinya.
Aydeen terus saja bangkit lalu dia membuka langkah meninggalkan Qisha dan bayi kecil mereka. Aydeen memanjat tangga. Makin jelas riuh bergaduh.
“Aydania, Aden. Ayya, Qay dan Reena. Apa bising-bising ni?” soal Aydeen dengan suara tegas.
Makin bising.
Aydeen menuju ke arah bilik belajar yang dihuni lima orang anaknya. Tapi-
Elok saja semua sedang membuat kerja sekolah secara berkumpulan. Aydeen mengerutkan dahi. Apa yang dah jadi sebenarnya ni?
Aydeen melangkah masuk ke dalam bilik belajar itu.
“Tadi daddy dengar suara bergaduh. Bergaduh sebab apa ni?” soal Aydeen.
“Mana ada kami bergaduh, daddy.” Nafi Qaydeen.
“Daddy dengar dari tingkat bawah. Mummy pun dengar. Kenapa bergafuh masa tengah belajar? Apa yang jadi punca bergaduh?” soalan Aydeen membuatkan kelima-lima anaknya diam.
Aydeen menghela nafas.
Dia melabuhkan punggung di atas lantai bersama-sama anaknya.
“Selalu elok je belajar. Kenapa pulak hari ni jadi riuh rendah sangat? Tiba-tiba bergaduh. Bagitahu daddy apa sebabnya.” Tukas Aydeen lagi.
Diam.
“Kalau semua tak mahu bagitahu daddy. Nak daddy buat cara tegas? Nak kena rotan dengan daddy ke?” suara Aydeen mula bertukar nada.
Habis cuak semua.
“Qa-Qay kata bila dah ada adik daddy dah takkan sayang kami.” Adu Ayya.
“Betul. Daddy akan sayang adik je. Daddy takkan sayang kami.” Tokok Reena.
“Memang betul pun. Daddy asyik layan adik je. Kami tak ada masa pun nak cakap dengan daddy. Daddy dah buang kami.” Tiba-tiba Qaydeen meraung maka Ayya dan Reena juga turut menangis kuat.
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romance"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...