TIADA apa yang hendak dibuat hari ini memandangkan dia cuti. Anak-anak bersekolah dan ada yang sedang lena. Tak sangguplah dia hendak mengacau anak-anak kecilnya yang sedang lena kerana Aydeen mengerti mereka keletihan. Aydeen menompan dagu sambil berbaring di atas katil bersebelahan si isteri.
Qisha diam saja tanpa sebarang bicara.
Merajuk? Aydeen rasa tidak kerana Aydeen tidak melakukan sebarang kesalahan pada isterinya. Aydeen sehabis baik menjaga hati Qisha supaya sentiasa senang dengan sikapnya. Mustahil Qisha hendak memarahi dia tanpa sebab.
Air mata Qisha mengalir. Terus saja dia mengesat.
Aydeen yang nampak terkejut. Terus tubuhnya di dekatkan dengan si isteri. Qisha juha ditarik rapat dengannya. “Abang ada buat sesuatu yang buatkan sayang berkecil hati ke?” soalan spontan Aydeen membuatkan Qisha terkebil-kebil. Namun, Qisha menggeleng.
“Kenapa sayang menangis?”
“Entahlah. Saya tiba-tiba saja rasa nak menangis.” Tutur Qisha seraya mengukirkan senyuman nipis. Aydeen mengemam bibir lalu dia merapatkan lagi tubuhnya dengan tubuh si isteri.
“Abang minta maaf kalau abang ada buat sayang berkecil hati tanpa abang sedar.” Ucap Aydeen lagi.
Qisha ketawa kecil.
“Abang tak buat apa-apa pun. Emosi saya aje yang tak stabil kebelakangan ni. Jangan rasa serba salah.” Tegur Qisha dengan nada suara memujuk. Belakang tubuh suaminya diusap dengan penuh kasih sayang
Aydeen mengetap bibir.
“Tapi…”
“Abang, biasalah mood saya ni sensetif. Abang tak buat apa-apa pun. Janganlah risau.” Tegur Qisha dengan suara yang sangat lembut. Aydeen nampak tak mempercayai apa yang Qisha kata.
Qisha mengusap lembut belakang kepala Aydeen. Dahi si suaminya itu diciumnya dengan penuh kasih sayang.
+++
SETIAP kali jam berdetik tiap kali itulah hati Aydeen tidak tenang. Sepasang matanya akan memerhatikan jarum jam yang bergerak mengikut arah. Haih…
“Kau dah kenapa? Macam cacing kepanasan aje.” Tegur Firdaus hairan.
“Kau takkan tak faham-faham lagi dengan perangai Deen? Dia mana boleh tinggal adik aku lama-lama. Kau nak balik, baliklah.” Tegur Zafir dengan muka selamba. Kalau dka tak bagi pun nanti Aydeen balik juga.
Tahu dah dia.
Aydeen ni dia boleh baca macam novel je.
“Kau sama macam abang kau. Lepas kahwin lepak pun tak mahu dah. Melekat saja dengan isteri.” Omel Firdaus. Dia pun dah kahwin juga tapi tak adalah sampai 24/7 nak melekat saja dengan Hanan. Lagipun, Hanan tengah mengandung anak kedua. Jadi Hanan sentiasa mabuk kalau bau badan dia.
Jadi Hanan halau dia keluar suruh dia melepak dengan kawan-kawan. Apalah nasib dia…
“Aku bukannya macam Deel. Tapi boleh dikatakan sama. Deel tak sekritikal aku.” Selamba dan bersahaja saja bicara Aydeen.
Zafir memutarkan bebola mata seraya menayangkan wajah menyampah.
Aydeel memang tak kritikal sebab dia tak ada baby fever. Masalahnya, Aydeen ni selalu sangat baby fever. Risau Zafir dibuatnya.
“Kalau aku jadi Qisha memang aku menangis dah nak tinggal kau. Walaupun kau segak tapi kau punya miang aku yang lelaki ni pun seram tahu?” bebel Firdaus.
Gila Aydeen dah cecah sembilan orang anak. Zaman sekarang mana ada pasangan yang beranak ramai. Selalu paling ramai pun 6 orang saja maksimum. Ini sampai sembilan orang?! Gilaaa!
Aydeen tidak membalas. Hanya sengihan saja dia mampu tayang.
Tak ada apa untuk dinafikan memandangkan apa yang kawan baik dia katakan itu benar belaka. “Tapi itulah. Aku faham saja perasaan adik aku. Suami dia ni jenis yang miang dan ketagih dengan baby. Jadi, dia kena cari cara untuk pastikan Deen melekat dengan dia.” Omel Zafir.
Firdaus mengangguk.
Aydeen ketawa hambar.
Dia tetap aje sayang Qisha sekali pun Qisha tak setuju nak ada 15 orang anak dengan dia. Itulah. Qisha setuju. Bagaikan orang yang kantuk disorongkan bantal. Aydeen layankan aje memandangkan dia pun suka baby.
Ehek!
“Dahlah, aku malas nak layan kau orang. Aku balik dulu.” Pamit Aydeen seraya melangkah pergi meninggalkan abang iparnya dan juga kawan baiknya. Mereka hanya memerhatikan Aydeen sehingga hilang dari pandangan.
“Gila gilalah adik ipar kau tu.” Tutur Firdaus pada Zafir.
Zafir menjungkit bahu.
Apa yang boleh dia buat lagi? Adik ipar gila itulah yang Qisha cinta mati. “Kalau bukan sebab Deen, aku tak rasa sekarang Qisha boleh bahagia sampai macam ni.” Tukas Zafir mendatar.
Diam-diam Firdaus angguk.
Betul juga.
+++
TIBA di rumah, Aydeen menguak pintu utama bersama-sama salam. Dia melangkah masuk sambil sepasang matanya memandang setiap pelusuk rumah. Gelap. Aydeen pasti yang anak-anak dia sudah tidur.
Masing-masing nakal. Malangnya, mereka tahu Aydeen ni garang.maka, aydeen faham Qisha akan pastikan anak-anak mereka tidur sebelum Aydeen balik. Bagi Aydeen, disiplin itu utama walaupun adakalanya Aydeen merapu juga.
“Abang dah balik.” Qisha menegur si suami. Qisha membuka langkah mendekati Aydeen lalu tangan suaminya itu dicium.
Aydeen mengukirkan sengihan suka.
Pintu utama ditutup dan dikunci. Aydeen menarik tubuh si isteri ke dalam pelukan. Berkali-kali ciuman sayang diberikan pada wajah Qisha. Qisha tersenyum suka.
“Abang…”
“Hmmm?”
“Nak?”
“Nak???” Soal Aydeen semula dengan muka terpinga-pinga. Dia nak cium Qisha tapi Qisha tekup bibir dia. Makin bertambah blur Aydeen. “Sayang nak apa?” soal Aydeen keliru seusai dia mengalihkan tangan Qisha.
“Mana burger yang abang janji nak beli tu?” soal Qisha lagi.
Aydeen terkebil-kebil.
Burger?
“Oh, kedai burger tu tutuplah. Sorry ya, sayang?” ucap Aydeen seraya menayangkan senyuman serba salah. Air mata Qisha bertakung dan depan mata Aydeen juga air mata isterinya menitis.
“Say-sayang…”
“Abang tak sayang saya…” Qisha menangis teresak-esak.
Ah sudah.
“Siapa cakap abang tak sayang? Abang sayanglah.”
“Tipuuuu! Abang tipu! Abang tak beli burger. Abang dah janji!” meraung Qisha depan Aydeen. Aydeen menekup pipi Qisha lalu dia merenung lama sepasang mata isterinya itu. Aydeen tersenyum.
“So, sayang pregnant. Ya?” soal Aydeen lembut.
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romance"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...