AYDEEN duduk dibirai katil. Sepasang matanya memerhatikan si isteri yang sedang bersiap melilit tudung melindungi auratnya. Sungguh, cantik.
Baju ibu mengandung yang tersarung ditubuh isterinya membuatkan Qisha bertambah comel dan menawan di mata seorang Aydeen Hyraz.
Qisha memandang pantulan suaminya di cermin.
"Kenapa abang pandang saya sampai macam tu sekali?" Soal Qisha hairan. Ketawa kecil berakhir dihujung bicara membuatkan Aydeen merebahkan tubuh di atas katil.
Matanya masih terpaku pada Qisha.
"Isteri abang cantik sangat." Ujar Aydeen dengan suara yang sangat perlahan.
Qisha tersengih.
Seusai dia menyudahkan tudungnya itu terus dia menapak mendekati suaminya itu. Qisha melabuhkan punggung dibirai katil.
"Saya cantik ke?"
Aydeen angguk.
Qisha mengukirkan senyuman.
"Ey, comelnya suami saya ni." Puji Qisha seraya mencubit pipi Aydeen. Rambut suaminya juga sudah tersikat dengan kemas sekali.
Hari ini mereka nak keluar berdua.
Aydeen letak kepala di atas riba Qisha. Sengaja dia menggeselkan pipinya pada perut Qisha yang sudah semakin membulat. Entahlah, setiap kali dia bakal menimang cahaya mata pasti sahaja dia teruja walhal dia sudah biasa.
Tapi Qisha nampak sangat cantik setiap kali mengandung. Lebih cantik berbanding biasa.
"Isteri abang ni bila tak mengandung kena mengurat dengan budak-budak muda. Bila mengandung kena keliling dengan mak cik-mak cik sampai abang tak ada ruang nak berkepit. Kenapa eh? Isteri abang ni terlalu cantik dan comel di mata orang lain juga? Tak boleh ke sayang cantik hanya di mata abang?" Gumam Aydeen sambil menatap wajah Qisha.
Qisha dekatkan wajah mereka.
Dia cium sekilas bibir merah Aydeen.
"Saya nak buat macam mana? Orang pelik tengok saya lepas mengandung. Mengandung lagi. Tak lama lepas tu, mengandung lagi."
Aydeen tergelak.
"Berkat kesuburan sayang dan kekuatan abang. Dapat kita capai sepuluh orang anak. Tak lama lagi, 15 orang anak. Abang tak sabar." Gumam Aydeen dengan teruja.
Qisha menggeleng.
Pipi Aydeen diusapnya penuh kasih.
"Abang ni. Baby fever parah sangat. Saya pula yang naik risau." Tutur Qisha perlahan.
Keningnya bertaut melihat suami.
Cara Aydeen setiap kali mendapat anak memang serupa daddy anak satu.
"Apa boleh buat? Anak kita comel ikut mama dia."
Aydeen tolak Qisha baring. Dia merehatkan diri disebelah Qisha.
"Gebu. Cantik. Comel..." ulang Aydeen lagi sampai Qisha dah lali. Itulah pujian yang Aydeen akan ungkap sepanjang hari sehinggalah sekarang.
"Saya tahu abang."
"Semuanya abang punya."
"Ya, saya abang yang punya. Abang pun saya punya." Tukaa Qisha. Dia menyentuh tangan kekar Aydeen yang mula mengusap perlahan bibir merah jambu.
Aydeen cium.
"Ada rasa lipstik. Manis."
"Ey, gatal." Qisha kesat bibir Aydeen. Entah apa nanti kata anak-anak mereka kalau tengok bibir daddy mereka ada kesan lipstik miliknya.
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romance"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...