Bab 16: Cemburu

2.1K 185 9
                                    

SEPASANG mata Aydeel menangkap wajah masam Qisha melalui cermin kereta bahagian depan yang membiaskan kawasan belakang. Sepasang matanya pula mengerling Aydeen yang sudah terlelap. Tadi orang sebelah dia ni bising sangat lepas habis bateri dia tidur pula. Memanglah sebijik perangai si nakal Qaydeen tu.

“Qisha…” seru Aydeel dengan lembut. Dia tahu Qisha sedang merajuk memandangkan dia mengajak Aydeen berjumpa dengan teman baik bakal isterinya. Sudah sedia maklum teman baik bakal isterinya itu berkenan pada Aydeen. Apa boleh dibuat bakal isterinya tidak mahu keluar bersendirian jadi teman baiknya datang sebagai peneman.

“Perempuan cantik tak elok masam-masam, Qisha.” Tegur Aydeel lagi. Cuba jugalah berusaha hendak memujuk meskipun dia tahu pujukan dia tak berapa nak menjadi sebab dia tidaklah mahir dengan perempuan. Lagipun, perangai Qisha ni susah nak dijangka. Wanita ini ibarat bom jangka.

“Dah tahu perempuan berkenan pada Deen ada kenapa Abang Deel ajak juga dia teman?” rungut Qisha secara tiba-tiba.

Aydeel mengukirkan senyuman nipis.

“Abang Deel nak ajak siapa lagi sebagai kawan-kawan Abang Deel semua dah berhijrah belaka. Zafir pun kerja. Takkan Abang Deel nak ajak Qisha aje keluar teman Abang Deel? Cemburu Deen nanti. Abang Deel nak ajak Ayeen? Jauh adik Abang Deel yang comel tu bercuti dengan suami dia. Deen aje yang Abang Deel ada…” serba salah Qisha bila mendengar bicara itu.

“Sorry…” perlahan Qisha mengungkap bicara.

“Tak apa. Abang Deel tak marah Qisha pun. Sajalah nak bagitahu.” Tukas Aydeel dengan tenang sekali. Beginilah dia.

Qisha merenung Aydeel yang fokus.

Aydeel ni sejak dulu tak pernah berubah. Beginilah sikapnya. Lembut, tenang dan rasional. Bukannya tak ada yang berkenan pada Aydeel tapi lelaki itu sendiri yang menolak atas alasan lelaki itu setia dengan arwah Nayli.

“Janji eh jangan bagi mana-mana perempuan mengurat Deen.” Pesan Qisha.

Aydeel gelak.

“Jangan risau. Qisha kan ada. Mesti tak ada perempuan yang berani nak mengurat Deen punyalah.” Pujuk Aydeel dengan bersungguh untuk menyenangkan hati adik iparnya itu. Mendengar bicara itu, bibir Qisha terus membentuk senyuman bangga. Hati Aydeel berasa lega.

Phew, selamat!

+++

MEREKA tiba di sebuah taman rekreasi. Tidak terlalu ramai orang yang berada di taman itu. Suasana agak lenggang saja. Mata Qisha memandang ke arah sekeliling. Tatkala matanya menangkap kelibat orang menjual gula-gula kapas terus tangan si suami ditarik lembut. Aydeen yang sedang berbual kosong dengan Aydeen sementara menunggu kedatangan bakal isteri abangnya dan kawan baik perempuan itu terus menoleh memandang Qisha.

“Ya sayang? Sayang nak apa?”

“Saya nak gula-gula kapas satu? Satu je.” Mata dikerdip-kerdip. Aydeen terus saja tersengih. Pipi isterinya diusap lembut.

“Ya abang pergi beli. Sayang duduk sini sekejap. Deel, jaga isteri aku.” Pesan Aydeen seraya itu dia bangkit membuka langkah menuju ke arah figura yang menjual gula-gula kapas.

Aydeel tersengih.

Qisha terus menoleh memandang abang iparnya.

“Kenapa Abang Deel gelak?” soal Qisha hairan. Tak ada angin dan ribut tiba-tiba ketawa sendiri.

“Taklah. Teringat Ayeen. Budak tu menjerit seronok kalau dia nampak gula-gula kapas. Abang Deel dan Deen memang jadi mangsa membeli untuk dia.” Cerita Aydeel sambil tersenyum dengan lebih lebar.

DEEN'S FAMILY (B5)Where stories live. Discover now