QISHA menghela nafas dengan kerenah Aydeen. Suaminya sedang baring di dalam bilik sambil membaca buku setebal kamus dewan. Qisha sendiri pun tak tahu buku apa yang Aydeen baca kerana sekarang ini fikiran dia sedang sibuk memikirkan tingkah suaminya.
Qisha naik di atas katil lalu dia melabuhkan punggung disebelah suaminya. Aydeen maaih lagi menarik muka masam.
“Abang...” lembut suara Qisha menyeru.
“Jangan nak panggil lemah gemalai macam itu. Hati abang ni tengah sakit tahu tak?”
Qisha menghela nafas.“Saya tak buat apa-apa pun dengan lelaki tu. Saya sembang aje. Dia tu anak jiran juga baru balik dari luar negara...”
“Dia dudakan, sayang? Duda.” Tegas Aydeen.
“Tapi kami berbual je. Saya tak ada pun hulurkan tangan bagi dia pegang atau apa pun. Lagipun, siapa nak saya abang? Dah tua dah saya ni...”
“Sayang muda lagi. Anak kita semua kecil-kecil lagi. Abang ni lelaki, sayang. Abang fahamlah. Sayang cakap dia tu pandang sayang biasa-biasa aje. Pada abang cara dia pandang tu dah menggugat posisi abang sebagai suami. Dia pandang sayang tu macam sesuatu sangat dan abang tak suka.” Aydeen masih bertegas.
“Saya minta maaf, okey? Saya janji saya takkan buat dah. Kalau abang tak izinkan saya takkan tunjuk dah muka saya depan lelaki tu.” Ucap Qisha bersungguh.
Aydeen mencebikkan bibir.
Qisha menekup lembut kedua-dua pipi Aydeen.
“Abang cuba pandang mata saya. Saya bersungguh ni. Saya takkan ulang lagi perkara yang sama. Abang jangan merajuk okey?”
“Hmmm...”
“Saya minta maaf tau.”
Aydeen tak menjawab.
“Cuba senyum sikit.” Pinta Qisha dengan manja.
Aydeen saja tayang senyuman hodoh membuatkan Qisha ketawa kuat. Aydeen terus mengukirkan sengihan. Dia cium dahi Qisha, sekilas.
“Sayang isteri abang ni. Sayang ni abang seorang aje yang punya. Kalau perlu abang tak mahu pun bebaskan sayang keluar dari rumah tapi itu seolah-olah melanggar hak kebebasan sayang sebagai warganegara.”
Qisha tersengih.
Aydeen mencapai tangan Qisha lalu dicium.
“Abang rasa kalau abang red flag sayang mesti akan merana sebab jadi isteri abang. Abang takkan benarkan sayang keluar. Abang akan tambat sayang dalam rumah macam banduan.” Kata Aydeen sambil merenung seraut wajah Qisha.
“Saya tak kisah abang red flag atau green flag sekali pun. Abang tetap suami saya.” Kata Qisha dengan bersungguh.
Aydeen terus memeluk tubuh si isteri.
Aydeen menyembamkan wajah pada ceruk leher Qisha.
“Sayang aje yang abang cinta sampai akhir hayat abang.” Gumam Aydeen perlahan. Cukup untuk Qisha mendengarinya dan dalam hati Qisha juga mengakui saja bicara suaminya itu kerana hanya Aydeen juga yang dia mahu sampai bila-bila.
Takkan pernah terukir nama lelaki lain untuknya.
+++
PETANG itu, Aydania turun ke dapur untuk membancuh air teh o panas kegemarannya. Sepasang matanya sempat mengerling ke arah si daddy yang sedang duduk bersendirian di meja makan sambil termenung.
“Daddy bergaduh dengan mummy ke?” soalan Aydania membawa Aydeen kembali ke dunia nyata. Aydeen memandang ke arah anak gadisnya yang sedang menuju ke arahnya. Aydania menarik kerusi yang bertentangan dengan Aydeen lalu dia melabuhkan punggung di situ.
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romansa"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...