"QI..." Suara itu buat Shauqi terbangun. Dia nampak muka kakaknya sudah memerah marah.
"Kau buat aku risau!" Marah Sharmila. Rasa hendak aje dia tepuk kepala Shauqi.
"Kakak?" Shauqi tayang muka bingung.
Erk, dia tak mati lagi?
"Qi hidup lagi, kak?" Soal Shauqi keliru.
"Dah tu kau nak suruh aku tekup muka kau guna bantal sampai kau mampus ke?" Perli Sharmila. Kita risaukan dia boleh dia tanya soalan bodoh.
Dasar adik stupid.
"Qis. Qis mana kak?!" Gelabah Shauqi bangun apabila dia terbayang muka Qistina. Jantung berdebar laju. Dia jadi risau memikirkan keadaan wanita itu.
Namun, terhenti apabila rasa menyengat bahagian lukanya.
Pak!
Sharmila tampar belakang kepala Shauqi.
Ini sebab benak sangat.
"Kau duduk diam-diam. Dia elok je. Kau tu jaga luka kau." Kata Sharmila.
"Dia elok?"
"Ya."
Pintu wad dikuak. Shauqi dan Sharmila pandang Aydeel yang melangkah masuk dalam wad dengan seorang perempuan.
Bertaut kening Shauqi.
Berapa lama dia tak sedar? Dia koma ke apa?
"Sejak bila kau kahwin, Deel?"
"Sebulan lebih dah."
"Aku koma sebulan lebih dah ke gila?" Soal Shauqi dengan nada terkejut. Lama betul dia koma.
"Bukanlah. Aku yang dah kahwin sebulan lebih nak masuk dua bulan. Aku cumanya tak kenalkan pada kau lagi."
"Sampai hati tak jemput aku."
"Tak ada buat kenduri pun. Nikah ringkas je." Bidas Aydeel. Tak mahu kawannya berkecil hati.
Shauqi pandang Ayu.
"Oh, comel." Puji Shauqi.
Qistina cantik lagi. Tokok dalam hatinya.
"Kan?"
"Qis macam mana Deel? Jantan tu macam mana?" Soal Shauqi ingin tahu.
"Qis okey je. Kaki dia dua-dua patah jadi dia tak boleh berjalan lagi. Jantan tu pula dah diberkas masa polis datang dan masa tu juga aku nampak kau nyawa-nyawa ikan. Aku bawa kau pergi hospital. Kau kritikal tiga hari dan kembali normal dan tak sedar selama lima hari. Kakak kau ni ha jaga kau."
"Dia ni memang suka buat cerdik padahal bodoh."
"Qi cerdiklah, kak. Kalau bodoh Qi tak jadi doktor."
"Kalau kau nak jadi penyelamat jadi polis jangan jadi doktor." Setepek Sharmila bagi.
Shauqi tarik muka.
Aydeel tersenyum nipis.
"Qis tak hilang ingatan kan?"
"Kau ingat ni drama tv ke budak?" Soal Sharmila garang.
"Kakak diamlah. Orang tanya Deel."
Aydeel ketawa.
"Tak. Qis ingat aje kau. Dia tunggu kau. Dia nak datang tapi aku tak bagi sebab kesihatan dia tu tak mengizinkan. Lagipun dia tak boleh jalan."
"Qi nak jumpa Qis."
"Kau berehat dulu. Jangan benak sangat."
"Kakak. Qi dah nazak sangat nak jumpa Qis."
"Kau nazak sangat kan? Meh sini aku bagi kau nazak betul-betul. Aku tekan muka kau sampai terbenam dalam tilam tu." Ugut Sharmila.
"Deel, kau tengok ni. Kakak aku nak bunuh aku."
"Tak ada kakak yang tak sayang adik dia, Qi. Kakak kau tu lah yang bersekang mata jaga kau. Dia tak henti menangis sebab risaukan kau."
"Kau nak kena benam dalam tilam juga ke Deel?" Ganas Sharmila menyoal kawan adiknya itu.
Aydeel ketawa.
+++
SELEPAS melawat Shauqi, mereka berdua bergerak pulang. Ayu tak puas nak berjalan-jalan jadi dia ajak suaminya melepak di taman permainan.
"Aku dulu masa kecil-kecil selalu teruja nak keluar main. Adik kembar aku sihat. Aku sakit. Tapi aku tak boleh bagitahu dia sakit jadi aku layan je kerenah dia walaupun aku tak larat. Aku sedih kadang-kadang sebab jadi abang lembik. Aku selalu kecewakan dia." Cerita Aydeel.
Mereka tinggal di rumah papa dan mamanya selama beberapa hari. Jadi Aydeel rasa nostalgia kerana duduk di taman di mana dia dan Aydeen bermain.
"Jadi sekarang awak dah sihat kan?"
"Aku dah sihat. Kau jangan risau okey?" Aydeel tersengih. Dia peluk bahu Ayu.
Ayu ketawa suka.
"Ayu..."
"Hmm?"
"Aku minta maaf sebab aku dah sakitkan hati kau. Aku tak ada niat pun. Aku serba salah. Macam mana aku nak cakap kat kau. Keadaan aku tersepit. Aku nak tolong Qis dalam masa yang sama aku tak cintakan dia. Aku kahwin dengan kau tapi aku tak sanggup nak bagitahu dia sebab aku dia akan kecewa dan aku rasa serba salah sebab aku rasa aku dah rampas Qis dari Shauqi."
"Satu je saya boleh describe awak."
"Apa?"
"Awak bodoh." Setepek Ayu bagi pada Aydeel buat Aydeel rasa geram. Dia pandang Ayu.
Ayu angkat tangan Aydeel dari terus memeluk bahunya.
"Kau kata apa tadi, sa-yang?"
"Awak stupid." Tokok Ayu lagi.
"Kau datang sini sekarang. Aku nak buat kau jadi gulai." Ujar Aydeel lantas mengejar langkah Ayu.
Ayu ketawa.
+++
KAKAKNYA pulang sebentar untuk mandi dan solat sementara Shauqi hanya duduk sementelah dia menunaikan kewajipan itu.
Shauqi mencapai telefon bimbitnya.
Ada sesuatu yang dia perlu beritahu Aydeel. Semakin lama disimpan semakin menggunung perasaan bersalahnya.
"Deel..." Seru Shauqi sebaik sahaja panggilan telefon bersambut.
"Kau. Aku baru je datang melawat kau. Takkan kau rindu aku lagi?" Seloroh Aydeel.
Shauqi ketawa hambar.
"Aku sebenarnya nak beritahu kau sesuatu. Lama dah aku simpan."
"Beritahu apa?"
"Masa aku bagitahu kau yang aku suka Qis, aku sebenarnya dah tahu kau dan dia bercinta. Aku dengar Qis cakap sendiri masa dia keluar pergi tandas."
Shauqi menghela nafas.
"Aku minta maaf sangat sebab jadi kawan yang teruk."
"Tak apa, Qi. Apa yang aku cakap pada kau betul. Aku memang tak ada apa-apa perasaan pada Qis. Jadi aku bersyukur sangat kau mampu jaga dia sedangkan aku tak boleh." Kata Aydeel.
"Kau tak marah?"
"Kenapa aku nak marah? Kau kawan aku, Qi. Dah pergi berehat dan cepat sembuh."
"Terima kasih, Deel..."
YOU ARE READING
DEEN'S FAMILY (B5)
Romance"Tugas raja bukan saja memerintah tapi untuk melindungi," --------- Bayangkan, seorang bekas playboy yang sentiasa menagih kasih sayang keluarga dan memberontak telah menjadi seorang ayah. Siapa yang tak kenal dengan Aydeen Hyraz? Berkahwin dengan s...