Wanita berusia 40-an turun dari bas sambil membawa beg tasnya. Bangunan apartment berada di hadapannya. Dia melihat alamat di kertas. Betulah ini alamat rumah anaknya. Dia sesekali mengeluh.
Dia mula langkah ingin masuk tetapi ditahan pengawal keselamatan menjaga apartment. Pengawal keselamatan itu memandang wanita berumur dari atas ke bawah kemudian kembali menatap wajah wanita itu dengan serius.
"Puan tinggal kawasan sini jugak ke? saya rasa saya tak pernah nampak puan di sini. Hanya orang yang tertentu sahaja tinggal di sini. Puan salah alamat kot." Kata pengawal itu. Wanita tua itu justru tersenyum nipis. Tahulah dia ni tak berharta, pakaian pun tampak murah tapi janganlah menghina macam itu.
"Maafkan saya tuan, anak saya tinggal kat sini. Tuan kenal kan han soyoung? itulah anak saya...." Pengawal tersebut memandangnya jengkel kemudian mengetus tawanya. Agaknya makcik ini gila kot. Mana mungkin han soyoung secantik itu dapat ibu sebegini rupa?
Wanita tua tersebut mengerut dahinya hairan. Entah apa lawaknya.
"Kenapa ya tuan? Tuan tak percaya ke?"
"Mestilah saya tak percaya, tak mungkin cik han soyoung secantik itu ada mak macamni rupa? Jangan buat lawak lah makcik." Kata pengawal itu dengan tawanya masih tersisa. Wanita tersebut merengus geram. Kurang ajar ya, mentang-mentang lah dirinya ini gemuk dan tak cantik. Suka hati dia aje cakap macam itu. Padahal soyoung cantik mewarisinya dahulu. Sekarang sudah tua, mestilah muka pun dah berkereput.
"Awak ni cakap tak pandang cermin kan? Awak macam lah kacak sangat nak cakap saya macamtu. Apa awak fikir saya ni menipu? kalau tak percaya, saya tunjuk bukti." Wanita tua itu mengambil gambar lalu memberikannya kepada pengawal tersebut.
Pengawal itu ambil dan melihat gambarnya. Matanya terus terbuntang. Ya, memang betul bahawa wanita tua dihadapannya ini adalah ibu kepada han soyoung. Iyalah, soyoung pun tak pernah ceritakan fasal keluarganya kepada umum.
Wanita tua itu tersenyum sinis sambil mengangkat kening sebelah.
"Amacam? tak percaya lagi ke?" Tanya wanita tersebut. Pengawal itu langsung mengangguk.
"Ya saya percaya. Tapi, puan taktahu ke yang anak puan hilang?"
"Tahu. Kalau tak, tak ada lah saya datang dari jauh ke sini. Saya nak tengok keadaan rumah anak saya dan nak tahu kes anak saya." Pengawal itu mengangguk. Dia membenarkan wanita tua itu masuk ke dalam. Sempat wanita itu mengucap terima kasih. Dia menuju ke arah lift naik ke tingkat atas. Dia langkah kakinya ke arah apartment milik soyoung.
Soyoung terlihat renjun di balkoni. Kelihatan renjun sedang sibuk mengukir kayu. Soyoung perlahan-lahan menghampirinya. Dan....
"Bah!"
"Aigo, khamchagiya!" Renjun pegang jantungnya. Nasib baik lah pisau ini tak tertikam badannya. Kalau tak, memang dah mati dia di situ. Renjun pandang soyoung dengan tatapan tajam. Boleh pula soyoung tersengih selepas dia buat begitu.
"Bae, nasib baik pisau ni tak tikam perut aku tau. Kalau kena ni, memang mati aku kat sini. Aigo, lain kali jangan buat lagi." Leter renjun. Dia pun sambung ukirnya semula. Soyoung duduk di sebelah renjun.
"Sorry..." Renjun hanya dehem sahaja.
Soyoung melihat renjun ralit ukir kayu. Matanya terus terbuntang. Ukir kayu pun dia pandai? Daebak!
Dia begitu takjub melihat hasil ukiran renjun. Tak sangka renjun orangnya berseni. Ingatkan tahu bunuh orang aje.
Renjun sedar mulut soyoung melompong dari tadi. Dia tersenyum kecil.
YOU ARE READING
Kill of love. [HRJ]✔️
Fanfic"t-ttolong, jangan bunuh aku....." -soyoung "why do I want to kill you? you are mine" -renjun Huang renjun fanfiction. Kill, psycho. ₩arning: Kill, too much blood! +18