Two years ago....
Seorang budak perempuan berumur 6 tahun berlari di dalam kawasan kedai. Ibunya sedar tingkah laku anaknya itu lantas menegur.
"Yinxi! kenapa kamu lari-lari dalam kedai? Kalau ada barang pecah, siapa nak ganti? duduk sini!" Ibunya memanggil budak perempuan itu duduk di sisinya. Budak perempuan itu memuncung mulut. Dia mengambil anak patung lalu dipeluknya di erat. Dia pun duduk di kerusi bersebelahan dengan ibunya.
Dia memerhatikan ibunya sedang membersihkan pinggan, mangkuk kaca serta sudu dan garfu dengan menggunakan kain lap.
"Alah, biarlah kalau yinxi nak lari pun. Mungkin dia bosan. Betul tak yinxi?" Celah wanita tua dengan tiba-tiba. Yinxi mengangguk setuju. Memang dia berasa bosan. Ibunya mengeluh.
"Tak salah tapi, kalau ada barang kaca pecah, saya yang kena ganti tau." Katanya. Wanita tua itu tersenyum.
"Tak apa lah, makcik tak marah pun. Dia kan masih budak."
"Budak lagi lah kita kena ajar dari kecik. Nanti bila dah besar, dorang pijak kepala kita pulak. Tak perlu nak dimanjakan." Katanya sambil memandang anaknya. Yinxi menunduk pandangan.
"Kamu ni. Cubalah bersikap lembut sikit dengan anak. Jangan terlalu tegas sangat nanti anak takkan dengar cakap kita suatu hari nanti. Perasaan anak lain soyoung, kalau dorang memberontak disebabkan kita terlalu tegas sangat, boleh jadi risiko tau kat diri anak dan jugak diri kita. Apa kata kamu bawak yinxi pergi jalan-jalan kat luar sana. Biar dia rasa keindahan alam dekat luar. Yang ni biar makcik yang sambung." Wanita tua itu menyuruh soyoung bangun dari kerusi. Dia menghalau soyoung keluar dari kedai. Bukan halau, namun menyuruhnya untuk bawa yinxi jalan-jalan.
Soyoung mengeluh. Dia pun membawa yinxi keluar berjalan-jalan di pasar busan. Terdapat banyak jualan di kawasan tersebut. Soyoung mengintai-ngintai barang yang dijual. Kot-kot ada yang dia berkenan ke.
Yinxi ternampak mainan anak patung baby di dalam troli bayi. Dia mengusik pipi keras baby itu.
Soyoung memandang anaknya justru dia mengeluh. Anaknya kalau dah nampak mainan memang rambang lah mata dia. Soyoung mendekati anaknya yang duduk cangkung itu.
"Yinxi." Soyoung memanggil nama anaknya.
Yang dipanggil segera menoleh. Dia pandang wajah ibunya sambil tersengih menampakkan barisan gigi.
"Mama, nak baby!" Minta yinxi. Soyoung geleng kepala dengan laju tanda tidak boleh.
"No. Mama tak ada duit." Yinxi mencebik.
"Alah mama, boleh lah. Yinxi nak baby. Boleh lah mama...."
"Yinxi, kalau mama kata tak boleh, tak boleh lah. Mama nak beli lauk ni yinxi jangan nak mengada-ngada mengamuk kat sini. Mama bantai karang." Soyoung menarik tangan yinxi lalu beredar dari kawasan situ. Sempat yinxi menoleh ke belakang pandang patung baby buat kali terakhir.
Selepas pemergian mereka, seorang lelaki memakai baju kot tebal coklat, topi coklat dan bertopeng hitam datang ke tempat mainan yang mereka jejak tadi. Dia mengambil anak patung baby lalu dia memandang soyoung dan yinxi di hadapan yang makin jauh darinya. Dia tersenyum disebalik topeng.
"So, she is my daughter?" monolognya sendiri sambil tersenyum kecil kemudian dia membayar harga mainan itu. Dia segera melangkah pergi.
Soyoung masuk ke dalam kedai dengan jinjing dua beg plastik di tangan. Dia meletakkan barang yang dibeli ke atas meja dengan kuat. Dia menarik nafas panjang setelah penat mengangkat beg plastik tadi.
YOU ARE READING
Kill of love. [HRJ]✔️
Fiksi Penggemar"t-ttolong, jangan bunuh aku....." -soyoung "why do I want to kill you? you are mine" -renjun Huang renjun fanfiction. Kill, psycho. ₩arning: Kill, too much blood! +18