Jaemin masuk dalam biliknya. Dia duduk di katil sambil menghembus nafasnya berat. Dia pejam matanya seketika namun kembali buka mata apabila muncul bayangan soyoung.
Sungguh dia rindukan gadis itu. Apa lah yang dia tengah buat sekarang. Dia bangun dari baringan dan bergegas langkah ke arah bilik air.
Soyoung basuh pinggan. Selepas menyuap renjun tadi, dia terus tertidur. Soyoung tutup pili air. Dia melihat ruang tamu. Dia menuju ke ruang tamu tersebut kemudian ternampak kesan darah pada baju jaket hitam. Dia berfikir sejenak. Oh, mungkin ni milik renjun. Fikirnya.
Dia pun ambil baju tersebut lalu melangkah ke bilik air untuk membasuh baju kesan darah itu.
Selesai basuh, dia menyindai baju itu ke ampaian luar. Dia masuk ke dalam lepas sahaja selesai sidai baju. Lalu melangkah ke arah bilik tidur.
Dia buka pintu sedikit. Terlihat renjun masih dibuai mimpi lagi. Dia menghembus nafas lega.
Dia menutup pintu dengan perlahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Berhati-hati dia menuruni tangga dan bergegas ke arah pintu utama. Apa yang dia fikir sekarang ini, mahu lari. Lari dari renjun.
Baru sahaja dia buka pintu, dia merasakan pistol di belakangnya. Dia menelan air liur dengan kasar. Dalam hati dia monolog kesal. Haih, sudah terlambat dia mahu larikan diri. Dia menutup mata serapat-rapatnya.
"Where are you going, my bae?" Renjun menarik picu pistol dan menghala ke kepala soyoung sambil mengukir senyuman sinis.
Perlahan-lahan soyoung paling tubuh ke belakang menghadap renjun. Dia tunduk kepalanya sambil menggigit bibir. Dia bermain jari-jemarinya. Renjun memandangnya dengan tatapan serius.
"I told you before, don't you dare run away from here. If you run, I won't hesitate to kill you. Did you forget, honey?" Renjun hala pistol itu tepat di dahi soyoung. Mata soyoung bergeletar memandangnya.
"I'm sorry, please forgive me... Aku janji aku takkan lari lagi. Jebal, jangan bunuh aku." Pinta soyoung. Renjun tersenyum lalu dia turunkan pistol dari kepala soyoung. Dia membelai rambut soyoung sambil tersenyum manis ke arahnya.
"It's okay, Aku maafkan kau. Kalau kau cuba nak larikan diri lagi, aku bunuh kau aje. Faham?" Soyoung mengangguk dengan mata tertutup.
"Good girl...."
"Masih tiada bukti lagi ke, Tuan? berapa lama saya kena tunggu ni." Kata jaemin. Dia sangat geram apabila polis masih belum jumpa bukti kehilangan soyoung. Sudah berapa minggu dia berfikirkan soal ini. Makan tidak dan tidur pun tak lena. Macam mana mahu lena kalau tutup saja mata, dia asyik bayangkan wajah perempuan itu sahaja. Entah sulit dia mahu buang dari memikirkan perempuan itu.
Ketua polis itu mengeluh. Dia pun tak tahu macam mana mahu mencari gadis tersebut. Segala buktinya tiada langsung. Dalam cctv tidak menunjukkan kali terakhir soyoung hilang.
"Sabar jaemin, kami sedang dalam proses mencari. Saya mintak jaemin bersabar. Kami pun taktahu macam mana mahu mencarinya."
"Macam mana lagi saya nak sabar? Ini dah masuk seminggu soyoung hilang. Penculik tu hebat sangat ke sampai polis pun tak boleh nak jejak dia? Saya ni dah berhari-hari fikirkan dia aje. Makan ke tidak dia tu. Sihat ke. Saya dah macam hilang bini tahu tak." Ketua polis itu tersenyum.
"Ya, saya faham. Tapi jaemin kena faham yang tugas polis ni bukan satu aje. Kami ada banyak lagi kes yang belum selesai. Banyak laporan kes orang hilang. Jadi, kami kena selesaikan satu persatu. Kalau kami fokus kes soyoung je, macam mana mangsa yang lain? Keluarga mereka mesti tertanya-tanya kenapa polis tak buat kerja mereka? Sebab itulah kami taknak terlalu fokus dengan kes soyoung. Kami mahu selesaikan kes lain pulak. Harap jaemin faham ya?" Kata ketua polis itu. Jaemin menghela nafasnya.
Betul juga kata ketua polis itu. Kalau mereka hanya fokus kes kehilangan soyoung, kes lain mesti terabai. Tak apa lah. Dia kena bersabar. Harap soyoung tidak apa-apa.
Soyoung hanya tengok renjun yang sibuk memasak di dapur. Entah apa yang dimasaknya. Soyoung mendecit bosan. Mahu buka TV, renjun tak bagi. Mesti dalamnya ada video yang menakutkan.
Soyoung menghela nafasnya. Kenapa lah dia boleh sedar.
"Honey, come. Kita makan sama-sama." Renjun meletakkan lauk di atas meja. Kemudian, dia menyusun dua pinggan dan sudu dengan kemas.
Soyoung dengan malasnya dia pun melangkah ke meja makan. Dia hanya pandang sahaja lauk itu. Dia menelan air liurnya. Lauk ini ialah lauk kegemarannya. Nampak sedap.
Renjun tersenyum.
"Duduk lah." Soyoung menjelingnya lalu dia pun duduk. Dia mahu mengambil nasi tapi, renjun pantas mengambil pinggan soyoung lalu dia cedok nasi. Dia mengambil lauk dan letak pinggan itu di hadapan soyoung. Soyoung terkaku seketika. Dah macam suami mithali pula.
"Makan lah, mesti kau suka." Kata renjun kemudian tersenyum manis.
Soyoung apa lagi, dia pun terus mengambil sudu dan menyuap ke dalam mulut. Matanya membulat. Sedap!
"Sedapnya! tak sangka awak pandai masak." Kata soyoung. Memang respect lah lelaki pandai masak ni. Soyoung makan lagi sambil kepalanya terangguk-angguk. Renjun tersenyum kecil melihat soyoung makan. Comel.
"Sedap lah, kalah aku masak." Monolog soyoung sendiri.
Renjun ternampak sebutir nasi di hujung bibir soyoung. Dia tersenyum lalu mengambil nasi itu ke bibir soyoung. Soyoung tersentak tatkala jari renjun sentuh bibirnya. Renjun tersenyum.
"Makan pun comot." Kata renjun. Soyoung berdecit.
"Biarlah! ish."
Tina mengambil file peribadi soyoung. Dia beri file itu ke seseorang.
"Nah, jangan bagi kantoi." Kata Tina. Si dia mengangguk sambil tersenyum sinis. Lalu dia pun bergerak pergi.
Tina tersenyum.
"Padan muka kau soyoung. Harap kau takkan balik selama-lamanya..." Katanya.
YOU ARE READING
Kill of love. [HRJ]✔️
Fanfic"t-ttolong, jangan bunuh aku....." -soyoung "why do I want to kill you? you are mine" -renjun Huang renjun fanfiction. Kill, psycho. ₩arning: Kill, too much blood! +18