01- Hari pertama berkerja

336 16 0
                                    

"Cadatallah ulazim" Safiyyah menutup senaskah alquran setelah selesai membaca surah ar-rahman dan al-waqiah.

"Kakak cepatlah, nanti lambat!" laung Syafiq dari luar bilik.

"ye, atak datang la ni" jawabnya. dia membuka kain telekungnya dan meletakkan di dalam almari. Dia mengambil tudung bawal berwarna hitam lalu memakainya.

"Cahaja atu menutup aurat teyane Allah." dia tersenyum sendiri melihat dirinya di yang sudah siap memakai baju seragam cafe yang akan menjadi tempat kerjanya di hadapan cermin.

Setelah selesai bersiap, dia keluar menuju ke dapur untuk bersarapan pagi.

"Ceyamat paji (pagi) ummi" ucap Safiyyah ceria.

"Selamat pagi sayang.....cepat makan, nanti lambat sampai kedai" Kata Puan Sufi kepada anaknya.

"Ote ummi" jawab Safiyyabi lalu mencedok nasi goreng di atas meja.

"Hati-hati bawa kereta Syafiq. Kakak, Kerja baik-baik tau!." Encik Lukman memberi pesanan kepada kedua anaknya.

"otey. bai baba, bai ummi!" Safiyyah menyalam tangan kedua orang tuanya. Begitu juga Syafiq.

"Kami pergi dulu baba, ummi." Kata Syafiq lalu masuk kedalam keretanya bersama Safiyyah dan kereta bezza milik Syafiq berlalu meninggalkan perkarangan rumah teres Encik Lukman.

"Akak......" Syafiq memulakan bicara setelah lama membisu.

"Hmmm...." Safiyyah memandang adiknya

"Akak pernah jatuh cinta kat seseorang?" tanya Syafiq.

"tak, dan atak tanak jatuh cinta."

"Kenapa?"

"hish, atak tak abih catap lagi tau." Safiyyah menepuk bahu Syafiq.

"Atak tanak jatuh cinta denyan ceceoyang (seseorang) yang butan untuk atak."

Safiyyah tersengih. Syafiq tersenyum mendengar jawapan kakaknya itu.

Sangat bijak,pandai dan comel!

"Cafiq pulak, takde te cuke (suka) tat ceceoyang?" Safiyyah pula bertanya.

"Syafiq taknak ada sampai ada seorang lelaki yang boleh jaga akak untuk Syafiq." jawab Syafiq.

"Otey......" hanya itu jawapan Safiyyah.

Safiyyah juga hairan dengan adiknya itu. Syafiq seorang yang boleh tahan kacak, juga memiliki kerja yang bagus. Syafiq adalah pembantu pengurusan untuk syarikat atuk mereka. Namun tiada wanita yang berada di hati adiknya?

"Assalamualaikum maksu," serentak Safiyyah dan Syafiq memberi salam.

Mereka berdua menyalam tangan mak su.

Maksu adalah pemilik D'Manis cafe.

"Waalaikumussalam, Selamat datang." jawab mak su lalu melaga pipi dengan Safiyyah.

"Welcome Fiyyyah, cantik Fiyyyah harini," puji mak su. Safiyyah tersenyum malu.

"Kak Fiyyah!" laung Humairah apabila melihat kakak sepupu kesayangannya di sini.

"Eh Maiya, hai." Mereka berdua berpelukan.

"Fiyyyah dah tahu kan apa kerja Fiyyyah kat sini?" tanya maksu untuk mendapat kepastian.

"Kalau Fiyyyah penat Fiyyah rehat tau, jangan paksa diri." Kata maksu.

Safiyyah hanya mengangguk. Kerjanya di sini cuma membersihkan meja dan menyapu lantai. In sha allah dia boleh buat.

"Kalau dah takde apa Syafiq pergi dululah maksu, nanti lambat." Kata Syafiq.

Maksu mengangguk.

"Tolong jagakan kakak Syafiq tau maksu," kata Syafiq.

maksu tersenyum dan mengangguk.

"In sha allah," jawab maksu.

"Kau Maira, takde kelas ke hari ni?" tanya Syafiq sambil memandang Humairah.

"Ada,  kejap lagi," balas Humairah.

"Jom naik aku, aku hantar." kata Syafiq.

"Takpe, kejap lagi ada kawan aku sampai." Jawab Humairah.

"Siapa?" Tanya Syafiq.

"Zairy."

"hmmm okay..... baik-baik." jawab Syafiq lalu keluar dari cafe menuju ke keretanya. 'baik-baik' yang dikatakan Syafiq penuh makna. Dia kenal siapa Zairy. He is 'the best of playboy'.

To Be Continue.....

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now