21 - Panggilan manja

154 7 0
                                    

Langkah Humairah terhenti apabila terpandangkan Syafiq yang berdiri di depan balkoni rumah sedang termenung jauh memandang langit yang sudah gelap itu.

"Syafiq, are you okay? jauhnya termenung," tegur Humairah.

Mendengarkan suara itu, Syafiq memandang sekilas wajah Humairah.

"Aku okay, cuma... aku rasa sunyi." luah Syafiq.

"Sunyi kenapa?"

"Sebelum ni, kakak hanya ada aku, aku rasa aku sangat diperlukan sebagai perlindung kakak. Tapi sekarang kakak dah kahwin, dia dah ada lelaki yang akan jaga dia lebih baik dan mungkin aku dah tak diperlukan....."

"Aku takda siapa yang perlukan aku untuk dilindungi, sebagai lelaki sejati, aku bangga apabila dapat jadi pelindung kepada wanita. Sebelum ni aku ada kakak, sekarang kakak dah ada pelindung yang sebenar dan tinggallah aku sendiri kesepian di sini."

Humairah mendengar tanpa menyampuk setiap luahan hati Syafiq.

"Apa kata kau cari kekasih, boleh lah kau jadi pelindung untuk kekasih kau tu ...." cadang Humairah.

"Aku nak kekasih tapi nak yang halal."

Humairah mencebik.

"Kau couple dengan Zairy ke?" soal Syafiq tiba-tiba.

"Boleh dikatakan ye, kenapa?"

"Oh takde apa...." balas Syafiq, cuba mengawal riak kecewa.

"Kau pula, takde kekasih hati ke?" soal Humairah kepada Syafiq.

"Ada, tapi dia dah reject aku." balas Syafiq dengan penuh maksud yang tersirat.

"Ruginya perempuan tu, kalau aku jadi dia, aku rasa akulah wanita paling bertuah kerana disukai oleh seseorang lelaki seperti Syafiq Yusof."

"Haha.... Tapi kalau aku lamar kau, kau reject aku tak?" duga Syafiq.

"Ha?"

"Hmm takde apa lah.,.."

"Dah lah, jom masuk." ajak Humairah.

Mereka pun jalan beriringan masuk ke dalam rumah.

🤍

Safiyyah memulas tombol pintu biliknya lalu masuk ke dalam. Setelah masuk, dia terpandangkan Thaqif yang sedang ralit memain iphonenya.

"Ascayamualaitum....." Safiyyah memberi salam kepada suaminya sambil tersenyum.

"Eh sorry, tak perasan pula awak dah masuk..." ucap Thaqif.

"Hm takpe," Balas Safiyyah. Tangannya mula menanggalkan tudung selendang sarung yang dipakainya. Setelah dibuka, Thaqif terpegun melihat rambut Safiyyah yang panjang diikat kemas itu. Sangat mempesona!

"Hari ini baru saya tahu, bidadari di dunia itu wujud." Kata Thaqif dengan pandangan mata yang romantis menusuk kalbu Safiyyah

Safiyyah tertunduk malu.

"Hayis da ade wuduk? jom tite buat colat cunat." Ajak Safiyyah. Sebenarnya dia ingin menenangkan hati yang berdegup kencang sekarang ini.

"Okay jom... kejap saya pergi ambil wuduk." Thaqif pun keluar untuk ke bilik air.

🤍

"Jom kita mulakan malam pertama kita dengan doa kepada Allah, semoga perkahwinan kita diberkati dan direstui oleh seluruh penduduk langit." ucap Thaqif sebelum memulakan solat.

Safiyyah angguk.

"Cemoge pertahwinan tite ini tetal (kekal) hingga te curga..." Sambung Safiyyah.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now