34 - Layakkah aku?

89 6 0
                                    

Batrisya mengeluh perlahan. Rasa bosan menguasai dirinya apabila asyik mengadap fail-fail yang tebal.

Batrisya bangun dari duduknya lalu pergi je pantri untuk mengambil minuman.

Sesampainya dia di pantri, kedengaran beberapa cleaner bergosip.

"Encik Thaqif datang hari ni bawa isteri dia tau," Si akak cleaner pertama membuka cerita.

"Isteri dia yang cacat tu ke?"  soal sahabatnya.

"Haah. Tak sangka kan, dato dan datin boleh terima menantu macam tu."

"Entah, tak sesuai langsung dengan Encik Thaqif tu. Kalau dengan dengan cik Batrisya anak Dato Kamal tu sesuai lah juga."

Batrisya tersenyum sinis mendengarnya.

"Sabar ye puan-puan, saya akan berusaha untuk mendapatkan gelaran 'isteri' kepada Thaqif tak lama lagi. Just wait and see...." Kata Batrisya sendirian.

💫

"Rasanya itu je kan yang perlu disemak?" soal Thaqif kepada pembantunya.

"Ye encik." Jawab Zura.

"Nanti hari Isnin kita adakan meeting dengan ahli jawatankuasa untuk projek yang kat Pahang tu, jadi Zura tolong inform kat diorang okay?" Zura angguk sambil mencatat sesuatu yang penting di atas kertas.

"Kalau macam tu saya keluar dulu ye," Thaqif bangun dari duduknya menuju ke pintu untuk keluar.

Pintu biliknya ditarik lalu dia melangkah keluar ke arah bilik daddynya.

Dari kejauhan, dia melihat Batrisya berlari anak ke arahnya.

"Thaqif, stop!" Batrisya menahan langkah Thaqif.

Thaqif menjulingkan matanya ke atas.

"What's do you want?" soal Thaqif dingin.

"Awalnya you masuk ofis, rindu kat I ke?" Soal Batrisya mesra.

"Dari I menambah dosa rindu kat you, lebih baik I rindukan isteri kesayangan I.... Dapat menambah pahala lagi tau,"

"Lagipun.... seumur hidup I tak pernah rindukan you, so, jangan perasan sangat." Tanpa menunggu jawapan dari Batrisya, Thaqif meneruskan langkahnya.

Thaqif sampai di hadapan bilik daddy, dia menolak pintu itu lalu melangkah masuk ke dalam.

Bibirnya mengukir senyuman bahagia melihat telatah isteri dan bapanya sedang bermesra.

"Hah! mengumpat siapa tu?" sergah Thaqif.

"Menumpat abby." Balas Safiyyah selamba. Tergelak daddy mendengarnya.

"Daddy ajar isteri Aris mengumpat?"

"Kami bukan mengumpat, kami berkongsi cerita." Kata daddy.

Safiyyah mengangguk menyokong kata-kata daddy.

Tergelak mereka bertiga.

"Yelah tu.... Dah jom cinta, kita melawat satu bangunan ni." ajak Thaqif.

"Teje abby da ciap te?" Tanya Safiyyah.

Thaqif mengangguk.

Safiyyah bangun dari duduknya.

"Kami gerak dulu daddy."

Setelah menyalami tangan daddy, mereka keluar meninggalkan bilik itu.

💫

Setelah melawat satu bangunan besar itu, mereka masuk ke dalam kereta untuk beredar keluar.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now