30 - Berbelanja

87 9 2
                                    

Thaqif mematikan enjin keretanya apabila telah sampai di hadapan pasaraya besar Ikea. Thaqif memandang isterinya yang terlena di sebelah. Untuk beberapa saat Thaqif memerhati wajah polos isterinya.

Pandang wajah isteri pun dapat pahala tau!

"Cinta.... bangun, kita dah sampai." Thaqif membuku seatbelt yang dipakai Safiyyah. Safiyyah menggeliat kecil.

"Tite tat mane ni?" soal Safiyyah dalam keadaan mamai.

"Kita dah sampai Ikea, jom kita keluar." Thaqif keluar dari kereta dan terus ke pintu sebelah penumpang lalu membukanya.

Safiyyah membetulkan tudungnya seketika sebelum menyambut huluran tangan Thaqif.

Setelah Safiyyah keluar dari kereta, mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan menuju masuk ke pintu utama pasaraya.

🤍

"Ni list barang yang kita kena beli. Cinta boleh pilih je nak design yang macam mana." Thaqif menghulurkan senarai barang kepada Safiyyah.

Safiyyah membaca senarai barang tersebut.

-Sofa
-Rak tv
-meja kopi
-Meja makan
-Pinggan
-cawan
-Almari baju (2)

Dan banyak lagi. Safiyyah memandang suaminya dengan senyuman.

"Boyeh tambah yagi?" soal Safiyyah.

"Of course lah boleh. List ni untuk benda yang wajib beli. Kalau cinta nak tambah lagi pun boleh."

"Otey abby...." Mereka pun meneruskan perjalanan meneroka pasaraya Ikea.

🤍

Hampir dua jam mereka membeli belah di pasaraya Ikea. Thaqif mengeluarkan kad kredit untuk membuat pembayaran di kaunter.

Mereka hanya membawa pulang satu beg barangan kerana yang barangan lain ialah barangan perabot.

"Beyape harge cemue bayang (barang) tu abby?" soal Safiyyah setelah Thaqif siap membuat bayaran.

"Semua sekali hampir 8 ribu ringgit."

Safiyyah terkelu.

"Mahalnye, chori (sorry) abby....."

"Eh kenapa pula nak minta maaf hmm?"

"Yela.... Piyyah yang piyih bayang mahal cangat...." Sayu suara Safiyyah merasa bersalah.

"Eh takde lah sayang.... barang kat sini memang harganya sebegitu, tapi berkualiti sebab tu lah mahal sikit." Terang Thaqif.

Safiyyah mengangguk faham.

"Biye bayang (barang) tu campai Abby?"

"In shaa Allah lusa diorang hantar depan rumah kita."

"Tak cabar nak hias yumah tite!" Sorak Safiyyah girang.

"Cinta ada nak beli apa-apa lagi tak?" soal Thaqif.

Safiyyah berfikir sejenak. "Abby.... jom macuk tu," bibir Safiyyah menunjuk ke arah kedai buku.

"Popular?" kening Thaqif terangkat.

Safiyyah mengangguk sambil tersenyum teruja.

Thaqif mengeluh perlahan. "Okay jom..."

Tanpa sempat Thaqif menyambung kata, Safiyyah pantas menarik tangan Thaqif masuk ke kedai popular.

Thaqif hanya mampu mengikut langkah Safiyyah dengan separuh rela.

🤍

Setelah selesai Safiyyah memborong lima buah buku novel di popular, mereka singgah di medan selera di dalam pasaraya tersebut.

"Cinta nak makan apa?" soal Thaqif.

"Naci goyeng pataya."

"Air?"

"Teh ais."

"Cinta duduk sini kejap, abby pergi beli makanan." Thaqif berlalu pergi ke gerai jualan.

Safiyyah mengeluarkan telefon pintar dari beg tangannya lalu bermain seketika sementara menunggu suaminya kembali.

Beberapa minit kemudian Thaqif datang dengan menatang dulang yang penuh makanan di atasnya.

"Jom kita makan!" Thaqif meletakkan dulang di atas meja.

"Cedapnye...." Thaqif menghulurkan makanan kepada Safiyyah lalu menarik kerusi untuk duduk.

"Cinta seronok tak harini?" soal Thaqif.

"Ceyonok (seronok) cangat! teyime tacih abby!" Ucap Safiyyah.

"Sama-sama sayang...."

"Tecian duit abby abis tan...."

"Habis duit untuk membahagikan isteri, tak salah pun...." balas Thaqif sambil tersenyum.

"Hehe i lop you abby!" Ucap Safiyyah.

"I love you more my bidadari syuga.... Dah jom makan."

Safiyyah mengangguk lalu mula menyuap nasi ke mulut sambil bercerita itu dan ini dengan suami tercinta.

To Be Continue.....

Saya ingin mengucap terima Kasih kepada semua readers yang setia bersama kami...

Saya tahu story ni banyak kekurangan dan tak setanding dengan novel yang lain. Saya bukan hanya ingin menulis kisah cinta semata-mata, tapi saya ingin menyedarkan bahawa jangan memandang rendah kepada golongan orang yang kurang upaya. Boleh jadi mereka yang kurang upaya ini lebih dekat dengan sang pencipta. Mereka tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu, tapi Allah tahu itulah yang terbaik untuk mereka. Mereka juga ada hati dan perasaan dan mereka berhak untuk bahagia sama seperti orang biasa. Jadi jangan pernah memandang rendah terhadap mereka ya✨❤️

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now