53 - Demam

146 6 0
                                    

Mata Safiyyah tercelik luas apabila cahaya matahari menembusi bilik. Dia yang baru bangun dari tidur terus terduduk tegak di atas katil. Jam tergantung di dinding dikerling.

Pukul 8 pagi?!!

"Cinta abby dah bangun?" Tegur Thaqif lembut memandang Safiyyah. Dia baru selesai solat sunat dhuha dan membaca surah al-Waqiah. Semenjak berkahwin, itulah rutin harian yang dia cuba amalkan untuk menambah keberkatan.

"Abby tenape tak tejut (kejut) Piyyah?!" Tanya Safiyyah. Suaminya dipandang tajam.

"Abby dah kejut sayang dari sebelum subuh tadi, tapi cinta tak bangun..."

"Piyyah beyum colat cubuh yagi." Safiyyah segera turun dari katil.

"Cinta demam ke? Tadi pagi abby rasa badan cinta panas." Thaqif bertanya.

Safiyyah gigit bibir. Ya, sebenarnya dari semalam dia rasa tak sedap badan. Tapi dia abaikan.

"Hmm ye." Safiyyah menggumam perlahan.

"Macam mana boleh demam?" Tanya Thaqif lagi.

Safiyyah angkat bahu. Dia pun tak tahu. Mungkin dia penat... Penat dari segi mental dan emosi...

Safiyyah segera berjalan menuju ke bilik air. Namun langkahnya terhenti apabila mendengar Thaqif mengeluarkan kata.

"Cinta nak pergi mana?"

"Ambil wuduk. Piyyah nak colat cubuh." Jawab Safiyyah. Dia agak hairan dengan soalan Thaqif itu.

"Mana boleh solat kalau cinta belum mandi..." Thaqif berkata sambil menahan senyum.

"Oh ye... Piyyah lupe." Pipi Safiyyah memerah. Thaqif tersenyum nakal.

Melihat senyuman nakal Thaqif, mata Safiyyah membulat geram. Abby gelakkan Piyyah?!

"Cemua calah abby." Safiyyah mengeluh perlahan sambil mencapai tuala mandinya.

"Apa salah abby?" Tanya Thaqif dengan lagak muka 'innocent'.

Mata Thaqif terbeliak apabila telah memahami maksud Safiyyah. Meletus ketawa besarnya. Muka Safiyyah kian cemberut.

Safiyyah malas melayan Thaqif, dia segera masuk ke bilik air. Pintu bilik air ditutup kuat. Dalam bilik air, dia menggosok pipinya yang memerah.

"Jangan lupa niat!" Laung Thaqif dari luar. Safiyyah mendengus. Tanak kawan abby!

🦋

Usai qada solat subuh, Safiyyah melaksanakan pula solat sunat dhuha. Sesudah membaca doa dhuha, Safiyyah memandang ke luar balkoni. Thaqif sedang mengemas balkoni yang belum dikemas langsung semalam.

Dia nak tolong, tapi badannya terasa penat semacam. Mata pun memberat ingin tertutup. Safiyyah merapati katil, dia merebahkan tubuhnya di atas tilam yang empuk.

Safiyyah berniat untuk baring-baring sahaja di atas tilam ini. Dia taknak tidur kerana tidur pada waktu dhuha tidak digalakkan.

Safiyyah baru teringat sesuatu. Hari ini mereka akan pergi ke rumah mommy dan bermalam di sana.

Kerana apa? Kerana esok Thaqif bakal melafazkan akad nikah untuk menjadikan Batrisya isteri yang sah. Jadi sudah tentu banyak benda yang perlu dibantu di rumah mommy.

"Cinta dah solat?" Tanya Thaqif setelah dia siap mengemas balkoni.

Safiyyah mengangguk lemah.

"Cinta larat tak ni? Kalau teruk jom kita pergi klinik." Ujar Thaqif risau.

"Piyyah otey je..." Safiyyah senyum segaris untuk meyakinkan Thaqif yang dia okey dan tak perlu ke klinik.

"Cinta tunggu sekejap lah kalau macam tu. Abby pergi beli sarapan."

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now