40 - Persoalan

88 7 1
                                    

"Safiyyah, tolong mommy hantarkan dulang ni kat nenek boleh? Nenek tak makan lagi tu." Datin Husna menghulurkan dulang yang berisi makanan kepada Safiyyah.

Safiyyah segera menyambutnya.

"Baik mommy." Safiyyah akur.

Safiyyah terus mengorak langkah ke atas untuk pergi ke bilik nenek.
Sungguh berhati-hati Safiyyah mendaki tangga dengan dulang ditangan.

Sebelum sampai di bilik nenek, entah kenapa kaki Safiyyah terhenti tak jauh dari pintu bilik itu. Telinganya terdengar beberapa orang sedang rancak bercerita di dalam bilik itu.

"Nenek sebenarnya kalau boleh nak sangat Batrisya yang jadi cucu menantu nenek. Tapi nak buat macam mana kan, lain yang dirancang, lain yang jadi." Kedengaran nenek mengeluh.

"Huda pun sama. Nak Batrisya yang jadi isteri Haris. Tapi cucu bertuah nenek tu yang degil." Cerita kak Huda.

"Apalah yang diorang nampak istimewa sangat Safiyyah tu? nenek tengok biasa je. Batrisya laaagi cantik." Malu Batrisya mendengar pujian nenek.

Safiyyah yang terdengar di luar bilik terpempan.

Kata-kata pujukan suaminya bermain diminda.

"Hanya Safiyyah Eliya cinta hati abby.... selamanya."

Kenapa Thaqif tidak pernah bercerita tentang ini? Siapa Batrisya sebenarnya? Ex Thaqif?

Tiba-tiba minda Safiyyah memainkan satu memori. Memori sebelum mereka berkahwin, Thaqif pernah meluahkan perasaan tidak puas hati apabila kakaknya ingin mengahwinkanya dengan seorang perempuan.

"Kakak saya nak saya kahwin dengan sorang perempuan tu, tapi saya taknak."

"Tenape?"

"Sebab saya tak suka dia."

"Sebenarnya perempuan tu dah lama tackle saya, tapi saya buat tak tahu je."

"Tenape awak tak cuke die?"

"Banyak sangat sebabnya Safiyyah. Antaranya dia tak tutup aurat dengan sempurna, mudah rapat dengan lelaki,"

Hanya sampai disitu kemudian memori itu terpadam dari layar fikirannya.

Adakah wanita itu Batrisya? Pelbagai persoalan menerjah fikiran Safiyyah.

Apabila kedengaran suara di dalam sudah senyap, barulah Safiyyah melangkah masuk untuk menghantar makanan kepada nenek.

Setelah menghantar, Safiyyah segera keluar. Tidak ingin lama-lama di situ. Takut menganggu.

Safiyyah duduk di birai katil setelah siap mandi. Tangan kiri mengeringkan rambut yang basah manakala tangan kanan mencapai telefon pintarnya.

Setelah dibuka, Safiyyah tersenyum sambil menggeleng kepala.

'30 missed call from My Syurga 💕'

'50 messages from My Syurga 💕'

Kesian suami saya, seharian 'dipalau' oleh isteri sendiri.

Enak Safiyyah melayan perasaan, kedengaran pintu bilik diketuk dari luar.

Safiyyah bangun dari duduknya  lalu pergi untuk membuka pintu.

Senyuman manis dihadiahkan kepada suaminya. Thaqif melangkah masuk ke dalam bilik.

"Cinta dah mandi?" Tanya Thaqif meskipun dia tahu.

Safiyyah mengangguk kepalanya sebagai jawapan.

"Hari ni kita solat maghrib jemaah dengan semua family tau, lepas tu ada tahlil." Beritahu Thaqif.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now