13 - Balik kampung

110 7 0
                                    

"Perjayanan jauh tak tu yasa,
terna hati tu meyonjak cama,
ingin berjumpa canak caudara,
yang celalu bermain di mata...."

"Ooo bayik tampung,
Ooo bayik tampung,
Ooo bayik tampung,
Hati giyang......"

Safiyyah bernyanyi riang sambil menyusun pakaiannya di dalam bagasi.

Padanlah dengan lagu yang dinyanyi Safiyyah, mereka ingin balik ke kampung halaman ummi di Pahang pada petang nanti.

Safiyyah memandang pantulan dirinya di cermin. Dia termenung.

'saya nak awak jadi bidadari syurga saya, Safiyyah.'

'Awak jawapan istikharah saya, Safiyyah.'

'Saya nak jadi imam yang boleh pimpin tangan awak ke syurga.'

'Saya hanya lelaki biasa, namun apabila awak yang sudi jadi isteri saya, saya akan cuba menjadi lelaki yang terbaik untuk awak dan saya akan cuba bahagiakan awak.'

'Saya jatuh cinta dengan awak atas kehendak Allah.'

'Saya cintakan Safiyyah Eliya kerana Allah.'

Sejak beberapa hari, kata-kata itu yang sering bermain di fikiran Safiyyah.

'Ya Allah bantulah aku, aku sedang berbelah bagi ya Allah.'  Doa Safiyyah sendirian.

Jauh di sudut hatinya, Safiyyah sudah ada perasaan cinta kepada Thaqif, namun dia tidak yakin dan dia sedan berlawan dengan perasaan sendiri.

Setelah beberapa jam perjalanan, mereka akhirnya sampai di kampung halaman yang tercinta.

Sebaik sahaja kereta diberhentikan, orang yang pertama keluar dari perut kereta tentulah Safiyyah.

"Atok, nenek, capiyyah dah campai!" Laung Safiyyah sambil mencari susuk tubuh yang dirinduinya.

"Fiyyah, atok dengan nenek kat sini!" Panggil nenek. Safiyyah pun mencari punca suara itu.

Setelah menemuinya, Safiyyah terus meluru ke dalam pelukan atuk dan neneknya.

"Amboi, rindu betul Fiyyah kat kami ye?" Kata nenek setelah pelukan dileraikan.

"Haah. Dah yame (lama) tak jumpe atok nenek."

"Gembira semacam ni kenapa hm?" Soal Atuk pula.

"Hehe tade ape...."

"Yela tu, ummi dah cerita kat kami dah tau."

"Ummi ceyite ape?"

"Ada orang pinang Fiyyah kan?" Soal atuk walaupun dia tahu apa jawapannya.

"Haah." Jawab Safiyyah.

"Nenek tak sabar nak tengok cucu kesayangan nenek ni naik pelamin." Usik nenek.

"Taktau laji lah nek. Fiyyah tenyah pitir (fikir)."

"Hm yelah. Dah, jom tolong nenek kemas rumah." Nenek pun menarik tangan Safiyyah masuk ke dalam rumah.

Riuh suasana di rumah orang tua puan Sufi dengan suara sanak saudara yang sibuk mengemas, memasak, dan menyusun perabot untuk kenduri tahlil pada malam ini.

"Ummi, Syafiq nak pergi ronda kampung kejap boleh?"

"Naik apa?" Tanya puan Sufi.

"Motor atok."

"Hmm hati-hati." Dengan jawapan dari puan Sufi, Syafiq pun menuju ke parking motorsikal atuk.

"Syafiq! Syafiq ada nampak Maira tak?" Tanya maksu mencari anak bongsu yang dah besar panjang itu.

"Entah, tadi bukan kat belakang rumah ke?"

Maksu menggeleng.

"Saya pun tak tahu lah maksu." Kata Syafiq.

"Hm okay." Maksu pun berlalu pergi.

Syafiq menghidupkan enjin motosikal dan keluar dari perkarangan rumah.

To Be Continue....

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now