20 - Sentuhan pertama

180 11 0
                                    

Safiyyah tersenyum sendiri melihat dirinya yang sudah siap dengan baju kurung pengantin yang indah itu.

Baju kurung peplum berwarna putih bersama tudung labuh juga berwarna putih dan bunga mawar putih ditangannya. Safiyyah terlihat sangat indah persis seorang bidadari.

Bunyi pintu terbuka tanda ada yang masuk, ummi.

"Masya Allah cantiknya anak ummi ni...."

"Ummi... tatak tatut (takut)." Luah Safiyyah.

"Biasalah tu, kakak selawat banyak-banyak okay?"

Safiyyah angguk.

"Dah, jom kita keluar, diorang dah sampai tu." Puan Sufi memimpin tangan Safiyyah keluar dari bilik.

Apabila tiba di ruang tamu, orang pertama yang Safiyyah cari sudah tentulah Thaqif.

Thaqif sangat segak berbaju Melayu sedondon dengan Safiyyah.

Seketika, mereka saling bertentangan mata,mereka saling terpukau sesama sendiri

Di pagi Jumaat yang indah ini, hari yang akan menjadi memori terindah bagi pasangan ini.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya tok kadi tiba juga di rumah mereka.

Thaqif cuba untuk menghilangkan rasa gemuruh dalam hatinya dengan beristighfar.

Thaqif dan Safiyyah mendengar dengan penuh penghayatan khutbah nikah yang dibacakan tok kadi.

Dalam hati Safiyyah bersyukur kerana dia bakal melaksanakan satu sunnah nabi yang amat dituntut iaitu pernikahan.

Setelah tamat khutbah nikah, tok kadi menyerahkan tugas akad kepada Encik Lukman.

Upacara ijab dan qabul berjalan dengan lancar. Thaqif hanya melafazkan akad nikah sekali sahaja. Apabila saksi puas hati, maka sah sudah Safiyyah dan Thaqif sebagai pasangan suami isteri.

Air mata bahagia mengalir di tubir mata Thaqif. Safiyyah pula merasa sebak kerana dia telah dimiliki oleh lelaki yang tercipta untuknya.

Thaqif bangun untuk melakukan sujud syukur. Semua yang melihatnya juga merasa terharu.

Tanpa sedar pipi Safiyyah juga basah dengan air mata. Jujur, dia sangat bahagia pada saat ini.

Setelah selesai Thaqif melalukan sujud syukur, Thaqif menghampiri Safiyyah yang sedang diusap lembut belakangnya oleh ummi. Apabila Thaqif menghampiri, puan Sufi menjauh sedikit dari anaknya.

Thaqif melutut tepat di hadapan Safiyyah.

"Assalamualaikum, bidadari syurgaku...." sapa Thaqif sambil menghulurkan tangannya.

"Wa... Waayaitumuscayam...." Gugup Safiyyah menjawab. Perlahan-lahan Safiyyah menyambut huluran tangan Thaqif lalu menciumnya.

Di saat Safiyyah mencium tangan Thaqif, Thaqif tunduk untuk mencium lembut dahi Safiyyah.

Benarlah, apabila kita bersabar, nikmat itu akan makin bertambah.

Setelah itu, Thaqif mengambil kotak kecil dan dia mengeluarkan sebentuk cincin yang diperbuat daripada emas dan dihiasi dengan permata yang indah.

Tenganga Safiyyah melihat cincin itu. Thaqif tergelak kecil melihat reaksi Safiyyah. Ini adalah kejutan pertama dari Thaqif untuk Safiyyah.

Kemudian Thaqif meraih tangan Safiyyah yang telah disarungkan cincin lalu dicium lama.

Perasaan indah menyelubungi mereka berdua. Inilah cinta yang direstui sang Maha Rahim.

Selepas itu, mereka bertemu dengan kedua ibu bapa mereka.

"Selamat pengantin baru anak-anak mommy, Aris ingat pesan mommy, jaga menantu mommy ni baik-baik tau." Thaqif mencium tangan Mommynya lalu diikuti dengan Safiyyah. Perkara yang sama juga dilakukan dengan Dato Hanafi dan kedua ibubapa Safiyyah.

Mereka tiba di hadapan Syafiq. Safiyyah memeluk erat tubuh adik kesayangannya.

"Selamat pengantin baru kakak dan abang..." ucap Syafiq.

"Pesanan untuk kakak, jadilah isteri yang baik dan untuk abang  ipar saya ni, tolong jagakan kakak saya baik-baik." sambung Syafiq lagi.

"In Shaa Allah.." jawab Safiyyah dan Thaqif.

Mereka memandang sesama sendiri seperti ingin melepaskan rindu yang lama terpendam.

Ramai juga yang mendoakan kesejahteraan mereka.

"Jom jumpa kak long," Thaqif memimpin tangan Safiyyah menuju ke tempat kak long berada.

"Assalamualaikum kak long." ucap Thaqif namun kak memandang mereka dengan wajah yang dingin.

"Kak long tolong doakan kebahagiaan kami ye," Ucap Thaqif sambil mencium tangan Kak Huda.
Kak Huda diam tanpa kata. Dia melayan Thaqif acuh tak acuh.

'Adik aku ni buta agaknya, Batrisya tu jauh lebih hebat berbanding budak cacat ni.' Desis hati kak Huda.

Ramai juga tetamu yang lain mendoakan dan memberi nasihat kepada mereka berdua.

Thaqif memerhati wajah berseri isterinya disebelah.

"Masya Allah, cantiknya ciptaan Allah yang satu ini!" ucap Thaqif dengan nada romantisnya.

"Safiyyah Eliya adalah hadiah dari Allah untuk seorang Haris Thaqif..." Thaqif membisik di telinga Safiyyah.

Rasa membahang pipi Safiyyah pada waktu itu. Makin bercambah rasa cinta dalam hati seorang Safiyyah Eliya untuk seorang Haris Thaqif....

To Be Continue.....

Selamat pengantin baru Safiyyah dan Thaqif!!

Korang xnak wish selamat pengantin baru kat diorang ke hm?

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now