11 - Tetamu istimewa

130 8 0
                                    

"Assalamualaikum! kakak buka pintu ni!" Laung Puan Sufi dari luar.

"Jap ye mi...." Jawab Safiyyah lalu bergegas membuka pintu utama untuk umminya.

"Banyaknye ummi beyi (beli) bayang (barang)." Komem Safiyyah apabila melihat ummi membawa masuk banyak plastik berisi bahan mentah.

"Mestilah, sebab hari ni kita ada tetamu istimewa." Kata puan Sufi.

"Ciape ummi?" Tanya Safiyyah.

"Adalah.... suprise untuk kakak." puan Sufi mengenyit matanya lalu dia menuju ke dapur meninggalkan Safiyyah yang terpinga-pinga di depan pintu.

"Hari ni ummi nak kakak masak boleh?" Tanya puan Sufi kepada anaknya.

"Nak macak ape ummi?" Tanya Safiyyah.

"Masak je lah apa-apa untuk makan tengahari nanti."

"Otey ummi." Jawab Safiyyah lalu dia pun menyelongkar plastik yang dibeli tadi.

"Masak sedap-sedap tau kak, bayangkan akak tengah masak untuk suami tercinta." Kata puan Sufi lalu berlalu pergi.

Safiyyah agak terpinga-pinga dengan ayat umminya tadi. Ummi ni dah kenapa?

Hampir satu jam Safiyyah 'berperang' di dapur untuk menyediakan menu makan tengahari untuk tetamu istimewa ummi.

Safiyyah tersenyum dengan hasil kerjanya hari ini. Dia memasak lauk asam pedas ikan pari, sayur kobis goreng dan telur dadar. Nampak sangat menyelerakan!

"Kakak dah siap masak?" Soal puan Sufi apabila tiba di dapur.

"Dah ummi." Jawab Safiyyah.

"Sekarang ni akak pergi pakai baju cantik-cantik sikit, pakai minyak wangi sikit, tau." Arah puan Sufi.

"Utuk (untuk) ape?"

"Buat je, jangan banyak tanya. Kejap lagi diorang sampai."

"Otey ummi...." Dengan malas Safiyyah melangkah pergi ke biliknya.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa lajunya degupan jantung Thaqif apabila mereka hampir tiba di rumah Encik Lukman.

Walaupun tadi pagi dia sudah buat solat sunat hajat dan istikharah, namun rasa nervous itu tetap ada.

Dan juga dia tidak boleh tidur lena malam tadi kerana memikirkan ayat yang perlu dikatakan untuk hari ini.

Hampir 45 minit perjalanan mereka, akhirnya sampai juga di hadapan rumah encik Lukman.

Bismillah, you can do it Haris Thaqif!

Encik Lukman dan Puan Sufi tersenyum apabila kereta yang ditunggu-tunggu telah tiba di depan rumahnya.

Mereka keluar dari kereta diikuti dengan Dato Hanafi dan Datin Husna, Thaqif dan Hayfa manakala kak Huda dan abang Arsyad menaiki kereta mereka sendiri.

Puan Sufi dan Datin Husna sudah berpelukan mesra manakala Hayfa pula seperti tidak sabar ingin berjumpa dengan bakal kakak iparnya.

Yakinnya kamu Hayfa!

Kak Huda pula hanya menjadi pemerhati. Dia juga tidak sabar ingin melihat wanita pujaan hati adiknya itu.

Encik Lukman menjemput mereka semua masuk ke dalam rumah. Dan mereka pun masuk dan duduk di ruang tamu.

Jantung Thaqif bagai nak meletup rasanya. Baru nak meminang, belum kahwin lagi ni!

Thaqif memerhati sekeliling, mencari susuk tubuh wanita pujaannya.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now