10 - Berita gembira

134 10 0
                                    

Puan Sufi mencari telefon pintarnya tatkala mendengar bunyi panggillan masuk.

Dia melihat nama yang tertulis di skrin telefonnya, 'Husna'. Dia pun terus menekan butang untuk menjawab.

"Hello, assalamualaikum Sufi," Sapa pemanggil di hujung talian.

"Waalaikumussalam," jawab puan Sufi.

"Kau sihat?" Tanya datin Husna kepada sahabatnya.

"Alhamdulillah sihat je." Balas puan Sufi.

"Erm sebenarnya aku ada berita gembira nak bagitahu ni." Kata Datin Husna dengan nada terujanya.

"Apa dia?" tanya puan Sufi.

Datin Husna pun menceritakan apa yang dikatakan oleh Thaqif semalam.

"What?! Thaqif nak pinang Safiyyah? biar betul?!" Soal puan Sufi tidak percaya dengan apa yang didengar.

"Thaqif sendiri yang cakap macam tu dengan kami tau." Datin Husna cuba meyakinkan sahabatnya.

"Aku dah lama nampak Thaqif suka kat Safiyyah tu. Dan katanya dia dah buat istikharah dan dia yakin dia nakkan Safiyyah." cerita datin Husna.

"Argh macam tak percaya je." gurau puan Sufi sambil tertawa kecil.

"Percayalah daku wahai sahabatku." Balas datin Husna.

"Esok kami hantar rombongan meminang." kata Datin Husna.

"Wow cepatnya."

"Benda baik buat apa dilambatkan kan?" Kata Datin Husna. Mereka tertawa bersama.

"Kau tahukan anak aku tak sempurna. Kau yakin Thaqif boleh terima ke?"

"Of course. Kau jangan risau, kami betul-betul ikhlas nakkan Safiyyah."

"Tapi kau jangan cerita kat Safiyyah dulu tau, biarlah surprise untuk dia."

"Okay." balas puan Sufi.

"Dan esok kami nak makan masakan Safiyyah lagi tau." Pinta puan Sufi.

"Okay boleh!"

"Okay, bye bye bakal besanku, Assalamualaikum." Ucap datin Husna.

"Waalaikumussalam, bye bye jumpa esok!" Jawab puan Sufi lalu talian dimatikan.

Knock! knock! knock!

Datin Husna mengetuk pintu bilik Thaqif.

"Aris, boleh mommy masuk?" tanya Datin Husna.

"Masuklah." Mendengar jawapan dari Thaqif itu, Datin Husna memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam.

Datin Husna menghampiri anaknya yang sedang khusyuk menghadap komputer ribanya.

"Aris, mommy dah bagitahu auntie Sufi." Datin Husna mula berbicara.

Mendengarkan itu, Tumpuan Thaqif terus kepada Mommynya.

"Apa auntie cakap mommy?" Soal Thaqif.

"Dia setuju." Kata Datin Husna. Thaqif tersenyum suka.

"Esok Aris nak ikut, biar Aris sendiri yang cakap."

"Betul ke ni?"

"Betul lah mommy. Aris nak diorang nampak yang Aris betul-betul nakkan Safiyyah." terang Thaqif.

"Hmm ok."

"Thank you for everything mommy, I love you." ucap Thaqif lalu mencium dahi Mommynya.

To Be Continue....

Setakat ni korang suka tak dia punya storyline?

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now