38 - Kedai barangan bayi

92 7 0
                                    

Thaqif sedang khusyuk melakukan tugasnya terhenti apabila iphone miliknya berdering.

Apabila melihat nama yang tertera adalah mommy, Thaqif dengan segera menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum mommy..." Sapa Thaqif.

"Waalaikumussalam. Mommy ganggu Aris ke ni?" Tanya Datin Husna di hujung talian.

"Taklah mommy.... mommy nak apa?"

"Mommy nak pinjam...." sengaja Datin Husna membiarkan ayatnya tergantung.

"Pinjam apa?"

"Hehe... nak pinjam isteri Aris boleh?" pinta mommy.

Ketawa Thaqif terhambur.

"Boleh mommy.... nak pinjam berapa lama?"

"Sehari boleh? nak bawa dia teman mommy shopping barang untuk kenduri malam ni."

"Boleh mommy, pukul berapa mommy nak ambil dia?"

"Pukul sebelas."

"Baik mommy.... nanti Aris telefon dia. Mommy nanti dah pinjam jangan lupa pulang tau." Sempat Thaqif bergurau.

"Baiklah anakanda.... mommy nak pinjam sekejap je isteri kesayangan anakanda, nanti mommy pulang ya?"

Mereka tertawa bersama.

"Okeylah mommy, Aris ada kerja ni. Nanti nak gerak hati-hati tau. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam...." jawab Datin Husna dan kemudian talian dimatikan.

🤍

Safiyyah membelek pantulan dirinya di cermin. Setelah puas hati dengan pemakaiannya, dia melangkah keluar ke halaman rumah.

Apabila Safiyyah menerima panggilan telefon dari Thaqif, dia segera bersiap kerana teruja untuk keluar bersama ibu mertuanya.

Setelah beberapa minit menunggu, kereta milik datin Husna berhenti tepat di hadapan rumah mereka.

Safiyyah segera keluar dari rumah sebelum mengunci pintu pagar. Dia membuka pintu kereta tempat duduk penumpang lalu memboloskan diri ke dalam kereta. Senyum dihadiahkan untuk ibu mertuanya di sebelah.

"Ascayamualaitum mommy," Safiyyah mencium tangan tua datin Husna. Terukir senyuman manis di bibir datin Husna.

"Waalaikumussalam. Lama Fiyyah tunggu?" soal Datin Husna apabila kereta mula bergerak.

"Tak, cetejap je." Jawab Safiyyah.

"Tite nak pegi mane ni mommy?" tanya Safiyyah.

"Kita nak pergi beli barang untuk kenduri malam ni. Lepas tu Fiyyah cakap je nak pergi mana, nanti kita pergi." Jawab datin Husna sambil fokus pada pemanduan.

"Tenduyi (kenduri) ape mommy?" tanya Safiyyah ingin tahu.

"Kenduri Yaasin dan tahlil, tapi yang datang pun family mommy je. Mommy memang selalu juga buat kenduri macam ni, sengaja nak rapatkan hubungan antara adik-beradik." cerita Datin Husna. Safiyyah mengangguk kepalanya tanda faham.

"Nacib baik hayini mommy bawa Piyyah jayan-jayan, Piyyah bocan duduk yumah coyang-coyang." Cerita Safiyyah. Datin Husna tertawa kecil.

"Iye? alahai kesian anak mommy... Takpe, lain kali kalau Fiyyah bosan duduk rumah sorang-sorang, Fiyyah call mommy. Nanti mommy datang ambil Fiyyah. Okey?"

"Otey mommy!"

Pelbagai lagi perkara yang mereka bualkan bersama di perjalanan sehingga tiba di destinasi yang dituju.

Datin Husna menolak troli yang sudah penuh dengan barang masakan setelah membayar. Safiyyah masih setia bersama di sebelah.

Mereka berjalan menyusuri beberapa buah kedai. Entah kenapa, mata Safiyyah tertancap pada sebuah kedai barangan bayi.

Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman hambar.

"Safiyyah, okay tak tu?" tanya Datin Husna apabila melihat Safiyyah tidak berganjak dari hadapan kedai barangan bayi.

Safiyyah seakan baru tersedar dari lamunan, dia hanya mengangguk kepalanya.

Di dalam kedai itu, Safiyyah suka memerhati sepasang suami isteri yang seronok membeli belah di dalam kedai itu dengan si isteri membawa perut yang sarat mengandung.

Safiyyah terbayang dia bersama suami tercinta seperti itu.

"Safiyyah, jom." Panggil datin Husna. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Kenapa Safiyyah berkelakuan sebegitu?

Safiyyah segera berjalan menyaingi langkah Datin Husna.

"Fiyyah okey tak? tengok apa dalam kedai tu?" soal datin Husna bertalu-talu.

"Piyyah otey mommy, Piyyah tenyok bayang-bayang ( barang-barang) baby tu, comel!" auta Safiyyah.

"Fiyyah ada nak pergi mana-mana tak?" tanya mommy. Safiyyah menggeleng.

"Jom kita pergi shopping baju, mommy dah lama tak beli baju." Ajak datin Husna.

Safiyyah hanya menuruti langkah mommy ke kedai pakaian.

🤍

Kereta datin Husna memasuki kawasan banglo milik mereka. Kereta diparkir di dalam garaj khas untuknya.

Apabila enjin kereta dimatikan, mereka keluar dari perut kereta.

Mereka berjalan masuk ke dalam rumah dengan beg plastik penuh di tangan dibantu oleh beberapa pembantu rumah.

🤍

Safiyyah membuka pintu gelangsar, di luarnya terdapat sebuah kolam renang yang luas.

Ini kali pertama dia dapat meneroka segenap kawasan rumah banglo tiga tingkat milik mertuanya ini. Terdapat beberapa gambar yang dia jumpa dan sangat menarik perhatiannya. Gambar-gambar ketika Thaqif sedang membesar. Sempat dia mengambil beberapa gambar menggunakan telefon pintarnya.

Safiyyah memerhati kolam renang di hadapannya. Rasa ingin berendam lah!

Kata mommy pukul 4 petang baru sesi memasak dijalankan. Sekarang baru pukul dua petang, jadi dia ada masa beberapa jam lagi untuk bersenang-senang.

Kebetulan pula belum ada adik-beradik mommy yang datang, jadi tiada yang akan mengganggu jika dia berenang di kolam.

Safiyyah merapati tangga kolam renang itu. Kaki diturunkan untuk merasa suhu air tersebut. Sempurna!

Safiyyah perlahan-lahan menurunkan badannya ke dalam air. Nikmatnya!

Tidak sampai beberapa minit Safiyyah dapat berendam di dalam kolam, kedengaran suara mommy mencarinya. Segera dia naik ke atas.

"Lah, Fiyyah kat sini rupanya?" datin Husna bercekak pinggang.

"Chori (sorry) mommy... mommy cayi Piyyah te?"

"Haah.... ingatkan
Fiyyah berehat dalam bilik."

"Piyyah tak tahan tenyok toyam (kolam), Piyyah yupe nak tanye mommy duyu." Safiyyah berasa bersalah.

"Takpe mommy tak marah pun.... mommy cuma nak bagitahu sekejap lagi nenek nak sampai."

"Nenek?" Safiyyah teruja. Rinda pada neneknya di kampung.

"Iye... nenek sebelah mommy. Fiyyah cepat bersiap tau, nenek tak sabar nak jumpa Safiyyah." Pesan mommy kemudian melangkah masuk ke dalam rumah semula diikuti dengan Safiyyah yang basah kuyup.

To Be Continue.....

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now