22 - Surat cinta

137 9 2
                                    

Safiyyah bangun dari tidurnya apabila mendengar jam penggera telefon pintarnya berbunyi pada pukul 5 pagi.

Dia menggeliat kecil sebelum mematikan penggera telefonnya.
Safiyyah tersenyum kecil melihat suaminya yang nyenyak tidur di sebelahnya. Lupa pulak aku dah ada suami haih.

Safiyyah turun dari katil menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk.

🤍

Thaqif terjaga dari lena apabila menyedari tempat tidur di sebelahnya kosong.

Dia terdengar suara halus mengangkat takbir. Thaqif tersenyum melihat isterinya yang khusyuk melakukan solat sunat.

Setelah Safiyyah memberi salam, dia memandang ke arah suaminya yang duduk di atas katil sedang memerhatikannya sedari tadi.

"Cinta solat apa?" tanya Thaqif.

"Colat cunat tahajud." Jawab Safiyyah.

"Sampainya hati tak ajak abby." Suara Thaqif seakan-akan merajuk.

"Piyyah nak tejut tapi tak campai hati, cebab tengok abby macam penat je," cerita Safiyyah

"Tak dapat abby nak jadi imam cinta hm...."

"Chorri (sorry)...... nanti tite colat cubuh (subuh) came-came otey?"

"Okay...."

Thaqif bangun dari duduknya menuju ke tempat duduk isterinya. Thaqif membaringkan badannya di peha Safiyyah.

"Abby ni! batal da wuduk Piyyah!" Marah Safiyyah.

"Padan muka, siapa suruh solat sorang-sorang," Thaqif mencuit hidung Safiyyah.

"Eii tanak tawan abby!"

"Cinta taknak kawan abby, Abby kiss karang baru tahu...."

"Tiss (kiss) la! tak tatut pun....." balas Safiyyah.

"Ooo tak takut ye?" Thaqif bangun dari perbaringannya. Thaqif membuat senyum penuh misteri.

Thaqif merapatkan wajahnya ke wajah Safiyyah dengan pandangan mata yang penuh romantis.

Dan...... beberapa saat kemudian terasa bibir Safiyyah ditindih lembut.

Kelu lidah Safiyyah untuk seketika. Thaqif tersenyum puas.

"I love you, my bidadari syurga...." Ucap Thaqif penuh romantik.

🤍

Thaqif tersedar dari tidurnya apabila sinaran matahari memancar memasuki bilik mereka.

Thaqif memandang jam di dinding, pukul 9 pagi. Selepas subuh tadi, Thaqif menyambung kembali tidurnya, dia bukan biasa tidur selepas subuh, namun hari ini dia sengaja kerana ingin dibelai oleh isteri kesayangannya.

Thaqif terpandangkan sampul surat di atas meja kecil di sebelah katil. Dia membaca muka hadapan surat itu.

Kepada imamku, Haris Thaqif.

Senyum sampai ke telinga Thaqif apabila membacanya. Gayanya seperti budak sekolah mendapat surat cinta dari crush!

Thaqif membuka surat itu.

Syurgaku, Haris Thaqif....
Banyak perkara yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata, jadi daku memilih untuk menyampaikannya melalui penulisan.

Syurgaku,
Hadirnya dikau dalam kehidupanku umpama hadiah dari Tuhan untukku,
Dikaulah jawapan doa yang Allah anugerahkan kepadaku.

Syurgaku,
Jika kau inginkan kesempurnaan,
Kau telah salah kerana memilihku.
Namun jika kau inginkan cinta dan kesetiaan,
Akan aku cuba menjadi yang terbaik untukmu.

Terima kasih syurgaku,
Hadirnya dikau mengajarku apa itu makna cinta,
Cinta itu bukan kesempurnaan,
Namun cinta yang menyempurnakan sesuatu kekurangan itu.

Syurgaku,
Izinkan aku membuatmu bahagia dengan caraku,
semoga cinta kita adalah cinta yang abadi dan diberkati Allah di dunia dan akhirat....

Ana uhibbuka fillah, imamku....

Yang benar,
Makmummu,
Safiyyah Eliya binti Lukman Ibrahim

Terharu Thaqif menbaca surat itu. Sungguh, Safiyyah adalah wanita kiriman tuhan untuk Haris Thaqif....

🤍

"Good morning Thaqif!" sapa bapa mentuanya

"Good morning baba, baba nampak Fiyyah tak?" soal Thaqif sambil mencari kelibat isterinya.

"Kat dapur kut," jawab baba.

"Okay baba..." Thaqif pun melangkah menuju ke dapur.

"Assalamualaikum...." sapa Thaqif apabila tiba di dapur.

"Eh abby! waayaitumuscayam....." jawab Safiyyah.

"Wow baru satu malam dah tukar nama panggilan ye?" usik Syafiq yang baru menghabiskan makanannya.

"Yeah! ini namanya pengarah novel!" sampuk Humairah.

Syafiq mencebik.

"Abby nak cayapan (sarapan) tak?" soal Safiyyah sekali gus menghiraukan topik perbualan tadi.

"Nak! cinta yang masak ke?"

"Tak, ummi yang macak." Jawab Safiyyah sambil mencedok mi goreng ke dalam pinggan.

"Ouh.."

"Terima kasih, cinta...." ucap Thaqif sambil menyambut huluran pinggan yang berisi mi goreng.

"Tite bertoyak (bertolak) perji hotel biye abby?" tanya Safiyyah.

"Lepas siap kemas rumah kita pergi, ya..." jawab Thaqif.

"Tak shabar nak tengok peyamin (pelamin)!" Ucap Safiyyah teruja.

"Malam nanti baru cinta dapat tengok,"

"Ayaa.... nape mayam nanti?" Safiyyah tak puas hati.

"Ini baru namanya suprise, sayang abby...." Thaqif menarik hidung Safiyyah.

Safiyyah mencebik.

"Tema warne ape abby?"

"Adalah.... mana boleh bagitahu, nanti dah tak jadi suprise."

Safiyyah menarik muncung. Tanak kawan abby!

To Be Continue....

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now