44 - Ketenangan malam

87 7 4
                                    

Usai mereka makan malam, Thaqif mengajak Safiyyah untuk bersiar-siar di persisiran pantai.

Thaqif membentangkan tikar getah bersaiz sederhana di atas pasir pantai. Mereka duduk di atas tikar itu berhadapan dengan laut biru yang luas terbentang dengan langit yang dihiasi bintang yang bersinar terang.

"Cedapnye matanan tadi tan abby." Komen Safiyyah apabila mereka berdua telah duduk bersila di atas tikar.

"Sedap, Tapi air tangan cinta lagi sedap." Balas Thaqif. Safiyyah mengukir senyuman nipis.

Safiyyah memerhati sekeliling mereka. Ada ramai juga orang yang masih berkeliaran di tepi laut ini sama seperti mereka.

Mata Safiyyah tertumpu pada sebuah keluarga kecil yang duduk tidak jauh dari mereka. Seronok Safiyyah memerhati si ayah melayan kerenah si anak yang bertanyakan pelbagai soalan manakala si ibu hanya menjadi pemerhati sambil tertawa.

Tanpa sedar Safiyyah tersenyum sendiri melihat keluarga itu.

Thaqif yang sedari tadi menikmati ketenangan laut yang indah menoleh isterinya di sebelah. Sedari tadi dia memerhatikan keindahan laut malam, kini rasa ingin menikmati pula keindahan ciptaan Tuhan yang bernama Safiyyah Eliya.

Thaqif melihat sekeliling untuk mencari apa yang mencuri perhatian isterinya sejak tadi.

Thaqif mencuit pipi Safiyyah. Safiyyah tersentak.

"Tengok apa?" Tanya Thaqif sambil menjongket kening sebelah.

Safiyyah kembali memandang ke arah keluarga kecil tadi.

Thaqif juga memandang ke tempat yang sama.

"Cinta... kenapa ni?" Soal Thaqif lembut.

Safiyyah menggeleng perlahan.

"Cinta abby tengok apa kat sana?"

Safiyyah hanya mengunci mulutnya.

"Abby... Abby tak mayu te ade isteyi macam Piyyah ni?" Tanya Safiyyah tiba-tiba.

Thaqif menatap wajah isterinya yang disinari cahaya bulan malam.

"Sikit pun abby tak malu tapi sebaliknya abby bersyukur sangat... Allah kurniakan abby isteri solehah yang menemani sisa hidup abby," Ujar Thaqif dengan penuh romantis.

"Setiap kali Abby menatap wajah isteri abby ni, abby yakin... Safiyyah Eliya adalah wanita yang dipilih Allah untuk melengkapi kehidupan abby."

"Datanglah berjuta wanita sekalipun, jika takdir mengizinkan... abby akan tetap memilih Safiyyah Eliya sebagai bidadari syurga abby." Thaqif membuang pandangan ke lautan yang terbentang luas di hadapan.

Safiyyah diam. Setiap kali Thaqif bermadah, pasti akan membuatkan Safiyyah terkelu.

"Di antara berjuta juta bintang,
Hanya satu bintang yang paling terang. Di antara berjuta juta orang, Hanya kamu yang paling aku sayang." Thaqif menyanyikan sebaris rangkap lagu yang berjudul 'Tetap Dirimu'.

Safiyyah menyandarkan kepalanya di bahu Thaqif.

"Bintang-bintang bawa kami bersama, restuilah cinta kami berdua hingga sampai mati yang memisahkan raga... bukan yang memisahkan cinta kita." Thaqif menyanyi lagi.

Setelah itu, masing-masing memilih untuk diam.

"Abby... abby teringin tak nak ade baby?" Safiyyah bertanya.

Thaqif agak tersentak dengan pertanyaan Safiyyah itu. Sepanjang mereka berumah tangga, mereka tidak pernah membahas tentang ini.

"Mestilah nak! Dalam perkahwinan, anak adalah cahaya bagi rumah tangga." Thaqif berkata.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now