43 - Cemburu

106 7 0
                                    

Safiyyah menolak sebuah bagasi besar yang berisi pakaian Thaqif dan dirinya. Beg bagasi itu ditolak hingga ke luar rumah.

Pada hari ini Safiyyah mengenakan jubah yang berwarna merah jambu cair dengan tudung yang sedondon. Thaqif pula memakai baju kemeja berwarna sama seperti Safiyyah.

Setelah memastikan semua barang yang perlu dibawa telah dimasukkan ke dalam kereta, mereka pun mulakan perjalanan dengan doa naik kenderaan.

Thaqif mula fokus pada pemanduannya.

"Abby..." Safiyyah memanggil suaminya.

"Ye sayang?" Thaqif menoleh sekilas ke arah Safiyyah.

"Piyyah bocan..." Adu Safiyyah.

Thaqif tersenyum nipis.

"Cinta nak abby buat apa?"

Safiyyah mengetuk perlahan dagunya berfikir.

"Ape tate abby ceyite." Safiyyah memberi idea.

"Cerita apa?"

"Ceyite la pengayaman (pengalaman) abby mace abby beyajar tat univeciti." pinta Safiyyah.

"Hm.... apa yang cinta nak tahu. Cuba tanya, nanti abby jawab."

"Abby beyajar tat univeciti mane?" Tanya Safiyyah.

"Universiti dekat Australia. Abby ambil bahagian pengurusan akaun."

"Wah... hebatnye abby!" Puji Safiyyah kagum.

Thaqif senyum nipis.

"Piyyah teringin nak perji yuar negare." Safiyyah meluahkan hasratnya.

"Cinta nak pergi negara mana?"

Safiyyah berfikir sejenak.

"Istanbul."

"Istanbul?" soal Thaqif kembali.

Safiyyah angguk kepala.

"One day... kita pergi honeymoon kat Istanbul sama-sama, okey?"

Safiyyah angguk. Dan pelbagai lagi topik yang mereka bualkan sehinggalah Safiyyah melelapkan matanya.

🤍

Thaqif mematikan enjin kereta apabila kereta telah diparking di tempat letak kereta. Butang merah ditekan untuk membuka seatbelt yang dipakai.

Thaqif menatap wajah bersih Safiyyah. Wajah yang sentiasa menenangkan hatinya.

"Cinta... bangun, kita dah sampai." Thaqif menggoncangkan sedikit peha Safiyyah.

Safiyyah menggeliat kecil. Perlahan matanya dibuka.

"Jom keluar." Thaqif membuka pintu kereta lalu melangkah keluar.

Safiyyah yang baru tersedar dari lena menguap perlahan. Matanya memerhati sekeliling.

Kelihatan sebuah bangunan tinggi yang serba mewah dihadapannya.

Safiyyah mencapai beg tangan sebelum melangkah ke dari dalam kereta. Setelah keluar, pintu kereta ditutup.

Safiyyah menjadi pemerhati Thaqif yang sedang mengeluarkan barang dari dalam bonet kereta.

Safiyyah menghampiri Thaqif.

"Abby nak Piyyah toyong?" tanya Safiyyah.

"Takpa... nanti pelayan hotel yang akan bawakan beg kita." Thaqif menutup bonet setelah semua barang telah dikeluarkan.

"Jom," Tangan Safiyyah dicapai lalu mereka berjalan masuk ke lobi hotel.

Sesampainya di lobi hotel, kelihatan beberapa orang staf Thaqif sudah menunggu kehadiran bos mereka.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now