28 - Merajuk

125 9 2
                                    

Thaqif tersenyum melihat mommy dan isterinya yang sedang memasak makanan bersama sambil bergelak ketawa.

"Mommy nak macak ape ni?" soal Safiyyah merujuk kepada ayam mentah yang yang baru siap dibasuh Safiyyah seketika tadi.

"Ayam tu kita akan masak kari. Thaqif suka ayam masak kari tau! Safiyyah ingat tak dulu yang kami datang rumah ummi lepas tu Safiyyah masak kari kan? Balik dari tu Thaqif cakap yang kari ayam Safiyyah sedap tau!"

"Hehe mane ade cedap, biace je Piyyah macak," Safiyyah merendah diri.

"Sedap lah! kalau mommy nak Safiyyah yang masak kari ayam ni boleh tak?" pinta mommy.

"Hehe bole je mommy." Jawab Safiyyah.

"Untungnya mommy dapat menantu macam Safiyyah ni. Rajin, pandai masak, cantik....."

"Tapi Piyyah yagi beruntung tau mommy, cebab dapat cuami macam  anak mommy tu."

"Iye ke? kenapa?"

"Cebab dia yayan (layan) Piyyah baik cangat mommy,"

"Alhamdulillah, bagus lah tu." Datin Husna tersenyum gembira. Dia gembira kerana anaknya membuat pilihan yang tepat.

"Ehem ehem....." Suara dari pintu dapur berdehem. Serentak Datin Husna dan Safiyyah memandang ke arah pemilik suara itu.

"Eh Aris, nak apa datang dapur ni? Dah lapar ke?" soal datin Husna kepada anaknya.

"Hehe takde lah, saja nak tengok mak dan menantunya bermesra....."

"Ek, sibuk je lah, kenapa jelous?"

"Eh tak jelous lah.... Aris seronok je tengok tau, comel!" Thaqif terkekeh perlahan.

Safiyyah hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah suaminya.

"Mommy nak masak apa hari ni?" Thaqif menghampiri mereka berdua.

"Nak masak kari ayam! Safiyyah yang masak." jawab mommy.

"Wah cinta abby nak masak kari, Masak sedap-sedap tau, tak sabar abby nak makan!"

"In shaa Allah, Piyyah atan macak denyan penuh tacih cayang!" Jawab Safiyyah. 

"Alahai, comel betul lah menantu mommy ni!"

"Eh mane ade,"

Datin Husna tergelak melihat telatah menantunya.

"Dah jom kita masak. Aris main jauh-jauh, jangan kacau kami nak masak!"

"Kena halau ke ni?" Thaqif membuat muka sedih.

"Ha'ah. syiuh, syiuh!" Datin Husna meneruskan kerjanya.

"Hmm mommy dah tak sayang Aris... sampai hati,"

"Dah tak payahlah nak berdrama, mommy dengan Safiyyah nak masak, kejap lagi daddy balik kita dah boleh makan,"

"Ok mommy..." Thaqif keluar dari bahagian dapur dengan muka muncung.

"Hai kak long," Thaqif menyapa mesra kakaknya yang sedang duduk di sebuah bangku di hadapan balkoni.

Thaqif mengambil tempat duduk di sebelah kakaknya.

"Ayman dengan Aulya dah tidur ke?" soal Thaqif apabila tiada sebarang reaksi dari kakaknya.

"Dah, abang Arsyad yang tidurkan." jawab kak Huda ringkas.

"Angah, sekarang ni kak long nak tanya betul-betul. Kenapa angah pilih Safiyyah?" Soal kak Huda serius.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now