39 - Dhia Batrisya

92 6 0
                                    

Safiyyah keluar dari bilik setelah siap menukar pakaian. Kakinya terus melangkah mencari kelibat mommy.

Kaki Safiyyah terhenti di ruang tamu di tingkat 2, kelihatan mommy bersama seorang perempuan tua sedang duduk berbual mesra. Mungkin itu nenek. Tebak hati Safiyyah.

Safiyyah menghampiri mereka.

"Hai mommy... Piyyah dah ciap." Safiyyah memanggil mommy.

Datin Husna memalingkan mukanya ke arah Safiyyah dengan senyuman.

"Safiyyah... sini, salam nenek." arah datin Husna. Safiyyah menghampiri nenek lalu mencium tangan tua itu.

Nenek Khadijah hanya diam tanpa reaksi apabila Safiyyah mencium tangannya. Suka tidak, marah pun tidak.

"Safiyyah, jom tolong mommy masak." Ajak mommy.

"Baik mommy." Safiyyah akur. Datin Husna bangun dari duduknya untuk bergerak ke dapur diikuti dengan Safiyyah dibelakang.

"Ibu rehat dulu dalam bilik tau, Una nak masak." Pesan datin Husna kepada ibunya.

💫

Kedatangan kak Huda sekeluarga bersama Batrisya diiringi dengan gelak ketawa mereka.

Abang Arsyad hanya memerhati gelagat isterinya. Entah kenapa, dia tidak suka apabila Huda mengajak Batrisya datang ke sini dengan alasan nenek ingin bertemu dengan Batrisya. Dia dapat meneka apa niat tersembunyi mereka.

Mereka berjalan masuk ke dalam rumah. Kak Huda mengajak Batrisya berjumpa dengan datin Husna.

"Assalamualaikum mommy!" Ucap kak Huda kepada mommy memeluk erat tubuh mommy yang sedang mengacau lauk. Datin Husna tergeleng kecil.

"Waalaikumussalam..." jawab datin Husna. Datin Husna menjengah di belakang kak Huda, Batrisya tersenyum manis kepadanya.

"Batrisya pun ada juga ya?" Tegur datin Husna. Batrisya mengangguk sambil tersenyum kecil, tangan dihulur untuk menyalam tangan datin Husna.

"Mommy dah siap masak ke?" tanya kak Huda.

"Sikit lagi, tinggal nak goreng ayam je…" jawab datin Husna.

"Ada apa yang boleh Isya tolong?" tanya Batrisya sopan.

"Oh ye ada, tolong auntie lap pinggan-pinggan tu." Jari telunjuk datin Husna ditala ke arah pinggan-pinggan yang baru siap dicuci.

"Baik auntie." jawab Batrisya. Dalam hati rasa menyesal kerana bertanya apa yang boleh dibuat. Dia taknak kerja pun sebenarnya, dia hanya berbudi bahasa, namun tidak sangka datin Husna akan memberinya kerja.

Dengan rela paksa, kaki Batrisya diatur ke arah pinggan-pinggan itu untuk mengelapnya.

💫

Safiyyah yang sedang sibuk menyusun kuih ke dalam bekas agak terkejut apabila pinggangnya dipeluk seseorang. Automatik kerjanya terhenti. Badannya terus dipusingkan ke belakang untuk melihat siapa yang telah mengganggu kerjanya.

"Abby, tertejut Piyyah tau!" Marah Safiyyah sambil mengurut dadanya.

"Khusyuknya isteri abby ni buat kerja. Abby dari tadi mencari dia tapi dia tak perasan pun."

Safiyyah diam. Tak jadi nak marah bila lihat wajah kacak suaminya.

"Chorry abby....." Safiyyah meminta maaf.

"Don't worry.... abby tak marah pun." Thaqif menarik hidung Safiyyah.

"Amboi.... balik terus mencari isteri ye?" Tegur datin Husna. Thaqif senyum tak bersalah.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now