47 - Jam tangan

89 9 4
                                    

3 messages from unknown number

-Kau jangan terlalu bahagia
-Aku akan dapatkan apa yang aku nak
-Thaqif akan jadi milik aku tak lama lagi

Safiyyah merenung sepi mesej yang disampaikan oleh seseorang yang tidak dikenali.

Malas berfikir panjang, Safiyyah menekan 'block' pada nombor itu. Habis cerita.

Safiyyah mengerling jam di dinding. Baru pukul 9 pagi. Thaqif sudah berangkat ke pejabat dan tinggallah Safiyyah sendirian di rumah.

Safiyyah kembali tersenyum apabila teringat yang Syafiq ingin bawa dia keluar tengahari nanti.

Safiyyah tak sabar nak tahu apa yang berlaku setelah Syafiq meminang Humairah tempoh hari.

Ya, Syafiq sudah meminang Humairah. Tapi Safiyyah sendiri belum tahu apa keputusannya.

Safiyyah termenung. Entah kenapa,dia dapati merasakan sesuatu yang tidak kena dengan permintaan Syafiq untuk meminang Humairah. Kerana keputusan yang dibuat secara tiba-tiba. Namun Safiyyah cuba untuk tidak berfikiran yang bukan-bukan.

💫

Masuk saja dalam kereta Syafiq, Safiyyah disambut dengan senyuman lebar terukir di bibir Syafiq, Safiyyah sudah dapat mengagak apa yang telah berlaku.

"Yebarnye (lebarnya) senyum Capiq hayini," tegur Safiyyah apabila kereta yang dipandu Syafiq telah bergerak.

"Seronok dapat jumpa kakak kesayangan saya hari ni..." Syafiq berseloroh

"Ye je ni...." Safiyyah mengusik adiknya.

"Humaiyah teyime tak pinangan Capiq?" Safiyyah bertanya.

Syafiq senyum nipis dan mengangguk kepalanya.

"Wah... adik tatak dah nak tahwin," kata Safiyyah ceria.

"Syafiq nak Minta Tolong Kakak Ni, Boleh Tak?" Syafiq meminta.

"Toyong ape?"

"Tolong Syafiq carikan hadiah untuk Humairah."

"Hadiah untuk ape?"

"Untuk memikat hati."

Safiyyah tersenum lebar.

"Sweetnye adik tatak ni..." kata Safiyyah.

"Mestilah, ingat suami akak sorang je yang sweet? Syafiq pun sweet juga tau," Safiyyah memberikan jelingan. Tawa Syafiq meletus.

💫

"Kita nak masuk mana dulu ni kak?" tanya Syafiq apabila mereka telah masuk ke dalam pusat membeli belah.

"Tite jayan je duyu," Jawab Safiyyah. Kakinya sudah melangkah meninggalkan Syafiq di belakang. Syafiq mula mengekori langkah Safiyyah.

Mereka pun mula berjalan-jalan di tingkat 1 pusat membeli belah ini. Tiada yang menarik perhatian mereka di sini, mereka naik pula ke tingkat 2 menggunakan lif.

Sampai saja di tingkat 2, Safiyyah terpandangkan sebuah kedai jam tangan.

"Capiq, jom pegi cane." Safiyyah menunjukkan ke arah sebuah kedai jam tangan.

Syafiq angguk. Mereka pun masuk ke kedai jam tangan tersebut.

Rambang mata mereka melihat pelbagai jenis jam yang terjual.

"Capiq piyih (pilih) la untuk humaiya." kata Safiyyah. Syafiq mula meneliti setiap jam tangan yang terjual.

Safiyyah melakukan perkara yang sama. Matanya tertancap pada seutas jam tangan yang berlatar belakangkan tulisan.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now