58 - Memaafkan

153 7 0
                                    

"Kau keluar dari rumah aku! Aku tak pernah ajar anak aku untuk hancurkan rumah tangga orang!" Jerkah Dato' Kamal kepada anaknya.

"Papa..." Rintih Batrisya.

"Kau fikir tak betapa malunya kami?! Kami beria salahkan anak orang padahal anak sendiri punya angkara!" Dato' Kamal langsung tidak mempedulikan rintihan anaknya.

"Kau dah jatuhkan maruah keluarga... Kau dah burukkan nama kami, Isya." Kata Dato' Kamal lagi. Puan Aisya yang setia disisi suaminya langsung tidak menghalang. Jika dia ditempat suaminya, dia juga akan lakukan perkara yang sama.

"Maafkan kami andai kami yang gagal dalam mendidik Isya, tapi perlu ke sampai jatuhkan maruah sendiri semata-mata seorang lelaki?" Nada Dato' Kamal mula mengendur. Kecewa. Batrisya hanya mampu mendengar.

"Maafkan Isya, papa..." Ujar Batrisya dengan esakan.

"Mama rasa lebih baik Isya keluar dari sini. Minta maaf dengan orang yang sepatutnya." Sampuk puan Aisya apabila suaminya diam.

"Tolong keluar sekarang... Papa dah tawar hati dengan Isya." Rendah suara Dato' Kamal seakan memujuk.

Batrisya sudah terduduk lemah di atas lantai. Dia tidak mampu melawan kedua orang tuanya. Memang silap dia, buat sesuatu tidak memikirkan apa yang bakal jadi.

Niat utama dia adalah untuk menyakiti hati Safiyyah. Tapi pada akhirnya kedua orang tuanya yang terkena tempiasnya.

Batrisya menggagahkan dirinya untuk berdiri. Dia melangkah menghampiri kedua mama dan papa. Cuba untuk meraih tangan mereka untuk dikucup, puan Aisya hanya diam merelakan. Encik Kamal pula memandang anak perempuan kesayangannya itu tanpa riak.

Tanpa menunggu lama, Batrisya segera untuk keluar dari rumah. Dia masih berharap yang papa atau mama akan menghalang, namun hampa. Kedua ibu bapanya betul-betul sudah tawar hati.

Setelah kereta Batrisya hilang dari pandangan, Dato' Kamal terduduk lemah. Birai matanya mula bertakung.

"Abang..." Puan Aisya mendekatinya suaminya. Tubuh suaminya ditarik ke dalam pelukan.

"Apa silap kita dalam mendidik dia, Sya?" Soal Dato' Kamal sebak. Rasanya mereka telah membesarkan Batrisya dengan cukup sempurna.

"Abang jangan salahkan diri abang... Dia yang silap dalam memilih langkah. Kita sendiri dah penat nasihatkan dia." Puan Aisya cuba memujuk suaminya.

"Macam mana kita nak berhadapan dengan keluarga Hanafi lepas ni?" Itu yang paling menggusarkan hati Dato' Kamal.

Puan Aisya jeda. Dia pun tak tahu. Mereka yang beria menyalahkan anak Dato' Hanafi dan datin Husna, rupanya semuanya angkara anak sendiri. Bagaimanakah menerimaan keluarga itu tentang apa yang terjadi?

"Sebenarnya... Memang silap kita abang, kita yang terlalu memanjakan dia, apa saja yang dia nak mesti dapat." Puan Aisya baru menyedari hal itu.

Dato' Kamal mengiyakan. Namun tiada apa yang boleh dibuat untuk mengubah keadaan. Kerana, nasi sudah menjadi bubur...

🥀

Batrisya berdiri tidak jauh dari wad eksklusif yang menempatkan Safiyyah. Setelah lama dia berfikir, akhirnya dia memutuskan untuk ke sini. Tiada guna lagi untuk dia menjunjung ego kerana kini semua orang sudah membencinya. Termasuk kedua ibu bapa yang amat menyayanginya dulu.

Benarlah... Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Kaki dikuatkan untuk melangkah mendekati pintu wad Safiyyah. Sampai dihadapan wad kelihatan Syafiq dan Humairah sedang duduk di bangku yang terdapat di luar wad.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now