52 - Surprise

139 9 0
                                    

Safiyyah sedang menyiapkan dirinya di hadapan cermin dengan senyuman manis yang tak lekang di bibir.

Hari ini merupakan hari yang dinantikan oleh Safiyyah. Hari ini adalah hari dimana lahirnya seorang lelaki yang melengkapi seluruh hidupnya. Dialah, Haris Thaqif bin Abdul Hanafi.

Sebentar lagi Syafiq akan membawanya keluar untuk mengambil hadiah dan membeli barangan untuk membuat kek.

Safiyyah tersenyum sendiri apabila mengingati kembali perbualannya bersama Syafiq. Penat dia cuba memujuk adiknya itu untuk menemaninya.

"Syafiq taknak keluar hari ni," beritahu Syafiq di hujung talian.

Safiyyah menggaru kening yang tidak gatal. Dia tahu itu hanya sebuah alasan yang diberikan untuk mengelak. Safiyyah tahu adiknya itu marah pada suaminya.

"Capiq tak nak toyong tatak te?" Safiyyah cuba meraih simpati adiknya.

"Syafiq sibuk lah hari ni..." Syafiq cuba memberi alasan lagi.

"Tayau (kalau) Capiq cebok takpe la... Atak ajak Humaiya." Safiyyah cuba untuk 'memancing' adiknya.

Kedengaran Syafiq mengeluh di hujung talian.

"Ish... Yelah, nanti Syafiq datang ambil akak tengahari." Mendengarkan itu, serta merta senyuman Safiyyah melebar.

"Teyime tacih Capiq! Atak cayang Capiq." Ucap Safiyyah girang.

Syafiq yang di hujung talian mengeluh pasrah. Nasib baik kakak!

Sejak pagi hingga ke tengahari, senyuman angau tidak lekang di bibir Thaqif.

Macam mana dia tak angau kalau bangun saja dari tidur sudah dikejutkan dengan ucapan selamat hari lahir dan sayang oleh bidadari syurganya?

"Abby bangun, dah nak cubuh ni," terasa badannya digoncang perlahan.

Thaqif mengeliat seketika sebelum membuka mata dan bangun dari perbaringan.

Setelah sedar dari mamai, Thaqif membaca doa bangun tidur. Isterinya yang dari tadi duduk di sebelahnya dipandang. Isterinya menguntum sebuah senyuman paling manis untuknya.

"Ascayamuayaitum curge Piyyah, ceyamat hayi jadi! Piyyah cayang abby!" Ucap Safiyyah girang seraya tubuh Thaqif dipeluk erat.

Thaqif tergamam seketika sebelum membalas pelukan Safiyyah.

Perasaan sayu menyelubungi hati Thaqif. Safiyyah merupakan orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir untuknya.

"Piyyah cayang abby campai curge..." Ucap Safiyyah lagi semasa di dalam pelukan suaminya.

"Thanks you, bidadari syurga abby." Ujar Thaqif dengan penuh kasih sayang. Pelukan mereka terlerai. Safiyyah mengusap lembut tangan Thaqif.

"Cemoga abby panjang umur, diyuastam (diluaskan) yezeti (rezeki) dan bahajia di dunia dan akhiyat (akhirat)."

"Aamiin..." Thaqif membalas.

Hari ini adalah lagi satu hari yang indah buat Thaqif. Indah kerana harinya disambut dengan kata-kata cinta dari bidadari kesayangannya.

Hari itu, Thaqif menjalani kehidupannya dengan senyuman. Melupakan seketika segala masalah yang membelenggu rumah tangganya.

Thaqif kembali fokus kepada kerjanya. Sedang sibuk menaip di komputer, iphone miliknya berbunyi tanda ada yang menelefonnya.

Dia segera menjawab panggilan itu apabila melihat nama yang tertera di skrin ialah kak Huda.

"Hello, Assalamualaikum." Thaqif memberi salam kepada kak Huda di hujung talian

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now