65 - Tangisan bahagia

147 5 0
                                    

Thaqif berdiri di hadapan cermin sambil mengemaskan diri. Ini kali pertama dia ada mesyuarat dengan client penting sejak menjadi CEO menggantikan tempat Dato' Hanafi.

"Encik, mereka dah tunggu encik dalam bilik mesyuarat." Maklum pembantu Thaqif.

"Baik, kejap lagi saya datang." Balas Thaqif.

Setelah dia yakin dengan penampilannya, Thaqif melangkah keluar menuju ke bilik mesyuarat.

"Assalamualaikum tuan puan, saya Haris Thaqif bin Abdul Hanafi. CEO baru Barakah Holding." Thaqif memperkenalkan dirinya.

Selama 15 minit mereka bermesyurat. Tak lama selepas itu deringan telefon Thaqif menggangu fokus mereka.

Thaqif jeling skrin telefon dan melihat nama Syafiq yang tertera.

"Maaf ye, beri saya sedikit masa." Thaqif segera keluar dari bilik mesyuarat dan menjawab panggilan.

"Helo abang, kami dalam perjalanan ke hospital. Kakak dah nak bersalin!" Tanpa memberi salam Thaqif terus disapa dengan berita yang mengejutkan.

"Ha! Sekarang?!" Thaqif mula cemas.

"Ye," balas Syafiq.

"Baik, Syafiq drive hati-hati. Abang akan segera menyusul." Panggilan terputus.

Thaqif segera berlari ke bilik Aniq. Dirempuh bilik Aniq tanpa salam.

"Niq kau kena ganti tempat aku. Bini aku dah nak bersalin!" Seketika Aniq terdiam memproses maklumat dari Thaqif.

"Sekarang?" Soal Aniq. Thaqif jatuhkan kepala beberapa kali.

"Kau biar betul, tu client penting syarikat tau!"

"Aku tak peduli. Sekarang aku nak gerak ke hospital. Bye!" Tak menunggu lama Thaqif terus memecut laju ke hospital.

🤍

Sampai saja di hospital Safiyyah terus dibawa ke dewan bersalin.

"Akak bertahan sikit ya , sekejap lagi abang Haris sampai." Bisik Syafiq semasa menolak Safiyyah ke dewan bersalin. Safiyyah hanya angguk lemah.

Sampai saja di hadapan dewan bersalin, Syafiq membiarkan para jururawat menguruskan kakaknya.

"Encik tak masuk ke?" Tanya salah seorang jururawat

"Eh saya adik dia je. Sekejap lagi suami kakak saya sampai." Jelas Syafiq. Jururawat itu angguk kecil dan beredar.

Tak senang duduk Syafiq menanti kehadiran Thaqif. Kerana dia tahu kakaknya sangat memerlukan suaminya di sisi. Dalam hati Syafiq hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkan.

🤍

"Mane walid ni cayang?" Safiyyah menggumam dalam kesakitan. Sedaya upaya dia tahan air mata yang ingin jatuh akibat rasa sakit.

Safiyyah tak henti berzikir di dalam hati. Berharap suaminya segera di sisi.

"Sabar ye puan belum nak bersalin ni. Bukaan belum besar." Kata doktor pakar yang menguruskan Safiyyah.

Seketika kemudian kedengaran pintu terbuka.

"Suami puan dah sampai." Beritahu seorang jururawat.

"Abby!!" Luruh air mata Safiyyah saat melihat sosok tubuh yang sangat dirindui.

"Sayang!" Thaqif segera mendekat lantas ditarik tubuh Safiyyah ke dalam pelukan.

"Kenapa cinta hati abby nangis ni?" Thaqif turut sebak melihat keadaan isterinya.

"Catit abby..." Adu Safiyyah dalam esakan. Mendengarkan itu, Thaqif lantas mencium beberapa kali kepala Safiyyah.

"Bidadari syurga abby kan kuat. Cinta sabar sikit ya. Abby akan sentiasa di sisi cinta." Thaqif mengelap air mata yang membasahi pipi Safiyyah.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now