60 - Kifarah

130 6 0
                                    

Hari ini Thaqif masuk pejabat seperti biasa. Baru dia dapat tumpukan pada pekerjaan setelah tiada masalah yang membelenggu kehidupannya.

"Kau ni Qif, senyum je memanjang, apa hal?" Soal Aniq. Risau pulak tengok kawannya ini dari tadi senyum macam orang dilamun cinta.

"Well... Siapa je yang tak happy bila nak jadi ayah." Seloroh Thaqif dengan tertawa kecil.

Aniq mencebik. Timbul rasa cemburu dalam hati. Dia nak kahwin juga lah gini!

"Kau tahu tak, Dato' Kamal dah lama tak masuk ofis." Kata Aniq.

"Kenapa pula ni?" Soal Thaqif hairan.

"Semua pun tak tahu. Tapi aku rasa, dia malu lepas apa yang dah jadi antara korang," Aniq meluahkan pendapatnya.

"Tapi itu hal peribadi. Daddy aku tak cakap apa pun dengan aku. Daddy aku pun tak sekejam itu nak putuskan hubungan persahabatan diorang. Lagipun uncle Kamal dah banyak menyumbang untuk kejayaan syarikat ni." Kata Thaqif.

Aniq terdiam.

"Macam mana perasaan kau bila dapat tahu perkara sebenar?" Soal Aniq pula.

"Unexpected, Niq. Aku berterima kasih sangat dekat Naura dan Amanda. Aku tak dapat bayangkan kalau betul-betul aku kahwin dengan dia." Tak sanggup dia bayangkan jika perkara itu benar-benar berlaku.

"Safiyyah macam mana?"

Thaqif mengulum senyum.

"Bidadari aku tu memang hebat, Niq. Aku pun tak tahu macam mana dia begitu mudah memaafkan orang yang menyakiti perasaan dia." Ujar Thaqif. Kalau boleh, dia nak semua orang tahu betapa bertuahnya dia mempunyai isteri sebaik Safiyyah.

"Dia maafkan Isya?" Soal Aniq dengan riak terkejut.

Thaqif angguk sekali. "Tanpa ragu, Niq. Dia siap boleh berpelukan lagi tau!"

Sekali lagi Aniq berwajah tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Thaqif.

"Semoga bakal anak kau sama kuat macam Safiyyah. Jangan diikut perangai tak senonoh bapak dia ni,"

"Aku ada perangai tak senonoh ke? Setahu aku, aku ni type husband idaman tau," ujar Thaqif dengan penuh keyakinan.

"Bongok lah kau!" Kepala Thaqif ditunjal Aniq. Thaqif mengaduh kesakitan. Mereka terkekeh bersama.

"Aku report kat Safiyyah baru tahu," ugut Aniq.

"Kau nak report apa?" Soal Thaqif dengan kening terangkat beberapa kali.

"Aku nak report yang kau cakap kau ni type husband idaman konon. Patutlah ramai yang nak try kau dulu." Aniq mula mengimbau kenangan lama sewaktu mereka di bangku sekolah. Thaqif boleh dikategorikan sebagai 'top student'. Sudah lah kacak, pandai, soft spoken pula tu. Memang ramai pelajar perempuan yang cuba mengambil hati Thaqif. Tapi Thaqif tak layan dan cuba menolak dengan sopan dan berbudi biarpun kadang-kadang penat juga. Lagi-lagi wanita bernama Dhia Batrisya.

Tapi alhamdulillah, Allah memang telah menetapkan bahawa Haris Thaqif hanya untuk Safiyyah.

Sedang rancak berbual, tiba-tiba deringan telefon milik Thaqif menghentikan perbualan mereka.

"Assalamualaikum mommy..." Thaqif segera menjawab panggilan.

"Kak long dah sedar, dia nak sangat jumpa Aris dengan Safiyyah." Beritahu mommy.

"Keadaan kak long macam mana sekarang?" Thaqif berwajah serius. Aniq di sebelah pun berminat nak tahu apa yang dibualkan.

"Kak long lumpuh separuh badan." Nada mommy ketika berkata seakan tersekat.

 Bidadari syurga untuk Haris Thaqif Where stories live. Discover now