Prolog

384 8 1
                                    

"Every love story start with meet-cutes, I guess today is ours."

2010

Jam menunjukkan angka 4 petang. Dia memasukan Fender ke dalam gig bag dan digalas. Helmet dan iPod dicapai. 

"Abang Ayie, saya gerak dulu." katanya sambil menepuk bahu Abang Ayie yang sedang leka dengan Twitter. Abang Ayie pernah cakap dia dalam fasa nak jadi Tweetfamous padahal followers baru 500 je.

"Haaa okay. Elok elok jalan" balas Abang Ayie tanpa mengangkat muka dari telefon. 

Dia menapak keluar dan turun dari studio bernama Puzzles itu. Kenapa Puzzles, sebab kata Abang Ayie dia peminat tegar How I Met Your Mother, sebab tu dia namakan studio ni Puzzles. Disinilah dia dan rakan rakannya menghabiskan masa lapang. Kadang jamming kadang sekadar melepak sambil dengar demo dari band band lain dan kadang kadang sekadar dengar Abang Ayie membebel tentang isu semasa. 

Kaki berjalan ke arah belakang rumah kedai menuju ke KTM Duke nya. Sambil berjalan mulut turut menyanyikan Lisztomania dari Pheonix yang bermain di gegendang telinga. Jari bermain dengan kunci motor seakan mengikut rentak lagu tersebut tanpa sedar ada yang mengikut dari belakang bersama sengihan sinis. 

Saat tiba ditepi motosikal, dia ternampak bias lelaki di belakang lalu berpusing tetapi lelaki itu lebih pantas menolaknya kedinding dan leher digengam. Bertentang empat mata dengan lelaki tersebut, sempat dia menilai raut wajah yang hodoh itu. Penuh dengan parut jerawat batu, rambut serabai dengan bekas hingus kehijauan yang meleleh. 

Euuww kenapa selalu orang jahat takde yang senonoh sikit, bau seperti kasturi ke?

"Woi apa ni tolak tolak orang." katanya cuba untuk menolak lelaki tersebut.

"Der wa taknak cakap banyak, bagi gua lu punya wallet and kunci motor. Lu pun nampak macam anak lord, apa salah kongsi rezeki." 

Kan dah cakap mulut busuk bukan bau kasturi. Jarak muka yang dekat membolehkan dia terbau haruman dari mulut lelaki itu."

"Perghh mulut kau ni busuk gak ea, berapa lama tak gosok gigi. Meh laaa aku belanja colgate untuk kau." katanya tanpa rasa bersalah kepada lelaki itu. 

Terus dia dicampak ke atas jalan, mungkin lelaki tu geram dengan statement yang dia nyatakan tadi. Sakit badan dia tak kisah, dia risau Fender dibelakang akan calar. Ya, saat ni nyawa Fender lebih penting dari nyawanya. Mungkin kalau dia meninggal Fender tu boleh bawak masuk kubur. Lelaki tadi terus melepaskan tumbukan kearah muka dan perutnya bertubi tubi. 

"Woi sakitlah, sikit sikit dah laa pukul." katanya sambil meringkuk kesakitan akibat dipukul. 

Tiba tiba dia merasakan pukulan berhenti, dia angkat muka dan lihat lelaki tadi ditumbuk sesorang. Lebih tepat seorang gadis. Lelaki itu jatuh terduduk. Fuhhh kuat gila minah ni tumbuk. Power macam Chun-Li.

"Mak kau tak ajar ke mencuri tu dosa?" kata gadis itu kepada lelaki tadi. 

"Arrgghhhh!" Jerit lelaki itu tak puas hati.

Lelaki itu berdiri dan ingin menyerang gadis tersebut, namun gadis tu pantas mengelak dan memberi tendangan pat pat siku lipat ke muka lelaki tu. Gedebush, kemain kuat bunyi tendangan. Darah terkeluar dari mulut lelaki tu dalam keadaan slow motion. Sekali lagi lelaki itu jatuh ke jalan. Terdengar bunyi erangan dari lelaki itu. 

Tergamam dia melihat aksi tadi seperti menonton filem aksi. Dia berdiri dan memandang gadis itu. Gadis itu berambut pendek high-low bob cut, memakai T-Shirt oversized berwarna putih, skinny jeans berwarna biru cair bersama vans old school. Sedang asyik dia menilik muka gadis tu, lelaki tadi bangun dan berdiri. 

"Nak lagi?" Tanya gadis tersebut sambil menunjuk penumbuk. 

Seperti lipas terbang lelaki kutu tu berlari. 

"Kau okay? Nak pergi hospital?" kata gadis tu sambil mengutip ipod dijalan sebelum dihulurkan kepada dia. 

"Aku okay. Sengal sengal je ni. Thank you." kata dia tersengih segan. Selalu lelaki yang selamatkan perempuan ini terbalik pulak. 

"Nama aku Eddie." kata dia sambil hulur tangan kepada gadis tu untuk bersalam. 

Baru gadis tu nak menyambut salam, bunyi telefon bimbit bergema. Gadis itu pantas menyeluk tangan dalam kocek seluar dan menjawab panggilan. 

"Yello Ma! Ma dah siap ke?... Okay okay orang datang sekarang." gadis itu berlalu dari lorong itu setelah melambai kepadanya. 

Dia hanya memerhati dan mengeluh. Tak sempat berkenalan. 

"Well I guess this is our meet-cutes then." katanya sendirian sambil tersenyum. Dia mendongak langit dan berharap akan bertemu lagi gadis itu. 

TBC 

Jangan lupa vote & comment okay!



Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now